Thursday, March 31, 2011

Pendidikan 2......LEPAK

LEPAK..........perkataan yang selalu kita dengar. Kenapa budak-budak sekarang suka melepak ya? Persoalan yang selalu bermain di minda kita. Mak -bapak dia tak tahu ke? Timbul tanda-tanya di dalam hati kita kerana adanya rasa ingin tahu. Apa nak jadi dengan budak-budak muda sekarang ni? Keluhan dihati yang adakalanya menimbulkan rasa sesal di hati kita melihat anak-anak muda kita duduk melepak tanpa tujuan. Siapa yang ingin dipersalahkan?  Keadaan, mereka atau ibu-bapa mereka.

Semasa bayi lagi tanpa kita sedari kita sendiri telah mengajar anak kita untuk melepak dengan secara tidak langsung. Teringat saya sewaktu saya dizaman kanak-kanak dimana saya sering melihat ibu-ibu menyuap anak-anaknya makan diluar rumah. Pernah saya bertanya kenapa suap anak diluar rumah dan jawap mereka sekiranya anak itu tidak dibawa makan keluar rumah nanti dia tidak mau makan. Kalau diluar rumah habis satu mangkuk. Tepat pada waktu makan bayi tadi akan menangis minta diberikan makan dan sudah pasti mahu makan diluar rumah. Waktu itu saya tidak langsung menyedari tentang baik atau buruknya perbuatan tersebut. Sehinggalah saya mempunyai anak barulah saya nampak akan perbezaannya.

Samalah dengan anak-anak yang setiap petang dibiarkan bermain basikal mengelilingi taman dengan kawan-kawan. Apa akan terjadi sekiranya anak tersebut tidak dibenarkan keluar rumah. Sudah pasti dia akan menangis dan meronta ingin keluar rumah untuk bermain basikal dengan kawan-kawannya. Ini adalah ajaran lepak yang telah kita perkenalkan kepada anak-anak kita tanpa kita sedari. Saya sendiri sewaktu remaja sekiranya tidak dibenarkan bermain dengan kawan-kawan akan membuatkan saya rasah gelisah dan tidak selesa untuk tinggal didalam rumah. Akan timbul rasa bosan dan sebagainya. Pilihan utama saya ialah untuk duduk di luar rumah bersama-sama dengan kawan-kawan.

Menyedari akan hakikat ini saya tidak membenarkan budaya suap menyuap anak diluar rumah menjadi tabiat. Waktu Ujey berumur sekitar 6 bulan dia telah mula saya perkenalkan makanan bayi seperti nestum dan sebagainya. Walaupun dia tidak mahu makan saya tidak akan membawanya keluar rumah. Dia mula makan nasi ketika berumur 1 tahun lebih. Ketika dia berusia 3 tahun berat badannya masih tidak seimbang usianya akibat selera makan yang tidak memberangsangkan. Untuk menarik minat Ujey terhadap makanan kami telah membeli sebuah dulang yang sederhana besarnya dan ditaburkan nasi dan lauk di dalam dulang tersebut. Akhirnya dengan kaedah ini dia menunjukkan minat untuk makan kerana semasa makan dia sempat bermain dengan nasi dan lauk didalam dulang tersebut, mungkin kerana keluasan dulang membolehkan dia makan sambil berangan. Walauapapun saya tetap berkeras untuk tidak membawanya keluar rumah semata-mata untuk menyuapkan makanan kepadanya.

Ujey telah pun mempunyai basikal ketika dia berumur 4 tahun. Saya tidak pernah membiarkan dia bermain di luar rumah bersama-sama dengan anak-anak jiran di sekitar kawasan tersebut. Apa yang dia akan lakukan ialah dengan menegur sesiapa sahaja yang lalu di depan rumah. Pernah pada satu ketika saya membuka pintu pagar dan menyuruhnya bermain diluar rumah. Dia hanya boleh berdiri diluar sekejap sahaja dan akan masuk balik ke dalam rumah sambil mengingatkan saya untuk mengunci pintu pagar tersebut. Dari situ saya perhatikan sekiranya kita tidak membiasakan anak kita berkawan diluar rumah dia tidak akan keluar sewenang-wenangnya duduk ditepi-tepi tembuk dengan kawan-kawan. Sehinggalah sekarang dia hanya keluar atas urusan tertentu sahaja dan tidak boleh duduk melepak di shopping mall dengan budak-budak lain.

Semua ini adalah di atas pemerhatian saya terhadap anak kawan-kawan. Sekiranya dari kecil kita sudah kawal akan pergaulannya bila dia dewasa nanti tugasan kita akan menjadi lebih mudah. Saya tidak mengatakan yang saya ni pandai didalam mendidik anak cuma dengan memberi perhatian diatas perkara-perkara yang kecil-kecil inilah telah menjadikan didikan itu amat berkesan. Sekiranya dari kecil kita tidak membiasakan dia berkawan, apabila dia besar nanti dia hanya seronok berkawan dengan adik-beradiknya saja. Cukuplan sekadar dia  berkawan di sekolah dan saya lebih suka menggalakkan anak-anak membawa kawan kerumah. Ikuti pengalaman 3 saya dan pendidikan 3 dengan tajuk ........ CURI

Friday, March 25, 2011

Pengalaman 2

Anda masih ingat lagi tak cerita budak di tadika cina tu yang memasukkan najis kedalam beg sekolahnya? Masih lagi berkisar tentang cerita budak tu dan apabila teringatkan dia maka teringatlah tentang kisah dia yang sentiasa ada na..........

Budak ni memang agak pelik. Dari segi perangai, tutur kata dan pergaulannya. Mungkin kerana terlalu manja dia langsung tidak pandai berdikari. Tidak pandai memakai kasut. Makan pun tak pandai nak suap sendiri. Apalagi untuk pergi ketandas. Untuk budak yang seusia dia saya rasa perkembangannya memang agak lambat.

Pernah pada satu ketika saya melihat ada sekumpulan budak-budak berkerumun memandang kelantai. Hairan. Kenapa budak-budak tu begitu asyik. Saya hampiri dan terkejut melihat ada seketul najis yang menjadi tumpuan. Saya bertanya kepada mereka siapa yang punya najis ni dan ada seorang budak menunjuk kearah budak tu. Dalam hati saya tak ada budak lain ke asyik dia ni saja. Kali ni saya telefon mak budak tu minta dia datang ketadika untuk membersihkan anaknya. Malangnya dia mengatakan bahawa dia ada urusan lain dan tak dapat nak ketadika. Sebenarnya kami semua dah naik muak dengan perangai budak ni yang tak mau langsung memberitahu cikgu sekiranya dia perlu ketandas. Muak juga dengan perangai mak budak ni yang tak ada inisiatif langsung untuk mengajar anaknya untuk ketandas. Tiap-tiap minggu ada saja cerita budak ni dan dengan najisnya.

Ketika saya mengajar didalam kelas tiba-tiba hidung saya terbau sesuatu yang merisaukan. Saya bertanya kepada semua murid ada sesiapa tak yang telah 'pansai'. Semua jawab tak ada. Biasalah budak-budak. Untuk kerja jadi lebih mudah jadilah saya penghidu punggung budak-budak tu. Semua budak saya minta berdiri sambil saya selak seluar mereka sorang-sorang. Sampailah kegiliran budak tu dan amat terkejutnya saya apabila melihat seluar dan bajunya habis terkena najis. Nak cuci pun akan mengambil masa yang lama. Tidak ada jalan lain saya terus mencapai beg plastik sampah yang berwarna hitam. Saya gunting pada bucu beg plastik dikiri dan dikanan untuk dijadikan seluar. Saya sarungkan beg plastik tersebut kepada budak tu dan saya ikat pinggangnya dengan tali. Di pendekkan cerita saya pun  mengantar budak tu naik bas dan driver bas tu pun bertanya kenapa jadi macam tu. Saya terpaksa cerita kepada driver bas dan dia pun pernah menghadapi masalah yang sama dengan budak tu. Kataya harap-harap dengan tidakan saya ini akan menjadi pengajaran kepada ibunya.

Tepat sama sekali dimana mungkin dengan tindakan saya ini telah membuatkan ibunya merasa malu. Selepas kejadian itu budak tu tidak lagi pansai didalam kelas. Hairannya dia langsung tidak membuang. Timbul tanda tanya kenapa selama ini dia asyik membuang di tadika sahaja.

Aku berlalu di tempatmu lagi - Again, I'm just a passer-by

Sekali lagi ku letakkan kaki diblogmu tetapi kali ini aku terharu dengan ceritamu. Empunya blog dan pihak Cahayaku telah bersusah payah mengabdikan masa, fikiran, tenaga dan jiwa-raga untuk orang ramai tetapi ada segelintir manusia keparat yang tidak menyenangi dan menilaikanya. Hanya kerana mementingkan nafsunya sendiri untuk meraih kehidupan mewah cara senang. Sebenarnya manusia dijadikan untuk menyembah Allah swt dan melakukan kebaikan semasa didunia (bekalan untuk diri sendiri ketika mati) seperti yang diajarkan oleh Rasulullah saw.

Didalam blog memang ada blogger-blogger yang memuatkan cerita-cerita peribadi yang benar-benar berlaku, resepi, tunjuk-ajar, ugama dan lain-lain tetapi kali ini cerita empunya blog Cahayaku, walaupun secara bersantai dan berjenaka tetapi ianya dipenuhi dengan kepahitan yang telah atau mungkin sedang dialami ketika ini. Sememangnya isi kandung blog adalah milik blogger itu sendiri (not our problem) tetapi andaikata si blogger itu seorang yang membawa kebaikan kepada manusia, amnya warga M'sia, kita sebagai publik mesti menolongnya supaya dia terus dapat menyumbangkan kebaikan kepada kita semua. Benteraslah kemungkaran dengan tangan atau perkataan atau hati.

Memang sudah menjadi asam-garam kehidupan didunia ini dipenuhi dengan dugaan tetapi kalau diduga dengan "kejahatan sihir" sesuatu yang harus kita pandang dengan serius kerana perbuatan sihir kadang-kala berpanjangan tambahan pula jenis sihir yang dikenali sebagai "kaedah Top-up" macam top-up kredit telefon!

Jika sifat dengki sudah mula bertapak didalam hati tanpa disedari, alamatnya sukarlah hendak dihapuskan! DENGKI adalah sifat EQ kalau dilakukan berulang-kali akan tertanam didalam "minda dibawah sedar" atau dikenali sebagai sebahagian daripada "behaviour". Manusia menpunyai akal untuk menyukat nafsu tetapi kalau akal itu digunakan untuk mencari jalan demi memenuhi nafsu jahat ertinya manusia itu lebih hina daripada BINATANG kerana binatang tidak mempunyai akal! Sesuatu yang sangat jelik! Dengki itu ada nilainya adakala positif dan negatif. Itu pesan pensyarah Cahayaku (bagiku dia itu sebagai - Sifu & Mu'allim & Murabbi "mukanya garang tetapi hatinya baik") semasa aku berpeluang berbual-bual mesra dengannya ketika mengikuti kursus Cahayaku.

Daripada coretan yang dituliskan aku tidak pasti ugama dan bangsa si penyihir itu tetapi besar kemungkinannya sama dengan empunya blogger Cahayaku. Walau bagaimanapun disini aku berharap kepada pembaca blogger, rakan2 blogger, tadika2 (serta guru yang mengunakan kaedah Cahayaku) dan orang ramai (anakmu atau dirimu sendiri) yang telah menikmati kaedah, sistem, konsep Cahayaku sama-sama kita berdoa. Senjata mukmin yang teragung ialah DOA dan diharapkan Allah swt kabulkan doa kita. Berhentilah seketika daripada membaca blog ini untuk berdoa:

Bagi mereka yang berugama Islam Al-Quran adalah pegangan kita. Bacalah setidak-tidaknya sekali seperti dibawah ini (bersendirian atau dengan keluarga atau kawan-kawan):
  • Surah 1 Al-Fatiha (dikenali juga "Alhamdullah")
  • Surah 112 Al-Ikhlas (dikenali juga "Qul huwa allahu ahad")
  • Surah 113 Al-Falaq (dikenali juga "Qul 'azubirobbil falaq")
  • Surah 114 An-Nas (dikenali juga "Qul'azubirobbil nas")
  • Selawat keatas Nabi Muhammad saw dan ahli keluarga baginda. DAN NIATKAN:
  1. Kita mohon agar Allah swt memberi petunjuk kepada si penyihir agar berhenti dan menghapuskan segala perbuatan dan bahan sihirnya yang telah dilakukan atau yang sedang dilakukannya. SEKIRANYA - Dia (si penyihir masih tetap dengan sifat dengki dan khianatnya itu....)
  2. Kita mohon agar Allah swt lindungi Puan Cahaya, ahli keluarga, harta-bendanya dan perniagaanya dijauhkan daripada sihir dan sipenyihir itu. SEKIRANYA - dia (si penyihir) masih tetap melakukan sihirnya.
  3. Kita mohon pada Allah swt ... agar MAMPUSKAN saja manusia seperti ini daripada muka bumi ini kerana kehidupannya menyusahkan orang-ramai (mengabihkan boreh ajo)... KITA HANYA BERDOA TETAPI ALLAH SWT YANG MENENTUKANNYA. Kalau ramai-ramai yang berdoa mungkin sekumpulan kita atau salah seorang dari kita akan Allah swt terima doanya. Amin..amin. Di Arab Saudi, aceh dan beberapa negara sipenyihir dibunuh saja. Kalau ditanya, mungkin inilah jawabannya "menyemak aje kaum ni". Dalam Islam sihir adalah salah satu dosa besar!
  • Akhir sekali kita tutupi doa kita dengan selawat kepada Rasullah saw dan keluarganya sekali lagi. Amin.
Biarlah aku "menggatalkan" diriku untuk melantik diri sendiri menjadi "ketua wakil" (sendiri masuk bakul dan sendiri mengangkatnya...hehehe) demi mewakili generasi dunia, pembaca blog dan pengguna konsep Cahayaku untuk memohonkan kepada sesiapa diantara pembaca yang lebih arif mengenai cara-cara membasmikan sihir dan si penyihir ini, walaupun dihujung dunia kamu berada kerana blog ini bukan sahaja dibaca oleh warga M'sia (check - info drp trafic) ... kami minta jasa-baikmu tolongilah Puan Cahaya, keluarganya dan Pihak Cahayaku (tanpa diketahui oleh mereka - takut hilang nilai Ikhlas) agar kita dapat menafaat berpanjangan daripada sistem dan penyelidikan yang dimiliki dan dijalankan oleh Puan Cahaya dan Pihak Cahayaku untuk kebaikan kita dan generasi kita yang akan datang. Asalkan cara yang kamu lakukan itu tidak melanggar hukum atau larangan dalam ugama. Terima kasih daripada "ketua wakil"....ahem... ahem...

