Tahap bacaan para pelajar di Tadika Cahayaku yang berumur dari 3 ke 6 tahun bermula pada 6hb Jan - 8hb Mac 2011.
Untuk maklumat lanjut, sila layari :
www.cahayaku.com.my
http://educahayaku.blogspot.com
kredit muzik :
Rihanna, Katy Perry, Afgan, Bruno Mars & Westlife.
Saya dijemput sehari untuk melihat bagaimana sistem Cahayaku dijalankan dan diusahakan bertempat di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Sangat takjub dengan apa yang dilihat, saya bercadang untuk mengetengahkannya dalam bentuk video dan foto sebagai tatapan anda. Anak-anak adalah ibarat kain putih. Mereka dilahirkan dalam fitrah. Ibubapalah yang mencorakkan anak itu untuk membentuk peribadi mereka dalam meneruskan kehidupan yang masih lagi panjang dan berliku ini. Cahayaku adalah satu 'teknik' digunakan untuk mendidik anak seawal usia bagi mengenali huruf, pembacaan dan sekaligus menaikkan semangat motivasi diri kanak-kanak itu sendiri dalam melonjakkan diri dan mengenali nafsi untuk membentuk hamba yang mengenali Tuhannya dan tidak terpesong sepertimana kain putih yang dikehendaki tanpa apa-apa coretan songsang. Fuh! Bercakap seolah-olah pakar motivasi! Oke, menggunakan sedikit kepakaran saya yang tak seberapa ini, saya harap, anda semua dapat membuka mata dan celik pengetahuan tentang apa yang dinamakan sistem 'Cahayaku'. Teruskan membaca blog ini untuk lebih mengenali secara mendalam apa yang dikatakan 'Cahayaku' ini. Terima kasih di atas komen yang dilontarkan dan semoga kita akan mendapat manfaat antara satu sama lain.
- Lutfi Lokman, Founder www.na5wa.com
No comments:
Post a Comment