P/s: Satu ketika dulu aku pernah membeli nasi lemak daripada seorang peniaga nasi lemak ditepi jalan yang agak sepi tetapi selepas 2 bulan aku dapati hampir 7 orang penjual nasi lemak di lokasi yang sama dan aku juga dapat tahu episod2 sihir menyihir sudah mula berputik dikalangan mereka. Aduhhh... sakitnya kepala ini... kepala lutut sebab ramai orang akalnya dilutut! Mungkin juga akal kita sekali-kali turun kesitu...hehehe

P/s: Wow, ramainya pelajar istimewa (dapat diperhatikan dengan jelas) yang dapat membaca dalam video itu walaupun dalam jangka waktu yang singkat! Taniah pada guru-guru yang mengajar mereka, ibu-bapa harus berbangga dengan prestasi anak-anak mereka tetapi aku tahu Puan Cahaya SENGAJA tidak ceritakan bahawa dikalangan pelajar2 yang membaca itu adalah kanak-kanak special demi menjaga nama baik pelajar dan keluarganya.... hehehe... Insyaallah aku (dari pengalaman) akan bercerita ciri-ciri EQ "special kids" (bukannya fizikal mereka sebabnya aku tidak mahu ramai yang jadi doktor pakar kanak-kanak tanpa sijil termasuklah aku sendiri) dilain waktu sekiranya aku dapat meluangkan masaku. My time is gold, check my 1st article. “AKU DRACER MUSLEH”. Pepatahku: Setiap saat yang akan kutemui bererti dekatnya kematianku

Ops... aku terpaksa berlalu lagi .. andaikata perkataanku menyakiti hatimu ...maafkan aku!
...... Dracer Musleh

Wednesday, March 23, 2011

Pendidikan 1 ......SUKA DI JIWA..

Dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 'Setiap anak dilahirkan bagai kain putih, ibu-bapalah yang akan mencorakkan samada menjadi seorang Yahudi, Nasrani atau Majusi'. Pepatah orang tua-tua 'Melentur buluh biarlah dari rebungnya'.

Memegang kepada kata-kata inilah ketika saya mengandungkan anak sulung, saya telah mula memerhatikan tingkahlaku anak kawan-kawan, jiran dan saudara-mara. Kalau ada yang tidak kena kepada kanak-kanak itu saya akan bertanya kepada ibunya kenapa anaknya menjadi begini atau begitu. Jawapan yang saya terima adalah satu jawapan yang biasa saya dengar. Contoh, sebab ayahnyalah anak ni jadi macam ni atau ni semua gara-gara maknya. Samaada si suami salahkan si isteri atau pun sebaliknya.

Ketika saya bekerja di tadika cina tersebut saya sangat suka melihat perangai anak-anak majikan saya. Mereka tidak mendatangkan masalah kepada kedua ibu-bapa mereka malah apabila pulang dari sekolah anak-anaknya akan duduk dirumah sambil mentelaah buku sekolah. Tidak berkawan sebarangan dan selalunya kawan-kawan anaknya lah yang akan datang ke rumah. Banyak juga yang telah saya pelajari dari pergaulan saya dengan keluarga tersebut.

Kini tibalah giliran saya pula untuk mendidik Ujey yang ketika itu sudah berumur 4 tahun. Dari kecil Zahari memang agak serius di dalam pembentukan peribadi anak-anak. Katanya kita jangan ajar anak menipu. Bila saya tanya macamana nak didik? Jawapnya kalau berjanji dengan anak mesti di tepati dan jangan sekali-kali bergurau dengan anak sambil mengatakan datang sini nanti ummi bagi gula-gula sambil menggenggam tangan menunjuk kearah anak seolah-olah didalam tangan ada gula-gula sedangkan tiada. Saya mula faham dan selanjutnya terserah kepada saya untuk menjayakannya.


Sudah menjadi kebiasaan kepada saya bercerita tentang kisah-kisah nabi dan rasul atau cerita-cerita tauladan kepada Ujey. Sambil bercerita sering kali saya selitkan cerita-cerita tentang neraka dan syurga. Tentang kewujudan ALLAH yang menjadikan kita. Kalau buat salah dapat dosa dan kalau buat baik dapat pahala. Pendosa masuk neraka dan orang-orang yang baik akan masuk syurga. Kesiksaan di neraka akan saya gambarkan padanya begitu juga dengan kenikmatan di syurga.

Ketika Ujey mula bersekolah di tadika, bermulalah pengalamannya yang pertama bercampur dengan kanak-kanak lain yang terdiri dari berbilang bangsa. Selama ini dia dikelilingi oleh saudara-mara dan anak kawan-kawan sahaja. Sejak kecil memang telah saya didik dia dengan mengatakan bahawa sekiranya tangan kanan itu berat bermakna kita selalu melakukan kebaikan dan sekiranya tangan kiri itu berat bermakna kita telah melakukan kesalahan. Setiap kali bila balik dari tadika saya akan bertanyakan kepadanya apakah kesalahan atau kebaikan yang telah dia lakukan pada hari itu. Dengan merasa bangga dia akan menceritakan segala-galanya. Sudah pasti dia akan menceritakan yang baik-baik saja sambil saya menimbang kedua-dua tangannya lalu mengatakan betapa beratnya tangan yang disebelah kanan kerana dia telah melakukan kebaikan. Banyaknya pahala yang telah ALLAH berikan pada hari itu. Sudah pasti dia akan tersenyum bangga dan bagi diri saya pula saya tidak akan membiarkannya begitu sahaja. Sekali sekala saya pasti akan bertanyakan dengan gurunya tentang tingkah laku Ujey kerana dia merupakan seorang kanak-kanak yang terlalu aktif. Begitulah yang akan saya lakukan setiap minggu atau selang dua tiga hari.

Untuk dijadikan cerita pada satu hari saya telah menelefon kepada guru kelasnya tentang perihal ujey. Cikgu itu menceritakan bahawa Ujey telah memukul kawannya dan mengakibatkan budak yang berketurunan India itu menangis dan guru itu sendiri kurang pasti apakah puncanya. Setibanya di rumah saya tidak bertanyakan tentang apa yang telah dia lakukan pada hari itu kerana saya ingin menunggu waktu yang sesuai untuk saya mulakan operasi. Selepas melakukan Solat Zohor, dengan keadaan saya yang masih lagi bertelekung dan duduk di atas sejadah saya telah memanggilnya sambil bertanyakan tentang dirinya di tadika. Seperti biasa dia akan mengatakan baik-baik saja. Saya pandang tepat ke wajahnya sambil menimbang kedua-dua tangannya. Saya dengan muka yang begitu sedih mengatakan bahawa pada hari itu tangan kirinya lah yang terasa amat berat bermakna dia telah melakukan dosa. Dia memandang saya dengan terpinga-pinga. Saya menerangkan kepadanya bahawa saya adalah ibunya yang telah melahirkan dia. Dia tidak boleh menipu saya. Dia terus bertanya macamana saya tahu. Saya hanya mengatakan bahawa ALLAH akan memberi petujuk kepada orang-orang yang melakukan solat. Apalagi seorang ibu. Mungkin ada yang bertanya kenapa saya mendidik dia sedemikian? Jawapannya ialah saya ingin dia tau bahawa ALLAH itu MAHA BESAR DAN DIA TAHU AKAN SEGALA-GALANYA. Dia terus meminta maaf dan menceritakan segala-galanya. Saya tau dia memang takut kerana dapat dilihat dari ombak dada dan tutur katanya. Hasilnya sehingga sekarang dia tidak berani menipu saya. Menjelaskan lagi ialah bila saya terdengar dia berbual dengan adik-adiknya ketika dia di tingkatan 2. Dia mengatakan, dengan ummi jangan tipu kerana bila ummi melakukan solat ALLAH akan memberikan lintasan dan ummi akan tahu segala-galanya. Saya hanya tersenyum dan didalam hati kecil saya berkata berjaya juga teknik timbang menimbang tangan ni.

Sehinggalah dia bersekolah di tingkatan 4 sekiranya dia melakukan kesalahan dia dengan cepat akan meminta maaf kepada saya dan memberitahu akan kesalahannya. Mengikut kata kawan saya Zu, Ujey pernah memberitahu kepadanya bahawa dengan ummi jangan cuba nak tipu.  Lebih meyakinkan saya bila guru kelasnya mengatakan bahawa anak saya telus dan dia tidak pernah mengambil telefon bimbit anak saya. Ujey dibenarkan untuk memegang telefon bimbitnya walaupun waktu peperiksaan kerana guru itu yakin dia tidak akan menggunakannya dan tidak akan melakukan perkara-perkara yang dilarang. Sehingga kehari ini pensyarah dia pernah mengatakan bahawa anak saya seperti anak-anak dizaman dulu. Ketika pensyarah di universiti membuat penyelidikan tentang kegunaan bahasa dia mengatakan bahawa bahasa anak saya adalah bahasa melayu lama. Memang saya akui dirumah kami tidak menggunakan bahasa-bahasa yang digunakan sekarang ni. Contonya usha dan sebagainya. Saya sentiasa berdoa agar ALLAH mengekalkan sikapnya yang sedemikian sampai bila-bila.

Ini adalah cara saya.Yang pasti sekiranya kepala kita tunjukkan jalan yang betul, ekor juga akan ikut sama.Begitulah adik-adiknya.Tidak perlu saya memberi penekanan yang serius sepertimana saya lakukan terhadap Ujey. Kenapa tajuk cerita ini SUKA DI JIWA? Ini adalah kerana cara saya mendidik anak tidak pernah saya berpandukan melalui buku kerana saya tidak suka membaca samada buku, majalah atau suratkhabar. Kalau saya baca pun saya lebih suka membaca tajuk berita sahaja kerana ITU LAH SAYA. Ikuti kisah selanjutnya dengan PENGALAMAN 2 DAN PENDIDIKAN 2 dengan tajuk LEPAK.......

Cahayaku di Vimeo.com!


Tahap bacaan para pelajar di Tadika Cahayaku yang berumur dari 3 ke 6 tahun bermula pada 6hb Jan - 8hb Mac 2011.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

www.cahayaku.com.my

http://educahayaku.blogspot.com



kredit muzik :

Rihanna, Katy Perry, Afgan, Bruno Mars & Westlife.

Saya dijemput sehari untuk melihat bagaimana sistem Cahayaku dijalankan dan diusahakan bertempat di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Sangat takjub dengan apa yang dilihat, saya bercadang untuk mengetengahkannya dalam bentuk video dan foto sebagai tatapan anda.  Anak-anak adalah ibarat kain putih. Mereka dilahirkan dalam fitrah. Ibubapalah yang mencorakkan anak itu untuk membentuk peribadi mereka dalam meneruskan kehidupan yang masih lagi panjang dan berliku ini. Cahayaku adalah satu 'teknik' digunakan untuk mendidik anak seawal usia bagi mengenali huruf, pembacaan dan sekaligus menaikkan semangat motivasi diri kanak-kanak itu sendiri dalam melonjakkan diri dan mengenali nafsi untuk membentuk hamba yang mengenali Tuhannya dan tidak terpesong sepertimana kain putih yang dikehendaki tanpa apa-apa coretan songsang. Fuh! Bercakap seolah-olah pakar motivasi! Oke, menggunakan sedikit kepakaran saya yang tak seberapa ini, saya harap, anda semua dapat membuka mata dan celik pengetahuan tentang apa yang dinamakan sistem 'Cahayaku'. Teruskan membaca blog ini untuk lebih mengenali secara mendalam apa yang dikatakan 'Cahayaku' ini. Terima kasih di atas komen yang dilontarkan dan semoga kita akan mendapat manfaat antara satu sama lain.

- Lutfi Lokman, Founder www.na5wa.com 

Sunday, March 20, 2011

Pengalaman 1.

Mula-mula menjejakkan kaki ke alam pendidikan anak-anak di tadika membuatkan saya rasa dunia ini sungguh ceria. Melihat telatah mereka membuatkan saya adakalanya tersenyum dan tertawa sendiri. Pada ketika itu saya diminta untuk mengajar Bahasa Melayu disemua peringkat umur.

Saya bekerja di Tadika Cina dan faham-faham sajalah sudah tentu pelajarnya terdiri dari 90% murid yang berbangsa Cina, 8% berbangsa Melayu dan 1% berbangsa India manakala 1% lagi berbangsa asing. Susah juga nak berinteraksi dengan budak-budak ni. Rata-rata bahasa mereka adalah bahasa Mandarin atau Kantonis. Hanya segelintir saja yang berbahasa Inggeris. Walaubagaimanapun saya masih boleh berinteraksi dengan mereka dengan menggunakan bahasa dunia iaitu bahasa ISYARAT. Apalagi mulalah tangan, kaki, mata, suara dan pergerakkan badan semuanya memainkan peranan. Lama kelamaan saya mula belajar Bahasa Mandarin, Kantonis dan India sikit-sikit untuk memudahkan lagi tugas saya dalam memberi arahan kepada mereka. Contoh jangan menangis, minum air, makan dan semuanya adalah perkataan asas.

Pagi itu seperti biasa saya akan masuk ke kelas pelajar yang berumur 6 tahun. Setelah menyanyi, saya mula bercerita sedikit tentang moral. Walaupun kebanyakkan cerita saya hanya dengan menggayakan anggota badan dan mimik muka, sekurang-kurangnya saya berjaya membuatkan kanak-kanak ini ketawa dan membalas balik cerita saya dengan berbahasa cina. Saya tidak faham tetapi disudut hati kecil saya, saya tahu mereka seronok dengan melihat gaya saya. Apa yang hendak saya sampaikan pada hari itu telah tercapai.

Setelah puas bercerita tibalah masanya untuk saya mengajar mereka membaca sukukata. Saya mengarahkan para pelajar mengeluarkan buku dari beg. Semua murid melakukannya kecuali seorang murid lelaki. Saya tanya dia mana buku? Dia diam dan hanya menundukkan muka. Dengan tidak membuang masa saya terus mengambil begnya untuk mengeluarkan buku. Masuk saja tangan kedalam beg, saya pun terus meraba-raba sambil melihat kedalam. Saya hairan kenapa ada bau busuk didalam beg tersebut dan tiba-tiba saya terpegang sesuatu benda yang agak lembik. Saya angkat benda tersebut dan ternyata itu adalah najisnya. Mungkin dia takut untuk bercakap atau malu. Najis yang terjatuh ke lantai dari seluarnya diambil dan dimasukkan ke dalam beg. Habis semua buku dan tangan saya juga terkena. Apalagi seluar budak tu penuh dengan najis dan begitu juga tangan. Cepat-cepat saya panggil pembantu tadika untuk membersihkannya.

Itulah pertama kali saya memegang najis budak selain dari anak saya sendiri. Geli dan bermacam-macam perasaan yang timbul ketika itu. Saya juga adalah manusia biasa terlintas didalam hati betapa tidak berbaloinya tugas saya dengan gaji yang sebanyak RM200. Tetapi kerana cintanya saya kepada anak-anak saya teruskan juga. Masa tu lah saya terasa betapa susahnya tugas seorang guru tadika. Memang saya tabik mereka-mereka ni. Dari budak yang tidak boleh membaca, menulis dan mengira sehinggalah budak-budak tadika itu berjaya menguasai 3M. Berbanding dengan guru darjah 1 tugas mereka lebih mudah lagi. Akan saya sambung nanti dengan cerita saya yang seterusnya iaitu pendidikan saya terhadap anak sulung saya UJEY..... Tajuk saya pada kali ini ialah PENDIDIKAN 1. Bagaimana saya mendidik anak saya untuk tidak belajar menipu dan untuk menjadikan dia seorang insan yang telus. Ikuti cara saya..........

JIRANKU DARI NERAKA

Bulan Mac adalah bulan kelahiran saya. Setelah sekian lama hidup di dunia ini barulah sekarang saya mengenali dunia blog. Kalau dulu puas anak-anak dan suami menyuruh saya berjinak-jinak dengan komputer tetapi pintu hati ini belum terbuka walau sedikit pun untuk mendekatinya. Saya adalah seorang yang agak kuno. Ini adalah istilah yang lebih tepat. Alasan saya..... ummi sudah tua dan susah nak belajar benda baru. Otak dah berkarat. Untuk belajar Bahasa Arab saja mengambil masa selama 7 tahun dan saya masih lagi tidak dapat menguasainya. Jadilah saya pelajar LEMBAM.

Dengan kedatangan anak saudara kerumah pada 4 Mac yang lalu telah membuka minda saya tentang dunia blog. Siapa tak kenal Lutfi Lokman dari Kamitaken. Dia terkenal dengan blog, fotografi dan videonya. Lutfi senang saja bahasa dia. Jadikan blog dairi aunty dan salah satu cara untuk berinteraksi dengan ibu-bapa yang menghantar anak ke tadika yang menggunakan buku CAHAYAKU. Betul juga cakap Lutfi dan jadilah saya penulis blog yang poyo. Betul ke perkataan ni? Belasah ajelah.

5hb Mac 2011 adalah tarikh saya mula menulis blog dan sehingga ke hari ini 20hb Mac 2011, sudah ada 761 viewers dan 10 followers. Pada hari ini genaplah 16 hari saya menjadi blogger dan dengan viewers dan followers yang seramai itu, saya rasa sambutan sudah cukup memberangsangkan. Maklumlah blog tentang pendidikan memang tak sepopular blog yang lebih emo tentang percintaan atau yang lain-lain. Apalagi blog tentang 'game' itulah yang paling popular. Memandangkan hari lahir saya sudah hampir tiba, jadi saya mengambil keputusan untuk menjadikan hari ini hari penutup bagi saya untuk menulis cerita tentang dairi hidup saya. Mulai esuk penulisan saya akan berkisar tentang pengalaman, pengajaran dan pendidikan anak-anak. Mungkin sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan. Tujuan saya bukan untuk mendidik para ibu-bapa tetapi hanya sekadar untuk berkongsi pendapat.

Bagus juga ada blog ni sekurang-kurangnya ini akan menjadi tatapan anak-anak dan cucu-cucu saya di masa akan datang. Bak kata Lutfi SEJARAH TELAH TERCIPTA. Ingat pula akan kata-kata seorang wartawan CNN semasa membuat liputan dulu. Kalaulah saya tinggal di UK atau AMERIKA sudah lama saya menjadi BILLGATES. Sesuatu ciptaan yang bagus akan terus diketengahkan tanpa melihat kelulusan seseorang itu. Malangnya saya di...... Apa pun saya tetap merasa bangga kerana saya berjaya membuat kanak-kanak istimewa seperti Autism, OKU, Sindromdown dan lain-lain lagi membaca akhbar Bahasa Melayu dan Inggeris. Trade Mark cahayaku ialah MEMBUAT PELAJAR SEHINGGA BOLEH MEMBACA AKHBAR. Kalau budak Normal apatahlagi....istilah anak-anak muda zaman sekarang kecik mata. Kalau dulu istilah saya ialah kacang je.....

Ok... kita sambung semula cerita dengan topik JIRANKU DARI NERAKA. Dalam diri manusia memang sudah dibekalkan dengan nafsu dan akal. Terpulang kepada kita untuk mengendalikannya. Pengendalian akal dan nafsu sudah tentu bergantung kepada ilmu yang kita ada. Bagi saya ilmu agamalah yang paling penting. Sekiranya ilmu ini sudah cukup mantap maka senanglah bagi kita untuk mengendalikan nafsu. Nafsu pula terbahagi kepada 2 iaitu yang negatif dan positif. Cemburu, sayang, cinta, marah, tamak, dengki semua itu adalah nafsu. Nafsu yang positif semua orang tahu seperti contoh sayang, pemurah, penyabar dan lain- lain lagi. Manakala nafsu yang negatif adalah tamak, dengki, pemarah dan yang lain-lain. Allah mengurniakan kita akal untuk mengendalikannya seperti contoh dengki. Dari negatif kita boleh positifkan. Contoh rasa dengki melihat kejayaan seseorang itu lantas kita menjadikan kejayaan orang itu untuk memotivasikan diri kita supaya lebih berjaya lagi. Sabar adalah sikap yang positif dan kita harus menukar sikap sabar yang positif kepada negatif. Contoh apabila isteri kita diganggu orang mestilah kita akan menjadi seorang yang pemarah walaupun pada dasarnya kita adalah seorang yang penyabar. Tidak mungkin kita akan memerhatikannya saja. Apapun perasaan yang ada didalam diri, kita boleh mengendalikannya dengan sempurna sekiranya kita menggunakan akal yang telah terdidik dengan nilai-nilai agama walaupun agama yang kita pelajari itu terlalu asas. Contoh jangan menipu nanti kita akan melakukan dosa. Jangan mencuri kerana ALLAH melihat perbuatan kita nanti kita akan masuk neraka. Kita telah diajar dengan adanya ALLAH, NERAKA DAN SYURGA. Samalah seperti CAHAYAKU dari ejekan yang negatif telah saya positifkan. Menjadikan ianya satu pembelajaran yang bersantai tetapi berkesan.

Lain pula dengan jiran saya ni. Dengan membeli rumah dikawasan yang agak elit saya menyangkakan bahawa saya akan terlepas dari fitnah dan hasad dengki manusia kerana mereka mengamalkan konsep 'NAFSI-NAFSI'. Rupanya sangkaan saya meleset sama sekali. Purata penduduk di sini berpendapatan dari RM7k lebih keatas untuk memiliki rumah seperti ini. Terdiri dari kalangan professional, ahli perniagaan dan artis. Saya berjiran dengan SITI NURHALIZA, TOMOK, PEMBACA BERITA, SENATOR dan artis-artis yang lain. Kerana terlalu elitnya mereka-mereka ini, sehingga ada yang sanggup membelakangkan agama. Bukan semua hanya segelintir sahaja.

Malang bagi diri saya dan suami kerana berjirankan jiran yang datangnya dari neraka. Dugaan yang ALLAH berikan sungguh indah kerana banyak RAHMAT yang telah saya perolehi dari kenerakaan (istilah yang baru saya cipta untuk menunjukkan betapa jahatnya) jiran saya ini. Si suami seorang Eng........ tetapi sayangnya OTAK yang ALLAH kurniakan diletakkannya dilutut. Didalam otak itulah terletaknya AKAL. Manakala isterinya seorang Ker..........bank menjadi pembakar kepada sisuami. Bak kata pepatah orang tua-tua, dua-dua sama naik.Si suami bernama AA dan si isteri bernama SS.

Kerana terlalu hasad dan dengkinya dia terhadap kejayaan orang lain, dia sanggup memalukan diri dia dengan perbuatan dia sendiri. Dulu dia baik dengan semua orang disini. Berpunca dari jemputan kahwin jiran disebelah rumah, dimana pada sangkaannya, jiran tersebut telah menjemput saya dulu dan membelakangkan dia. Dia mahu dia diraikan dulu. Hanya dengan isu yang kecil ini terus menjadi besar. Pernah pada pukul 3 pagi dia membawa parang kerumah jiran kerana dia mengatakan bahawa jiran itu mengetuk dinding dan menganggu tidurnya. Bila jiran membuat ubahsuai rumah, dia akan menelefon polis dan bandaraya. Sehingga kontraktor itu di saman. Selepas pukul 6 petang jiran yang sama mengetuk dinding untuk menggantungkan bingkai gambar dia akan menelefon polis sehinggakan polis naik muak dengan sikap dia yang suka mengacau orang. Parking kereta diseberang jalan berhadapan dengan rumahnya pun dia akan bising dan meletakkan nota. Macamlah jalan ni jalan bapak dia. Bukannya orang parking di depan pintu pagar dia. Jiran-jiran pernah mengatakan kalau dia suami isteri tidak boleh duduk berjiran duduk saja didalam hutan.

Satu hari saya telah didatangi oleh adiknya yang ingin meminjam duit dari saya sebanyak RM30K. Saya mengatakan kepada adiknya bukan saya tidak ada duit dan kalau saya kata tidak ada nanti ALLAH marah. Saya tidak takut dengan manusia tetapi saya takut dengan ALLAH. Cuma duit yang saya ada, adalah untuk persekolahan anak-anak saya yang seramai 3 orang. Anak-anak saya bersekolah di sekolah swasta dan saya bayar RM48K setahun. Semuanya bersekolah menengah dan di dalam aliran sains pada waktu itu kecuali si adik. Dia agak kecewa dengan jawapan saya. Saya bukannya banker. Kenapa tidak ke bank saja untuk meminjam dan RM30K bukanlah satu nilai yang kecil.

Tidak berapa lama selepas itu saya dipanggil oleh kakaknya (jiran saya) yang mempertikaikan tentang duit ringgit saya. Katanya dia baru balik dari rumah kawan dia dan menceritakan tentang penulis buku cahayaku yang menjadi jirannya. Lantas kawannya mengatakan bahawa saya adalah jutawan dan memang jenis saya yang low profile dan tidak suka membanggakan diri. Sedangkan saya berkemampuan untuk memiliki bangalow. Dengar kata-kata kawannya dia naik marah dan menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap saya yang tidak memberikan pinjaman kepada adiknya. Saya ingat lagi akan suaranya yang agak meninggi ketika itu.

Dari situlah bermulanya segala macam remeh temeh yang dijadikan hal termasuklah hal-hal bibik. Maid dia menceritakan kepada saya bahawa majikannya suami isteri akan pergi berjumpa bomoh untuk menyihir kami. Dia menggunakan khidmat bomoh SIAM, HINDU, IBAN, SAKAI, INDON dan CINA. Saya nampak tepat pada pukul 12 malam dia menanam barang didepan rumah. Membawa orang sakai kerumah dia sambil menunjukkan kearah rumah saya. Menangkap gambar suami saya dan anak-anak saya sambil mengatakan AKU AKAN KERJAKAN KAU SAMPAI MATI. Nampak 3 orang lelaki yang masuk dari pagar rumah dia lalu memanjat kerumah saya sambil menabur tanah kubur. Waktu itu saya diluar dan tinggallah bibik dengan anak-anak. Anak-anak saya telah menelefon saya dan sekembalinya saya ke rumah, saya melihat memang ada tanah kubur didepan rumah. Baling tulang babi ke dalam rumah saya dan menanam tulang babi di sekitar tadika saya. Macam-macam lagi yang telah dia lakukan. Meyakinkan saya kerana security dikawasan perumahan tadika saya telah memberitahu bahawa ada sebuah kereta yang tidak dikenali telah datang ke taman dimana terletaknya tadika saya. Dia tidak membenarkan kereta itu masuk tetapi dia terus saja berlalu dan berhenti ditepi tadika saya. Security itu sempat mencatatkan nombor plate dan teryata nombor plate kereta itu adalah nombor plate kereta beliau.

Pernah pembantu rumah saya dirasuk pelesit. Manakala emak pernah nampak hantu raya dibelakang rumahnya dan pernah cuba untuk merasuk saya. Ketika itu saya nampak satu lembaga yang besar seperti gorilla malah lebih besar lagi dan berbulu agak kasar. Pada waktu maghrib, apabila dia keluar saja dari rumah dia akan membawa bunyi belalang bersamanya. Bunyi itu akan hilang sejurus dia masuk kerumah semula. Menguatkan lagi cerita ini semasa Hari Raya Puasa yang lepas dimana pembantu rumahnya menangis dan meminta tolong kepada saya kerana dia ternampak satu lembaga sedang duduk disudut almari. Di atas pintu rumah pula, majikannya telah meletakkan duri seolah-olah melarang lembaga itu keluar dari rumah. Ini diceritakan sendiri oleh keempat-empat pembantu rumah beliau kepada saya. Sebelum pulang ke Indon mereka akan berjumpa dengan saya terlebih dulu untuk meminta maaf kerana selama ini telah bersubahat. Yang jelas maid dia mengatakan bahawa majikannya tidak melakukan solat. Sehelai telekung pun tidak ada dan kalau ada tetamu yang datang dan ingin melakukan solat, majikannya akan meminjam telekung bibiknya. Katanya lagi gambar saya dan suami dilekatkan didinding untuk dijadikan alat pemujaan.

Walau apapun yang dilakukan oleh jiran dari neraka ini kami tetap seperti biasa. Bukan tidak ada gangguan. Ada.. tetapi kami dapat menanganinya dengan melakukan solat hajat, mengaji dan tahajud. Yakin seyakin yakinnya kami bahawa ilmu ALLAH itu lebih hebat. Walau apapun yang dilakukan oleh AA dan SS itu juga adalah dengan izin ALLAH jua. Sesungguhnya bagi mereka yang melakukan sihir terhadap orang lain bersiap-siaplah anda untuk ke NERAKA. Kalau di negara Timur Tengah dan ACEH, tidak silap saya penyihir- penyihir ini akan dihukum bunuh. Menjadi tanda tanya kepada saya bahawa di zaman yang serba moden ini masih ada lagi manusia yang terpelajar seperti AA mahu 'membela' PELESIT dan HANTU RAYA. Keyakinan terhadap ALLAH telah lenyap dan sanggup memisahkan dunia dan akhirat. Seolah-olah apa saja yang dilakukan didunia ini tidak diambil kira di akhirat nanti. Si AA pernah mengatakan kepada suami saya dan seorang bilal, ' Apa nak takut... dunia dunia akhirat akhirat'. Masyaallah begitu ceteknya dia terhadap agama. Cukup sampai disini dan mulai esuk TOPIK saya akan berubah. Menuju ke PENGALAMAN dan PENDIDIKAN anak-anak.

Seorang jiran yang duduk bersebelahan rumah AA dan SS adalah musuh ketatnya juga. Si SS pernah mengatakan kepada saya bahawa dia dengan si jiran itu sudah berputus arang. Masa tu SS dan saya masih ok lagi. Musuh ketat si SS tu seorang do..... dan pada satu hari si do..... telah bercerita kepada saya bahawa dia telah terbaca satu article yang bertajuk MY NEIGHBOUR FROM HELL di akhbar Straits Times dan ceritanya samalah dengan cerita kami. Jiran itu menyangka bahawa saya yang menulis artikel itu. Sejak itulah saya dan jiran saya si do..... telah memanggilnya JIRAN DARI NERAKA.  Setiap kali si SS melihat saya dan do..... itu berbual dihadapan rumah dia akan menelefon pembantu rumahnya dan bertanyakan kepada maidnya adakah setan 2 ekor tu masih berbual lagi. Pembantu rumahnya berkata kepada saya yang majikannya memanggil saya dan do............ tu setan sedangkan kata maidnya IBU SETAN yang sebenarnya adalah dia (SS).

Saturday, March 19, 2011

Dugaan Hidup (satu penipuan) -TADIKA & satu kenangan.

Dalam hidup ini tidak selalunya indah. Tetapi hari ini adalah hari yang bermakna buat saya kerana hari ini adalah hari lahir anak yang ke2 saya iaitu W. Genaplah 21 tahun umurnya. Pusingan roda hidup kita ada kalanya diatas dan ada kalanya di bawah.  Kita akan diuji dan terus diuji menandakan betapa kasihnya ALLAH terhadap kita. Saya tidak menyangka diantara ramai peserta yang menghadiri kursus cahayaku ada dikalangan mereka terdiri daripada hipokrit yang berselindung dibalik agama dan tudung labuh mereka.

Saya mengenali pn Nor A disekitar tahun 1999. Suaminya pula En M bekerja disebuah syarikat dimana pendapatan bulanannya tidak dapat menampung kehidupan seharian mereka pun. Saya tidak berapa mengenali mereka hanya sekadar pelanggan yang datang sekali-sekala membeli buku dipejabat. Setiap kali berjumpa apa yang disuarakan ialah tidak cukup duit untuk menguruskan tadika dan taska. Kata mereka mula-mula nak berniaga terpaksa menggunakan 5 kredit kad untuk dijadikan modal.

Sebelum mengenali Nor A saya memang sudah rapat dengan seorang pengusaha tadika yang juga merupakan pelanggan cahayaku yang dikenali dengan nama Zu. Zu memang seorang yang bersemangat untuk membuka sebuah tadika lagi. Tapi kali ini dia ingin berkongsi dengan saya. Ketika suami saya Zahari di Mekah, Zu telah mendatangi saya dengan tujuan untuk menjadikan saya rakankongsinya. Saya masih lagi keberatan kerana saya adalah jenis yang tidak suka mencari masalah. Pada saya bisnes yang ada pun macam-macam kerenah yang saya kena layan apalagi di tadika. Lagilah pening kepala.

Sekembalinya Zahari dari Mekah saya menceritakan tentang ajakan Zu itu. Zahari membenarkan saya untuk membuka tadika kerana dia sendiri memerlukan tempat untuk menjalankan R&Dnya. Saya mengatakan bahawa tempat yang paling strategik untuk saya ialah di Bandar Tun Hussein Onn.  Memang ada rumah semi D untuk disewa. Dengan tak semena-mena Zahari teringat akan pn Nor A yang menjalankan perniagaan tadikanya disitu. Dia mengatakan kesian si Nor A sudahlah pelajarnya hanya ada 11 orang kalau saya buka pula disitu pasti kering tadika dia nanti. Saya termenung sejenak dan kesian pula hati ini kapada si Nor A. Tak sampai hati saya hendak menutup periuk nasi orang.

Selang beberapa hari saya memanggil Zu dan suami, Nor A dan suami  manakala saya dan suami menunggu mereka dipejabat. Kami berbincang untuk mendapatkan kata sepakat dan akhirnya keputusan telah dibuat dimana saya melaburkan modal sebanyak mana yang mungkin dan didalam pada itu Zu akan melaburkan sedikit demi sedikit manakala Nor A tidak melaburkan apa-apa pun kerana dia tidak ada duit dan cukuplah dengan barangan tadika yang dia ada contohnya bangunan yang disewa yang akan diambil alih, bangku kayu, meja dan yang lain-lain.

Pada bulan Jun 2000 mulalah operasi untuk memperindahkan lagi tadika yang dulunya macam tadika yang tak menjadi. Hasil gabungan idea saya dan Zu kami telah membelanjakan wang sebanyak saya rm31k dan Zu rm9k manakala Nor A tidak mengeluarkan walau sesen pun modal apalagi tenaga. Hanya saya dan suami serta Zu dan suami yang bertungkus lumus. Pertengahan Disember 2000 tadika itu pun siap dan dinamakan .............cahayaku. Apabila penduduk disitu tahu bahawa tadika tersebut telah diberi nafas baru dan saya sebagai penulis buku cahayaku ada di situ jumlah murid yang asalnya hanya ada 11 orang kini telah melonjak kepada 100 orang pelajar dimana pendapatan telah mencecah kepada rm15k sebulan.

Walaupun modal sayalah yang paling banyak tetapi kerana saya bukanlah jenis orang yang tamak, saham saya bahagikan kepada, saya 3..%, Zu 3..% manakala Nor A 3..%. Pada awalnya semuanya ok tetapi setelah tadika siap Nor A mula menunjukkan belang. Dia mempertikaikan kenapa saham dia dan Zu sama banyak. Dari situ saya sudah dapat rasakan yang Nor A sudah mula tamak. Dia juga tidak setuju apabila gaji dibayar sama banyak iaitu rm1500 seorang. Pada saya biarlah semuanya sama rata. Apalah yang nak dipertikaikan daki dunia ni.

Pada bulan Feb 2001 suami Nor A telah menelefon suami saya untuk memberitahu bahawa dia tidak mahu saya datang ke tadika tu lagi dengan alasan dia mahu tadika tersebut dijadikan milik dia. Zahari mengatakan sekiranya dia mahukan tadika itu sila pulangkan semua modal yang saya dan Zu sudah laburkan. Memanglah manusia ni tidak tahu malu. Hak orang dijadikan hak sendiri. Zahari tidak mahu memberitahu saya kerana tidak sampai hati melihat saya di aniaya oleh orang yang telah saya tolong. Ibarat kata pepatah seperti menolong anjing tersepit. Saya tidak tahu menahu langsung tentang perkara ini dan masih lagi ketadika seperti biasa.

Pada satu pagi yang sungguh malang saya melihat anak murid saya telah di bawa oleh Nor A ke taskanya yang berada di seberang jalan. Saya terkejut dan terpinga-pinga bersama Zu. Didalam hati terus bertanya kenapa dan kenapa. Saya cuba masuk kedalam tadika tetapi tidak berjaya kerana Nor A dan suaminya M telah menukar semua kunci tadika. Saya hanya mampu menangis kerana tidak sangka saya telah dimakan oleh kawan sendiri. Zu terus memujuk saya dan mengesyorkan supaya menulis surat kepada semua ibubapa untuk memberitahu bahawa tadika akan berpindah. Saya mengatakan kepada Zu mungkin Nor A bersikap begitu kerana bangunan itu adalah bangunan yang disewa dibawah namanya dan Zu mencadangkan supaya kami mencari bangunan baru.

Kami berjaya mendapatkan rumah lot tepi. Surat dikeluarkan dengan memasukkan kedalam beg budak-budak yang kami tunggu ditepi jalan. Sebaik saja mereka turun dari bas, saya, Zu dan guru-guru saya memasukkan surat kedalam beg para pelajar. Saya juga mengeluarkan surat kepada Nor A untuk memberitahu bahawa tadika akan berpindah ke bangunan baru dan minta Nor A ikut sekali. Daripada 100 orang murid, yang datang hanya 25 orang kerana saya dimaklumkan oleh para ibubapa bahawa semua surat yang saya berikan kepada pelajar telah dibuang oleh Nor A.  Bermacam-macam dugaan yang telah saya lalui dengan tohmahan dan fitnah yang telah dilakukan oleh Nor A terhadap saya. Kalau nak diceritakan kesemuanya akan menjadi cerita 1000 satu malam tak akan habis. Dipendekkan cerita pada pertengahan tahun, murid dari tadika Nor A telah berpindah ke tadika saya dan menjadikan jumlah murid seramai 55 orang.  Kini tadika baru saya TADIKA CAHAYAKU terletak tidak jauh dari tadika mula-mula saya. Tadika tu masih lagi beroperasi di bawah nama X......berkuburlah tadika ........ CAHAYAKU yang satu ketika dulu menjadi sebutan para penduduk di sekitar Bandar Tun Hussein Onn.

Selepas beberapa tahun suami Nor A iaitu M telah terserempak dengan suami Zu. Suami Zu bertanyakan khabar kepada M lantas M menyuarakan bahawa duit yang diperolehi dengan cara yang begitu tidak berkat. Mereka selalu bergaduh dan tidak boleh duduk di tadika tersebut. Katanya panas. Saya dapat tahu dari jiran-jiran disekitar tadika Nor A bahawa dia sentiasa sakit. Tidak masuk tadika dan sentiasa bertukar-tukar guru. Rupanya bukan saya saja yang ditipu malah ramai lagi supplier ditipu. Ambil barang tak mahu bayar. Gaji cikgu pun tak bayar. Saya dapat tahu kerana cikgu dia sendiri yang bercerita kepada saya. Bergaduh dengan parent tadika dan maam-macam lagi.

Persoalannya Nor A adalah seorang yang rajin melakukan solat. Suaminya pula kerap ke masjid. Siapakah yang mereka sembah. Sekiranya mereka menyembah ALLAH pasti mereka tidak akan melakukan kerja yang keji ini dan sanggup makan dari hasil yang haram. Bertudung labuh, bercakap dengan lemah lembut. Bak kata orang pijak semut pun tak mati. Lumrah hidup. Kita akan mudah percaya dan tertipu dengan orang-orang yang sebegini. Saya berterima kasih dan bersyukur kepada Allah kerana banyak yang saya pelajari dari kesilapan ini. Diatas kesabaran saya dengan segala penipuan yang telah dilakukan oleh Nor A, sekali gus dia telah memijak mijak maruah saya dengan fitnah yang ditabur, ALLAH telah menggantikannya dengan satu projek yang amat besar. Buku cahayaku diguna pakai oleh seluruh TADIKA PERPADUAN bagi Wilayah Persekutuan pada tahun..... dan diikuti  oleh seluruh negeri PAHANG dan agensi kerajaan yang lainnya pada tahun.....

Pada tahun 2002 kami sekeluarga menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah. Manakala suami saya Zahari sering kesana dan adakalanya setahun 2 kali. Tahun 2004 sekali lagi saya kesana bersama suami dan pada tahun 2006 saya dan suami pula mengerjakan Haji. Tahun 2010 sekali lagi saya kesana untuk berdoa kerana pada kali ini dugaan saya lebih dahsyat iaitu ujian iman. Nantikan coretan saya yang seterusnya dimana ALLAH menduga saya dan suami dengan berjirankan JIRAN DARI NERAKA. Inilah tajuk saya yang seterusnya. Kerana tidak dapat menunaikan kemahuan adiknya yang ingin meminjam dari kami berserta menebalnya PHD didalam hati, seseorang itu sanggup melakukan perkara yang dilarang agama. Nantikan........

Friday, March 18, 2011

Keributan Kes: Cahayaku Dan Kanak-kanak (Normal & Istimewa)

Apabila kita bercakap tentang kanak-kanak, kebiasaannya kita bercakap tentang keupayaan mereka membaca, mengira dan menulis. Tetapi tahukah anda kesukaran2 yang mesti dilalui oleh mereka untuk menguasai 3M itu? Kebanyakan (bukan semua) ibu-bapa tidak pernah ambil pusing mengenainya sebab bagi mereka tadika dan sekolah adalah tempat untuk memiliki ilmu-ilmu seperti itu. Persoalannya, adakah tahun satu baru mula belajar untuk menguasai 3M ini atau sudah terlambat? Bagi seorang doktor pakar kanak-kanak, untuk menguasai 3M, mereka akan membincangkan mengenai beberapa aspek seperti:- Perkembangan 1. PM=Moto (kasar & halus) 2. PT=Tutur (bahasa) 3. PS=Sosial (bergaul) 4. IQ (hakikat akal) – sengaja aku tidak menggunakan isitilah2 doktor sebab kebanyakkan manusia bukannya doktor termasuklah aku. Yang pastinya kita boleh faham apa yang dimaksudkan.

Aku telah lama mengikuti sistem, konsep dan teknik Cahayaku. Teknik ini membincangkan tentang perkembangan PE=EQ (Emosi) kemudian barulah PM, PT, PS dan akhirnya IQ. Bagi Cahayaku tanpa keseimbangan nilai EQ segala perkembangan PM, PT, PS dan IQ tidak akan mencapai sasaran, seperti yang dikehendaki dengan lebih sempurna. Bak kata pepatah orang tua-tua (Terengganu); “berjalan itu boleh tetapi terpaksa… berdecok-decok” – sengaja aku ambil pepatah orang Terengganu sebab blog ini ditolongi oleh empunya blog www.Na5wa.com anak buah puan Chahaya Abdul Manan. p/s: Jika pembaca mempunyai waktu cubalah surf lamannya, sangat berinformasi secara bersantai, lucu dan cantik foto-foto yang diuploadkan.

Aku masih ingat beberapa kali sistem Cahayaku ini telah membuat ribut (sebenarnya tidak jika dipandang kesudut-sudut yang lain) kepada public. (kali pertama “Bincang Petang” bersama Hosnya En. Suhaimi – TV3 - tahun 1998 - kalau tak silapku. Kali kedua “Gemilang Malaysia” RTM bersama Hosnya – ah aku tak ingat siapa namanya begitu juga tahunnya tetapi yang pastinya masyarakat (warga Malaysia) mula mempertikaikan sebutan “Bahasa Baku” sehingga beberapa bulan! Kerana ketika itu parti pembangkang baru kali pertama dapat menguasai Terengganu tetapi yang jelasnya aku dapat message yang cuba disampaikan oleh pihak Cahayaku betapa mudahnya sistem rekaannya sehinggakan kanak-kanak berusia 4 tahun berupaya membaca tanpa perlu mengeja suku-kata (membatang) dengan sempurna.
Bayangkan satu-satu abjad di sambungkan tetapi kanak-kanak itu secara “Live On TV” dapat menyebutnya secara bersahaja tanpa menyebut nama-nama abjad sedangkan kanak-kanak itu ketika itu tidak tahu nama-nama abjad pun! Abjad-abjad yang disambungkan itu ialah “s, a, m, b, i, l, a, n, g”. Dimanakah letaknya teknik untuk sambungan suku-kata “samb” dalam bahasa Malaysia? Kali ke 3 bersama Aflin Syauki Hosnya di ASTRO dan tetamu jemputannya ialah kanak-kanak sindromdown dalam rancangan “Bila Larut Malam”. Kali ke 4 dikeluarkan oleh CNN sebanyak 2 kali mengenai pembacaan bahasa Inggeris. Sebenarnya Pihak Cahayaku sudah banyak kali keluar dikaca TV dalam lain-lain rancangan seperti Selamat Pagi Malaysia dan lain-lain begitu juga dengan ahkbar dan majalah tempatan.

Tidakkah Cahayaku ini sepatutnya menjadi salah-satu system pembelajaran yang boleh dibanggakan oleh seluruh warga Malaysia kerana ianya dihasilkan oleh rakyak M’sia! Cubalah ruangkan sedikit masa untuk bersama-sama dengan Pihak Cahayaku mungkin lebih memberi manafaat daripada terus-menerus kita mentafsirkan secara negatif dengan berbekalkan buta fakta dan busuk hati! Setelah berbicara dengan beberapa orang termasuk guru sekolah yang telah aku temui, mereka menyatakan teknik ini bercanggah pada pendapat mereka dengan apa yang telah mereka pelajari! Almaklumlah itu zaman dulu sekarang zaman moden. Tapi ternyata teknik ini cepat, mudah dan berkesan.

Anehnya ada segolongan manusia yang hanya berpandang kesatu arah! Cubalah faham, Pihak Cahayaku adalah warga pendidik / pengembangan konsep /memperkayakan khazanah pendidikan dan pemberi harapan kepada semua kanak-kanak normal dan istimewa (you name them!) kepada Ibu-bapa dan amnya kepada generasi Malaysia. Mereka bukannya berkecimpung didalam bidang politik atau mengaitkan diri dengan pihak tertentu! Mengapa harus mengaitkan (tag) mereka dengan politik atau aliran tertentu! Nasihatku: Sekiranya seseorang hendak menjadi seorang tokoh politik jangan buangkan masa untuk menjadi pendidik atau guru atau tukang kayu atau tukang kebun…. Menghabiskan maso je! Saranan ku Kepada tokoh-tokoh pendidik diluar sana gunakanlah system ini kepada kelas-kelas pemulihan yang ada di sekolah-sekolah anda. Janganlah kita sibuk mengambil sistem-sistem pembelajaran dari negara lain sedangkan yang ada di depan mata amat cukup meyakinkan. Sila semak dengan pihak cahayaku kerana aku yakin ada sesetengah sekolah mengadaptasikan sistem ini untuk menyelesaikan masalah pemulihan. Bak kata pepatah tak semestinya pengukir itu boleh mengukir dengan sempurna adakalanya orang lain pun boleh mengukir.

Ops aku terpaksa berlalu… I’m just passer-by…..I’m Dracer Musleh… If my words hurt you… I’m sorry… refer to my 1st article “AKU DRACER MUSLEH”
.....Dracer Musleh

LAHIRNYA CAHAYAKU (JULAI 1998)

Wow......Banyaknya yang nak saya coretkan kali ni. Ini baru sebahagian dari kisah kelahiran cahayaku belum lagi  pengalaman-pengalaman pahit atau manis ketika mengimplimentasikan sistem ini kepada mereka-mereka yang tidak boleh membaca. Bayangkan dari umur 2 tahun setengah sehinggalah 36 tahun samaada normal atau istimewa. Tahi hidung, najis, hingus, air kencing kesemuanya dah pernah dirasai samaada masuk kemulut saya atau terpegang, Muntah budak pun nyaris-nyais masuk mulut. Itu perkara biasa. Tak apa yang itu saya akan ceritakan macamana saya boleh merasainya (satu kenikmatan dalam kehidupan yang tidak semua orang melaluinya)......... kemudian saja ok dibawah tajuk PENGALAMANKU.

Setelah Zahari berjaya mengajar kanak-kanak seramai 30 orang itu membaca yang terdiri dari berbagai-bagai masalah, dia dengan penuh keyakinan menyuruh saya mencetak buku tersebut. Aduh.......Masalah ni......Duit! Duit! Duit! Dimana kau duit. Dimana nak cetak dan MODAL merupakan masalah yang paling besar sekali. Alhamdulillah.... Rohana dan Ruzaini yang terlalu yakin dengan sistem ini sanggup untuk menghulurkan modal dan jadilah mereka rakan kongsi kami didalam perniagaan sehingga kehari ini.

Rohana terpaksa bertanyakan kepada kawan-kawan dimana boleh kami cetakan buku ini. Kami inginkan sebuah syarikat percetakan yang berniaga secara jujur, ikhlas dan amanah. Merata kami mencari dan akhirnya kami diperkenalkan dengan Nurul dan Zaidi tuanpunya printing company disekitar Sungai Buluh. Yang seronoknya Nurul orang Kelantan dan Zaidi orang Terengganu. Satu kapallah dengan Zahari dan membuatkan perbincangan terlalu mudah dan senang mencapai kata sepakat. Al-Hikmah I love you guys. Dengan nama buku CAHAYAKU dan percetakan AL-HIKMAH menjadikan kami begitu serasi dan sehingga ke hari ini tidak pernah berubah angin. Biarlah sampai bila-bila. Susah dan senang bersama mereka.

Buku sudah dicetak. Untuk TEST MARKET kami hanya mencetak sekitar 2000 unit sahaja. 1000 unit buku 1 dan 1000 unit buku 2. Gembiranya rasa hati hanya ALLAH saja yang tahu. Maklumlah dengan melihat mock-up  menjadi buku timbul satu rasa kepuasaan dan kebanggaan di dalam hati, tetapi buku yang banyak ni nak dijualkan kepada siapa dan dalam bulan Julai mana ada tadika yang nak beli buku sebab sudah hampir akhir tahun.

Walaubagaimanapun kami tidak pernah berputus asa. Atas usaha Ruzaini dia berjaya mendapatkan seorang wartawan untuk membuat liputan tentang CAHAYAKU dengan syarat dia ingin mencuba kaedah tersebut kepada anaknya yang berunur 4 tahun dahulu. Sekiranya berjaya liputan akan dibuat. Saya pun mengajar wartawan itu melalui telefon. Selepas 5 hari wartawan itu pun menelefon saya sambil mengucapkan TAHNIAH. Saya terkejut dan dia mengatakan yang anaknya boleh menguasai sukakata dari gabungan huruf m, l, n dalam masa yang singkat  dan menguasai vokal dalam masa tak sampai 5 minit. Lantas dia dengan penuh semangat mengatakan I WLL BREAK THE ICE FOR YOU CHAHAYA. Dia sanggup untuk membuat liputan tentang cahayaku dan itulah pengalaman saya yang pertama ditemuduga dan bergambar dengan suratkhabar HARIAN METRO. Sambutan dari orang ramai amat menggalakkan. Percubaan pertama kami melalui tersiarnya kisah cahayaku di dada akhbar membuatkan kami berjaya menjual 100 buah buku 1 dan 2 kepada orang ramai.

Ramai yang bertanyakan tentang kaedah ini dan ada yang mengatakan saya ciplak dari luar negara. Saya hanya tersenyum sebab ke Singapura pun saya tidak pernah menjejakkan kaki apalagi nak ke negara-negara lain. Selepas beberapa hari kemudian banyak panggilan telefon kami terima dan ada diantaranya memarahi saya. Mereka mengatakan bahawa mereka tidak pandai untuk menggunakan buku tersebut dan merasakan agak membazir membeli buku cahayaku. Diantara 100 orang yang membeli buku melalui kiriman pos hanya seorang saja yang berjaya menggunakannya. Itu pun kerana dia rajin menelefon saya dan bertanyakan cara  untuk menggunakannya. Dalam hati kecil saya berkata masalah lagi. Puas kami berfikir dan akhirnya Zahari mengatakan yang saya terpaksa mengajar orang ramai tentang cara untuk menggunakannya. Saya bukanlah seorang trainer dan alhamdulillah Zahari adalah seorang fasilitator di pejabatnya pada suatu masa dahulu. Tidak nampak cara lain saya minta Zahari untuk melakukan R&D dengan lebih serius lagi dan sekaligus menjadi facilitator untuk cahayaku. Manakala Ruzaini jawatannya dulu adalah seorang manager dan dia juga mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan memberi tumpuan kepada cahayaku. Manakala Rohana melaksanakan tugas admin dan menjaga akaun dan saya tertumpu di bahagian pengurusan kursus.

Disekitar bulan September kami mula memperkenalkan cahayaku di tadika-tadika. Ada yang terpinga-pinga maklumlah teknik baru. Ada yang tercengang apabila melihat Haziq yang ketika itu berumur 4 tahun membaca dengan lancar dan mengeja dengan tepat sekali. Yang sedihnya ada diantara pengusaha-pengusaha tadika ini telah merendah-rendahkan kebolehan saya sambil mencampak buku saya ketepi dan mengatakan bahawa semua penulis mengatakan buku mereka bagus dan pada dia tidak ada bezanya cahayaku dengan buku-buku yang lain. Memang sekali pandang tidak ada bezanya tetapi sekiranya diamati betul-betul dan membukakan hati untuk mendengar penjelasan pasti terkeluar keindahan yang ada didalam buku cahayaku. Masalahnya manusia ini terlalu EGO. Dia bertanyakan kepada saya berapa ramai pekerja saya dan sekiranya dia membuat tempahan siapa yang akan membuat penghantaran. Lantas saya menjawab kami ada 4 orang semuanya dan seorang kerani. Penghantaran buku tidak menjadi masalah. Saya sendiri boleh membuat penghantaran. Dengan sombong dia mengatakan awak penulis, awak penjual dan awak delivery boy. Saya mengangguk dan saya bangga melakukan kerja-kerja yang sedemikian. Tiada salahnya bukan. Ini baru cerita dia seorang dan sesungguhnya ramai lagi diluar sana yang merasakan diri merekalah yang terlalu pandai, kaya dan dengan selamba mencebik-cebik orang lain.

Bulan demi bulan terus berlalu dan buku masih tersimpan didalam stor dan tiada pengusaha tadika yang mahu membelinya. Zahari dan Ruzaini masih terus memasarkan buku cahayaku dan alhamdulillah pada tahun 1999 ada 7 tadika ketika itu yang ingin mencuba buku cahayaku di tadika mereka. Salah seorangnya ialah kak Noli yang masih menggunakannya sehingga kini. Dengan bermacam-macam dugaan yang kami lalui akhirnya kami mengambil kata sepakat untuk melakukan solat hajat dipejabat minta ALLAH permudahkan segala urusan. Solat hajat tersebut dimulakan pada pukul 1 pagi. Barulah kami nampak hasilnya.

Tahun 1999 saya dan Rohana mencuba nasib untuk memasarkan buku cahayaku dan kami bersyukur kerana pada tahun 2000 ada 77 tadika yang menggunakannya dan mula bertambah dari masa kesemasa. Kebanyakkan tadika yang dah hilang murid pada suatu ketika dulu tetapi selepas menggunakan buku cahayaku perniagaan mereka pun bertambah besar. Dari 1 tadika yang mereka ada bertambah kepada 2 atau 3. Kemudian di ikuti oleh JKM menggunakannya untuk seluruh Malaysia, Tadika Perpaduan, Pilot projek untuk Tadika Kemas dimana mereka berjaya mengajar pelajar-pelajar mereka membaca suratkhabar. Mengikut kata cikgu ditadika kemas tersebut inilah kali pertama mereka melihat anak murid mereka membaca sampai ketahap akhbar. Sekolah menengah dan rendah, tadika swasta termasuk Sabah dan Sarawak turut menggunakan kaedah ini. Lama kelamaan cahayaku menjadi semakin popular dan mula mendapat liputan. Diantaranya dari TV3, TV1, ASTRO, CNN, BULETIN UTAMA, RANCANGAN GEMILANG, BINCANG PETANG, SELAMAT PAGI MALAYSIA SELAMA BEBERAPA BULAN, MHI, SURATKHABAR, MAJALAH dan lain-lain lagi.

ALHAMDULILLAH kejayaan demi kejayaan telah kami kecapi. Yang seronoknya tadika-tadika yang pada satu ketika dulu yang telah menolak cahayaku mentah-mentah kini mula menghubungi saya untuk menggunakannya. Kali ni giliran saya pula untuk mengajar mereka. Saya tolak mereka sebagaimana mereka menolak saya dulu. Bukannya nak balas dendam atau nak tunjuk sombong cuma sekadar ingin mengajar mereka. Walaupun mereka merayu pada saya tetapi bagi saya cahayaku tidak layak untuk orang seperti mereka yang sombong dan bongkak.

Pada tahun 2000 jugalah diatas ajakan seorang kawan baik yang juga pengguna buku cahayaku, telah membuatkan saya terbuka hati untuk membuka tadika. IKUTI pula kisah bagaimana saya dan kawan saya ditipu dan dipermainkan oleh sepasang suami isteri yang tidak takut akan dosa. Mengaku diri mereka ISLAM. Sembahyang tonggang terbalik, memakai tudung labuh sampai kepusat tetapi mempunyai hati yang busuk. Sehingga sanggup memakan rezeki dari hasil yang haram iaitu berniaga dari duit dan titik peluh orang lain. Sanggup gadai maruah dan agama semata-mata kerana sebelum ini mereka tidak pernah merasa memegang duit yang banyak. Akibatnya mata menjadi kelabu apabila melihat duit yang masuk berbelas ribu dan sanggup menjadi perampas dan penipu. Nauzubillah min zalik.

Tuesday, March 15, 2011

Mock-up (Aku Seorang Pereka Konsep dan Penulis Buku)

LOP_1879
Murid-murid sedang mengikuti aktiviti yang dianjurkan di Tadika Cahayaku. (photo/Lutfi)

Cuti sekolah sekarang ni. Hmmm.......inilah masanya untuk mengingat kembali saat-saat bagaimana cahayaku dibukukan.

Selepas Rohana mencadangkan agar teknik bacaan ini dibukukan, saya terpaku seketika. Persoalannya...mampukah saya melakukannya setelah TEKNIK ini dibukukan atau semua ini hanya secara kebetulan dan mampukah orang lain untuk melakukannya sepertimana saya berjaya melakukannya sebelum ini. Saya menjadi bingung dan mengambil masa yang agak lama juga untuk membuat keputusan untuk membukukan kaedah yang telah saya ciptakan ini.

Setelah puas berfikir dan berfikir saya mengambil keputusan untuk mencuba. Menjadi seorang penulis buku tidak pernah terlintas di hati saya apalagi dengan bahasa saya yang agak tonggang terbalik. Cuma yang menguatkan semangat saya ialah saya bukannya nak menulis novel tetapi hanyalah untuk mencipta sebuah buku bacaan yang lain dari yang lain. Kemahiran untuk membaca itu saja. Di dalam hati kecil berkata lagi, mungkin betul apa yang dikatakan Rohana benda yang baik kenapa tidak kita kongsikan bersama. Sebelum nak mula menulis buku, suami saya pernah bertanya, betulkah apa yang ingin saya lakukan ini kerana pada dia, dia sendiri belajar dengan cara membatang dan tak yakin dengan kaedah yang telah saya ciptakan ini. Setelah puas memujuk akhirnya dia sudi untuk membantu saya dengan syarat saya terpaksa berfikir sendiri tentang macamana caranya nak dimasukkan kaedah tersebut untuk dijadikan buku. Banyak masa kami habiskan untuk mengarang manakala saya mencari cara untuk memantapkan lagi mimik yang telah saya cipta. Rohana dan Ruzaini kerap datang ke rumah selalunya selepas solat Isyak dan duduk bersama-sama memerah otak untuk membantu saya. Zahari banyak juga membantu saya dari setiap sudut termasuk melakukan solat hajat memohon kepada ALLAH untuk dipermudahkan segala urusan dan diberikan petunjuk. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan dan akhirnya terhasil buku cahayaku dalam bentuk mock-up.

Ketika menulis buku cahayaku, saya pernah bersuara kepada Zahari yang saya mahu berhenti kerja. Zahari pun pernah menyuarakan hasratnya untuk berhenti kerja juga dan ingin cuba berniaga tetapi tidak pernah mengatakan bila. Satu hari yang sungguh indah pada saya, dengan penuh keyakinan saya telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja dalam masa 24jam. Tanpa memberitahu Zahari saya pulang kerumah dengan senang hati dan menceritakan kepada mak bahawa saya sudah berhenti kerja. Mak tidak pernah berkata apa-apa dan bagi saya pula, saya ingin sangat untuk menjadi surirumah sepenuhmasa.

Tidak berapa lama kemudian Zahari pula pulang ke rumah. Saya merasa hairan kenapa dia balik dari kerja tidak seperti biasa dimana pada kali ini terlalu awal. Saya tidak bertanya dan sejurus dia melihat saya dia pun berkata 'Yes I dah berhenti kerja akhirnya'. 24 jam.....Saya memandang kearahnya sambil berkata 'Yes I pun dah berhenti kerja juga' 24 jam... Kami bersalaman sambil saya melompat-lompat keriangan. Sebelah petangnya saya duduk di buaian sendirian sambil memikirkan tentang langkah yang telah kami ambil. Tak semena-mena saya menangis kerana baru saya terfikir kami sekeluarga nak makan apa? Anak masih kecil dan bersekolah di sebuah sekolah swasta yang agak terkenal juga pada waktu itu. Rumah nak di bayar dan lain-lain komitmen juga nak di bayar.... macamana? Zahari gaji terakhirnya pada waktu itu ialah RM5000 lebih. Ya ALLAH apa telah kami lakukan. Melihat keadaan saya yang dalam kebingungan, Zahari terus mengatakan doa..doa...Allah kan ada minta padanya. Senjata orang Islam itu kan berdoa. Semua ini ada rahmatnya kerana kita berhenti serentak dan kita tidak pernah merancangkannya. Barulah saya rasa lega. Teringat akan kata orang tua-tua, ulat dalam batu pun boleh hidup.

Itulah, selagi kita yakin kepadanya DIA tidak pernah lupa untuk memberikan rezeki kepada hambanya kecuali ajal kita sudah hampir tiba. Barulah tertutup semua pintu rezeki. Kali ini saya ditawarkan kerja oleh tuanpunya sebuah pusat tuisyen dimana anak-anak saya belajar. Saya diminta untuk mengajar mental maths dan ibarat orang mengantuk disorongkan bantal saya pun mengambil keputusan untuk menghadiri kursus abacus dan akhirnya jadilah saya cikgu mental maths. Ketika itu guru mental maths yang berbangsa melayu boleh dikira dengan jari. Jawatan ini dimonopoli oleh bangsa asing. Alhamdullilah dapatlah saya menampung perbelanjaan rumah dan persekolahan anak-anak.

Kini mock-up CAHAYAKU sudah terhasil. Timbul pula masalah yang lain yang bermain-main di fikiran saya. Adakah kaedah ini berkesan? Berjayakah orang lain menggunakannya atau hanya saya seorang saja yang boleh melakukannya atau kejayaan saya sebelum ini hanyalah satu kebetulan.Jawapannya saya mesti mencuba kaedah ini kepada beberapa pelajar yang lain. Bagaimana nak mendapatkan pelajar dan di mana tempatnya untuk mencuba mock-up ini. Teringat saya akan pusat tuisyen di tempat saya bekerja. Akhirnya saya berjaya menyewa pusat mental maths tersebut.

LOP_1841
Salah seorang pelajar yang sedang mengikuti kaedah pembacaan Cahayaku. (photo/Lutfi)

Untuk mendapatkan pelajar saya terpaksa melakukan sesuatu. Tiada jalan lain saya terpaksa tebalkan muka dan akan bertanya kepada sesiapa saja yang saya jumpa samaada di pasar, kedai atau di taman. Masyarakat sekeliling mula mengumpat tentang saya dan mengatakan saya ni ibarat PEMINTA SEDEKAH. Merayu orang untuk mendapatkan pelajar. Saya tidak pernah peduli dengan sindiran orang kerana mereka semua tidak tahu tujuan saya yang sebenarnya dan biasalah bukan senang untuk senang dan bukannya susah untuk susah. Hasil usaha saya dan dengan izin Allah jua saya berjaya mengumpulkan 30 orang pelajar untuk di jadikan R&D. Saya pun mengajarkan teknik mimik kepada Zahari kerana saya ingin dia yang mengajar kanak-kanak tersebut yang berumur dari 4 tahun ke 12 tahun. Dia tidak setuju pada mulanya tetapi setelah puas dipujuk dia mengalah. Zahari ketika itu dibantu oleh adik angkat kami yang banyak menyokong kami dari belakang. SAMSUL terima kasih banyak-banyak dan teringat saya bagaimana kami dikejar oleh anjing ketika hendak memasukkan leaflet kedalam peti surat. Satu kenangan yang tidak akan saya lupakan.

Selepas 3 bulan Zahari mengajar dia berjaya membuatkan anak-anak ini membaca dengan lancar. Mengikut kata Zahari ada seorang pelajar yang bernama Alia berumur 6 tahun pernah bertanyakan soalan kepadanya. Kata Alia ditadikanya cikgu mengajar membaca dengan mengeja dan dia tidak boleh terima b..a.. bunyinya ba. Bila di tanya Alia mengatakan b...a... bunyinya adalah biye dan bukannya ba. Ini mengingatkan kembali kepada kata-kata Molin dan Uzey. Bayangkan Zahari yang bertugas sebagai seorang manager di sebuah syarikat Southeast Asia dan tiada asas mengajar langsung telah berjaya membuat kesemua budak-budak ini membaca, apalagi seorang guru.


Selepas kejayaan yang dicapainya, Zahari menyuruh saya mencetakkan buku ini dan menjualkannya kepada orang ramai dan dia yakin buku ini akan laku macam GORENG PISANG PANAS. Saya kata kalau tak laku macamana? Jawabnya SEPAK PUNGGUNG SAYA....... Nantikan cerita saya seterusnya bagaimana saya dipandang rendah oleh pengusaha2 tadika yang tidak boleh menerima kaedah ini dan akhirnya merayu kepada saya untuk menggunakannya....ALLAH YANG MENENTUKAN SEGALA2NYA.

Kepada pembaca semua saya minta maaf sekiranya ada kesalahan didalam penyusunan ayat dan perkataan. Yang penting saya dapat berkongsi pengalaman saya melalui blog ini. SAYA BUKANLAH SEORANG PENULIS........TETAPI SAYA SUNGGUH BERBANGGA KERANA KAEDAH INI ADALAH  LAHIR DARI DAYA KREATIVITI SAYA SENDIRI DAN TELAH BERJAYA MEMBUAT KANAK-KANAK NORMAL MEMBACA DENGAN CEPAT. UNIKNYA KAEDAH INI MEMBUATKAN PELAJAR KETAGIH MEMBACA. YANG PALING MEMBANGGAKAN KANAK-KANAK ISTIMEWA JUGA BERJAYA.

Thursday, March 10, 2011

PENCETUS (Translated).

Ketika ujey berusia 4 thn adiknya W berusia 1 thn. W lain pulak perangai dia. Tak bercakap sepatah pun hanya berbunyi dan menggayakan tangannya apabila inginkan sesuatu. W lagilah pelik. Dipendekkan cerita W kami bawa berjumpa dengan doktor pakar dan dari sinilah segala2nya bermula. Selepas pembedahan dilakukan barulah W boleh bercakap. Alhamdulillah.

Dia mula bercakap ketika berumur 3 thn setengah. Barulah kami mengajar dia membaca dan tak sampai sebulan kami telah melihat hasilnya dan kali ini kami gunakan kaedah yang sama sepertimana kami mengajar  ujey dahulu. Saya mengajar menggunakan mimik manakala suami saya Zahari mengajar secara iqra'. Suatu pagi ketika saya didapur saya terkejut kerana terdengar suara ketawa W. Saya ikut kearah suara tersebut dan terpaku melihat W yang baring dibawah kerusi panjang jenis rotan sedang asyik membaca komik Doraemon dengan lancarnya. Ya.........W boleh membaca kurang dari 1 bulan ketika berumur 3 setengah tahun. Sekali lagi KEJAYAAN BUAT SAYA.

Hari berganti hari dan bulan berganti bulan sehinggalah beberapa tahun selepas itu anak kami yang ketiga bernama N berusia 6 tahun. N tidak boleh lagi membaca. Tidak terlintas dihati untuk mengajarnya cepat membaca kerana kami yakin kami ada jalan penyelesaian. Suami pernah mengatakan yang N biarlah diajar lambat sikit.

Nak dijadikan cerita saya mempunyai seorang kawan yang mempunyai anak yang bernama F sebaya N tetapi masih lagi tidak boleh membaca walaupun dihantar ke tadika yang agak berprestij. F sudah pergi ke tadika selama 2 tahun. Emaknya pernah membelikan hadiah kepada cikgu tadika anaknya dengan harapan yang cikgu tersebut akan mengajar anaknya dengan baik. Malangnya tidak pernah membuahkan hasil. Rohana kecewa tetapi masih lagi berusaha dengan berbagai cara. Sehinggalah suaminya Ruzaini mencadangkan supaya F dihantar ke kampung aje. Kalau di kampung taklah malu sekiranya anak itu tidak pandai membaca kerana di sekolah rendah pun masih ramai lagi tidak boleh membaca. Cikgu di tadika mengatakan F suka berangan dan daya ingatanya agak lemah.

Rohana teringat akan saya yang ketika itu masih bekerja di sebuah tadika cina dengan gaji permulaan RM200 sehinggalah naik disekitar RM600. Kerja ni pun saya tak minta tapi di tawarkan kerana bos ditadika tu melihat saya hanya duduk dirumah. Walaupun sedikit saya merasa puas kerana jiwa saya yang sayangkan kanak2. Mana nak sama bekerja sebagai secretary dengan guru tadika. Kalau di pejabat saya akan sentiasa bergaya dengan baju kuning, kasut kuning, beg kuning dan sarung kaki kuning. Kalau baju hitam semuanya hitam. Kalau merah semuanya merah. Pakaian ala Olivia Newton John. Berbahasa Inggeris dan bos pun ketika itu ada mat salleh, Pakistani dan Singaporean. Ramai foreigner. Bila bekerja di tadika pakaian dah jauh berubah. SEMPOI. Macam makcik pun ada, macam amoi dari Jinjang pun ada dan macam minachi pun ada. Bak kata orang apa yang dapat dicapai oleh tangan akan terus dipakai. Yang terindah sekali ialah pada hari pertama menjejakkan kaki bekerja di tadika. Barulah saya tahu bahawa jiwa saya adalah jiwa seorang pendidik. Tugas sebagai seorang secretary bukanlah tugas yang sesuai untuk saya.

Sekarang ni dah ada dua orang yang perlu saya selesaikan masalah bacaannya. N dan F. F diberhentikan oleh Rohana dari tadikanya dipertengahan tahun bermakna tahun yang ketiga di tadika hanya belajar setakat 6 bulan sahaja. Setiap hari Rohana akan membawa F datang kerumah pada waktu tengahari kerana pukul 12 tengahari habislah tugas saya mengajar di tadika cina itu. Saya pun mula mengajar F dan N dengan kaedah yang sama saya ajarkan kepada W. Rohana terkejut kerana dalam masa 3 bulan anaknya F dan anak saya N telah menguasai kemahiran membaca surat khabar, menulis, mengeja, mengira dan membaca Bahasa Inggeris. Rohana bertanyakan kepada saya kaedah apa yang saya gunakan. Saya kata ejek2 dan itu adalah secara kebetulan budak2 tu boleh membaca.

Rohana adalah seorang wanita yang ' bisnes minded'. Dia menyarankan kepada saya untuk membukukan kaedah tersebut. Saya mengatakan yang hanya saya saja yang boleh mengajar dan adalah mustahil untuk dijualkan kepada orang ramai. Rohana terus memujuk dan mengatakan sesuatu yang bagus kenapa tidak kita kongsikan bersama masyarakat. Dia menyokong saya dan dengan bantuan suami saya Zahari, Rohana dan suaminya Ruzaini saya mengambil keputusan untuk menulis buku bacaan yang menggunakan kaedah mimik, latih tubi dan iqra' maka lahirlah satu sistem yang dipanggil "CAHAYAKU." Ikuti kisah selanjutnya macamana saya melalui liku2 kehidupan ketika CAHAYAKU masih dalam bentuk mock-up. TUNGGU...................

====

4th translation of the blog entry, 'The Catalyst' March 10, 2011

Note from Millus_M: Another translation and the penultimate of how Cahayaku was finally created, and again sorry for the delay for those who wait.

I seen and acknowledged that my translations are far from perfect (especially the last few entries, they're a bit hard to get it right!) but do bear in mind that what counts is the fact that both sides, in this case me and you- are able to get the message across. Don't get me wrong, there are always room for improvement in everything so I will edit the translation if it is necessary, if Puan Chahaya and time permits.

Anyways, Enjoy!

THE CATALYST

When Ujey was 4 years old his younger brother, W was only 1 year old. W had different personality traits. He never speaks, not even a word except for making grunting sounds and uses both of his hands to express himself, which made him wierder than Ujey. Long story short, we brought W to a specialist and from here is where everything starts. After a recommended surgery finally W was able to speak. Thank the Almighty for that.

He started to speak properly when he was 3 and a half years old. Then at that age we taught him on how to read and the results were present in less than a month with us using the same method of teaching Ujey on how to read. I taught him based on mimicking whereas my husband was using the Iqra' technique (a peculiar way of arabs teach on reading by memorizing the syllables). On one morning when I was in the kitchen I was surprised to hear W laughing somewhere in the house. I followed the laughter only to found out that W was lying under the rattan sofa in the house and was reading Doraemon (a comic book, Japanese Manga specifically) with impeccable fluency. It's true... W learned how to read in less than 1 month when he was 3 years and half years old. another ACHIEVEMENT FOR ME.

As days and months gone by until the time where our third child and our daughter, N who was 6 years old who cannot read gave me the determination to solve her reading problems as to now that we have the 'solution' in hand. This was intentional on N's case being taught at her later age, as my husband wanted N to be taught in a slow pace and a smaller learning curve compared to the previous two children.

It became more interesting when a friend of mine, Rohana had a daughter, F who was at the same age with N and had the same problem of not being able to read even when she was sent to a prestigious kindergarten to remedy the problem. F went to kindergarten for more than 2 years, and Rohana even went so far as to bought gifts for the teacher, hoping that they will try their best on to solve F's problem on not being able to read. Alas, there wasn't any progress at all but F's mother never gave up and went so far to try different methods to overcome her child's problem. Her husband even considered to have F live her life at the outskirts of the city, as in such communities the lack of reading skill doesn't make a difference to them as opposed to the city life. F's kindergarten teacher clarified that the reason was due to F loves daydreaming and a little bit 'weak' on her brainpower.

Then Rohana remembered me who was at that time worked as a teacher at a Chinese kindergarten school with an initial salary of RM200 and raised up to RM600 at a later time. It wasn't the job that I asked but the 'boss' offered me due to the fact that she saw me sitting at my house doing nothing but house chores. The salary isn't much but I was content of what I had due to the fact that I love children. Of course, it's nothing compared to my days back as a secretary; where in the office I can have my clothes, shoes, handbag and socks all having the same colour. If it's black, everything's black and when there are days that everything is red, reflecting on the fashion statement ala Olivia Newton John. I spoke back then purely in English as some of my boss was a Caucasian, Pakistani and Singaporean. Lots of foreigners back then. Now, in the kindergarten everything changed. In essence, plain and simple. sometimes I look like an Aunt, or a lass from Jinjang or even like a minachi (ED note: Jinjang is a name of a place in Selangor, Malaysia and Minachi is just a name or a surname, no simple meaning behind it) As per what many said; Grab what you can, hence my appearance. But the sweetest of all would be my first day in the kindergarten, as it sparked me back then that I knew that deep inside, I am 'destined' to be an educator. Being a secretary wasn't really a suitable job for me.

Back to the main story, as I have two children that I need to take care of their problems with reading, N and F. F stopped going to the 'prestigious' kindergarten by Rohana in the middle of the year in which F's third year in kindergarten was only 6 months. Every day Rohana brought F to my house in the noon exactly at 12 which was the exact time for me going back to home from my kindergarten. I taught both F and N with the same exact technique that I used on W, and Rohana was shocked when F and N able to read, write, spell, count and even read English in just 3 months. Rohana asked me what method did I use, I told her of the 'teasing' concept and also coincidence that the two children can already read at start.

Rohana is a 'business-minded' woman, and when she heard of the technique and concept she urged me to write a book about the concept. I told her that I am the only person that can utilise the technique and it is impossible to sell it to the public. Nevertheless, Rohana kept coaxing me about writing a book for the concept and she said the golden word of why not share it with the community, especially for those who are in need. With my husband's Support Zahari, Rohana and her husband, Ruzaini I made the decision to write a book which uses the Mimick concept, drills and iqra' in which the system "CAHAYAKU" was born. Stay tuned for the next entry in which I went through the hardships of life when CAHAYAKU was still in mock-up state. Until then, Please WAIT.............

Translated by: Millus_M

Wednesday, March 9, 2011

Pandai membaca atau Mahir membaca? (Translated)

TIADA. Jangan tertipu dengan pengertian maksud semudah ini!

Huraian Pendek:
Marilah kita huraikan perkataan “tiada” dan “ada”. Perkataan “ada dan tiada” ialah dua perkataan yang berlawanan. “Ada” ialah wujud. Wujud yang boleh di sentuh, dipandang, digambarkan, difikirkan, dikhayalkan atau dialami (tidak boleh disentuh atau dipandang tetapi ada).
Perkataan “tiada” ialah tidak wujud. Tidak boleh disentuh! Tidak boleh difikirkan! Tidak boleh dipandang dan tidak boleh dikhayalkan! Sekiranya kita hanya berkhayalkan “tiada”. Ertinya pengkhayal telah mewujudkan “tiada”. Dalam lain perkataan pengkhayal “mengadakan” keadaan “ketiadaan”. Sama juga ertinya “tiada” itu sebenarnya “ada” dan ianya diadakan oleh sipengkhayal.

Perkataan yang dimaksudkan “tiada” bukannya boleh disamakan atau disangkakan atau disebutkan atau diertikan seperti sipengkhayal. Perkataan “tiada” yang dimaksudkan ialah sebenar-benar tiada {absolute (supreme) non-existence}.

Berbalik pada perkataan MEMBACA semua orang tahu tetapi apakah bezanya PANDAI MEMBACA dengan MAHIR MEMBACA? Sebenarnya PANDAI dan MAHIR membaca adalah dua istilah yang tidak serupa walaupun orang ramai menyangkakan kedua-dua itu sama ertinya.
PANDAI membaca ialah terzahir daripada akal sedangkan MAHIR pula daripada emosi tetapi kali ini kita tidak akan mendalami pengertian akal dan emosi kerana ketiadaan masa (Rujuk ruang yang lepas: Aku Dracer Musleh).

Apabila kita mengajar kanak-kanak normal atau istemewa kaedah akalkah yang perlu kita perkenalkan? Sekiranya kamu mengatakan “Ya”! Ingin aku bertanya bagaimana soal hukum-hakam keatas dirinya? Sekiranya dia (kanak-kanak itu) membunuh adakah perlu dia dihukum gantung sampai mati? Dan apabila seorang gila telah melakukan kesalahan (Ugama atau Undang-undang) adakah dia perlu dihukum dengan setimpalnya? Hanya pengajar yang ego yang mementingkan diri sendiri sahaja yang akan menggunakanya!
(Ini kata-kata yang pernah diucapkan oleh penyelidik / penceramah Cahayaku ketika aku menghadirinya). Semasa Tarzan masih kecil dia telah dididik / diasuh oleh beruk…Tarzan hidup, makan, bercakap dan berperwatakan seperti beruk. Beruk tidak ada akal untuk menyukat emosi! Siapakah yang perlu disalahkan? Tarzan, beruk atau keadaan?

P/s: Disatu hari satu ketika dulu: Aku telah bertemu dengan seorang gila yang sedang membaca. Aku perhatikan perkataan-perkataan yang disebutnya dan ternyata dia menyebutnya dengan tepat. Persoalannya adakah orang gila itu PANDAI MEMBACA atau MAHIR MEMBACA. Fikirkanlah sendiri.

……Dracer Musleh



Competent in reading or proficient in reading?
Do not be fooled by such definitions! It does not mean the same thing.

Summary:

What is the difference between a competent reader and a proficient reader? Both of the have similar meaning, but there is a difference.

A competent reader only reads at the surface while a proficient reader engages on all level, including on the emotional level (although in this piece I will not engage on the discussion of intellect versus emotions, refer to an earlier piece for this issue - AKU DRACER MUSLEH)

When teaching normal or special children should one use the intellect approach in teaching? If the answer is yes, I would like to ask on how does law affect these children? (LAW- in some countries) Should the child commit murder should they be hanged until dead? If a madman commits murder, should a similar treatment be given to him? Only an egoistic teacher teaches with no consideration of the students’ needs and issues.
(This is something that I heard from a Cahayaku trainer during one of the training sessions). When Tarzan was a child he was brought up by apes. He lived, ate, talked and acted like an ape. If ape does not have the capability to temper their emotions with their intellect! If Tarzan does something wrong, where does the blame lie, Tarzan, the apes or the situation?

P/s: Some time ago I met a madman who was reading a text, and from what I observed all of the words that he uttered were true to text that he read. The question, if the intellect is unusable by madmen how is he able to read? Is he competent at reading through using skills that he acquired or using his intellect? Is he a proficient reader?


** com·pe·tent Adjective /ˈkämpÉ™tÉ™nt/
Synonyms:
adjective: able, capable, qualified, fit, proficient, efficient
Having the necessary ability, knowledge, or skill to do something successfully
a highly competent surgeon
make sure the firm is competent to carry out the work
(of a person) Efficient and capable
an infinitely competent mother of three
Acceptable and satisfactory, though not outstanding
she spoke quite competent French
(chiefly of a court or other body) Accepted as having legal authority to deal with a particular matter
the governor was not the competent authority to deal with the matter
(of a criminal defendant) Able to understand the charges and to aid in defending themselves
Capable of performing the normal function effectively

Anakku ilhamku. (Translated)

Buat masa ni saya masih ada masa lagi untuk bercerita tetapi selepas ini saya agak sibuk dengan Pusat Kemahiran saya yang baru nak dibuka sekitar bulan April ini nanti. Tak taulah samaada saya ada masa atau tidak untuk mencoret rasa. Saya sambung ...........

Selepas sekian lama saya mengajar molin membaca kini tibalah giliran anak saya yang sulung untuk membaca pula. Masa tu umurnya baru 4 tahun. Anak saya namanya MUHAMMAD........ Saya dapat nama ni ketika menonton kisah2 dari alquran yang di tayangkan di TV3 ketika itu. Saya memanggilnya UJEY.

Ketika saya mengandungkan anak saya ni suami saya suka bercakap dengannya di dalam kandungan dan saya pula akan membacakan buku cerita yang bertajuk "THE LITTLE RED ENGINE". Saya rasa beruntung berkahwin dengan suami saya kerana dia seorang yang suka membaca dan banyaklah ilmu tentang pendidikan anak didalam kandungan yang dibacanya. Saya tak percaya apa yang dikatakan oleh suami saya tapi dia berkeras untuk saya membacakan buku cerita kepada anak saya. Selain dari cerita kisah nabi buku cerita untuk baby yang kecil itulah menjadi teman saya setiap hari.

Hari berganti hari dan bulan berganti bulan kandungan saya semakin membesar.  Kini tiba pula untuk menamakan anak saya dan waktu itu saya mengandung hampir 9 bulan. Saya telah memilih 2 nama. Yang pertama MUHAMMAD NUR IMAN dan yang kedua MUHAMMAD.............. Dilema. Yang mana satu menjadi pilihan. Tiap hari saya mengatakan kepada suami saya pilih yang mana? Suami saya ambik mudah je katanya suruh je anak you yang pilih. Mengarut kata saya. Baby didalam perut disuruhnya memilih. Betul ke tak betul ni. Dia tetap menyuruh anak yang memilihnya kerana anak yang lebih berhak. Saya tergamam. Dia terus menyuruh saya duduk dan dia nak mulakan operasi. Dia bercakap dengan anak yang didalam kandungan sambil mengatakan kalau pilih nama ni pusing di sebelah kanan dan diubah soalan tu berkali kali dan hasilnya anak memilih nama MUHAMMAD.................

Anak ini memang agak lain dari cara kelahirannya. Dia sungguh bijak. Petah bercakap dan bijak berfikir. Ketika dia mula saja bercakap suami saya menyuruh saya membacakan buku "THE LITTLE RED ENGINE" itu kepada ujey. Saya sungguh terkejut kerana baby saya yang baru berumur sekitar 8 bulan boleh menyebut semua perkataan yang ada di dalam buku bahasa inggeris itu tanpa henti sehingga habis tanpa meninggalkan satu patah perkataan pun.

Saya sedar anak saya ini terlalu istemewa dari segi pemikiran. Sungguh tajam. Ketika baby akalnya seperti budak 6 tahun dan ketika 12 tahun akalnya seperti budak 18 tahun itu yang dikatakan oleh doktor pakar ketika kami membuat rawatan dulu.

Kini tibalah giliran ujey untuk membaca. Suami saya dan saya berusaha untuk mengajarnya secara konvensional. Ketika saya mengajarnya membaca dengan kaedah membatang dia pernah menyuarakan kenapa b...a bunyinya ba dan kenapa tak jadi yang lain. Saya tiada jawapan. Tetapi saya lagi pintar saya tanya dia balik tapi dia tidak mendiamkan diri malah dengan bangganya dia mengatakan b...a bunyinya bukan ba tapi biye. Dari situ saya tau anak saya memang bijak. Ya ALLAH aku berbangga dengan pemberianmu.

Saya ajar lagi dengan menggunakan cara FONETIK iaitu b bunyinya beh dan a bunyinya a (seperti a ayam) jadi bila saya tanya, ujey terus mengatakan itu adalah beh a. Termalu saya dibuatnya. Saya teruskan jugak cara konvensional dan fonetik itu kerana sesungguhnya saya telah terlupa dengan kaedah yang telah saya gunakan kepada MOLIN, sehinggalah ujey bertanya soalan yang sama dengan molin iaitu BOLEH TAK KITA BELAJAR MEMBACA TANPA TAU ABC. Dalam hati saya terdetik lagi iaitu YA ALLAH AKU DAH TERLUPA DAN TERIMA KASIH YA ALLAH. Lantas saya mula menulis semula apa yang telah saya ciptakan sewaktu mengajar molin dulu. Dengan izinnya jua anak saya boleh membaca komik DORAEMON dan surat kabar apabila saya perkenalkan 6 bunyian vowel dan 18 ejekan dalam masa sehari. Dia campak buku yang dipegangnya dan berkata UJEY BOLEH BACA dan buku pertama yang dibacanya adalah buku sukukata untuk budak 6 tahun, komik doraemon dan surat khabar. Dia bijak kerana dia pandai mengolah dan dengan paten yang ada dia boleh gabungkan abjad2 untuk di jadikan perkataan dan seterusnya ayat. UJEY memang anak yang pintar.

Tetapi saya masih lagi tidak percaya yang ini adalah satu anugerah sebaliknya saya mengatakan ini adalah SATU KEBETULAN sehinggalah.................. Ok saya akan sambung lagi. Kali ini tercetusnya kaedah yang dipanggil 'CAHAYAKU'.

====


4th translation of the blog entry, ‘Anakku Ilhamku’ March 9 2011

Note from Millus_M: Sorry for the slow update, a man can only do so little in his time when he has to juggle his studies, work and enjoyment. Nevertheless, here it is as promised!

My Children, My Inspiration: Blog entry by Puan Chahaya

As for this moment I still have the time to share my tale but soon I will be busy with my centre which will be opened around April. I don’t know when I will have the time to or not to share my experience. Now, let us continue…

After a long time I taught Molin on how to read, it was the time for my eldest son to learn how to read as well. Back then he was 4 years old. His name is Muhammad…… which I got the name from watching the stories from the Holy Qur’an that was aired on TV3 back then. I called him by the nickname UJEY.

When he was still in the womb my husband liked to talk to him and I read the ‘LITTLE RED ENGINE’ to him. I am really happy to be married with my husband as he is a person that likes to read and he is brimmed with knowledge about children education and development. I didn’t believed what ever my husband said about children education at that time but he kept insisting me to read to my unborn baby as it is for his development. Other than the books which tells the stories of the Prophets the books that I read for my baby were the ones that kept me in company every day.

As time and months went by my baby grew bigger. Time for me to give him a name and back then I was pregnant for approximately 9 months. I chose 2 names, one is MUHAMMAD NUR IMAN and the other is MUHAMMAD…… Quite a dilemma. Which one should I choose? Every day I kept bothering my husband on which name should I choose for my son. He said that it was a trivial matter and why not asking my son to choose it? Nonsense I say, for ordering a baby inside a womb to make a choice. Is he for real? He kept insisting that our son to choose it since it’s his right to do so. I was stunned. Then he told me to lie down and to commence with the ‘Operation’. He talked to the son and told him that if he liked the name he should turn right as a signal and the question was asked repeatedly as a conformation, all of them have the same results; He chose the name MUHAMMAD……

This son of mine is a bit different and unique. He’quite smart. Quite eloquent in speech and intelligent in thinking too. When he’s first able to talk my husband told me to read the ‘LITTLE RED ENGINE’ to UJEY and to my surprise, the baby which aged around 8 months were able to enunciate every word which was in the book which was written in English non-stop until the end without leaving any single word behind at all.

It struck me that my son is probably a bit too ‘special’ in terms of intelligence. Sharp-minded child. When he was a baby his thoughts were of 6 years old children and when he was 12 he processes like an 18 year old as per what the Doctor said when we do a diagnosis on him back then.

Then it was the time for UJEY to learn how to read. Me and my husband tried our best to teach him the conventional way. When I taught him so he once expressed as to why b..a combined together made the sound ‘ba’, not any other kind of sound. I had no answer for that. But I was smarter so I asked him back but he didn’t kept quiet about it and inferred, with pride that the combination of b..a does not produce ‘ba’ but ‘bi-ae’ as per the phonological sound of the letters. From then I knew he’s definitely smart, thank the Almighty for his blessing and generosity.

I taught him again using the phonetic-style of teaching in which b and a pronounced respectively so (b as beh and a as ae) and when I asked UJEY to say it, he quickly said so that it’s beh-ae. Puts me in shame really. I went on with the conventional and phonetic style to teach him as I actually forgotten what was the exact method I used to teach MOLIN until UJEY asked me the same thing: CAN YOU LEARN HOW TO READ WITHOUT KNOWING WHAT IS ABC? And it struck me; Dear God, how can I forget that? With haste I re-wrote what I created before when it was used to teach MOLIN. With His will my son was able to read comicbooks and newspapers when I introduce him 6 sounds of vowels and the 18 ways of ‘teasing’ in just a day. After that he chucked the book that he used to learn how to read and declared that ‘UJEY CAN READ’ and the first book that he read was the syllable teaching book for 6 years old, Doraemon comicbook and newspaper. He’s smart since he can synthesize the letters he acquired and rearranged them as he sees fit to make words and later, to sentences. UJEY is really a smart child.

But I’ve yet to say at that time that this was a discovery, merely a COINCIDENCE until…… which I will continue at a later time. At that time of the discovery, was the catalyst that made the concept ‘CAHAYAKU’.

Translated by: Millus_M

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...