Hanya dengan 6 bunyian dan 18 mimik anak anda boleh membaca suratkhabar. Tiada bebanan pada pelajar dan pengajar. Satu sistem yang amat mudah, cepat dan berkesan yang telah berjaya menarik minat pelajar ke tahap ketagih membaca. Cahayaku adalah satu kaedah yang dicipta dan direka khas oleh saya sendiri melalui pengalaman dan pengamatan saya terhadap pendidikan anak saudara, anak sendiri dan anak kawan-kawan. Bukan saja untuk kanak-kanak normal malah kanak-kanak istemewa pun boleh belajar dengan kaedah cahayaku.
An Introduction.
Only with 6 sounds and 18 mimics your child can read a newspaper. There is no burden to the students and teachers. It is an easy, quick and effective system that has attracted students to reading up to the extent that they are addicted. Cahayaku is a method that was invented by me through my own experience and also through observing my niece, my children and my friends’ children. The Cahayaku method works for both normal and special children.
13 comments:
Salam. saya merupakan guru pendidikan khas di johor bahru. Macammana cara untuk mengajar anak murid saya mengenal huruf dan membaca. Kebanyakkannya mereka hanya boleh sebutan KV KV sahaja. Apa program yang ditawarkan oleh Cahayaku
Assalamu'alaikum wm wbr.
Saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kursus-kursus yang ditawarkan oleh pihak puan - Kos, tempat, tarikh dsb.
2. Sekiranya kami menyediakan tempat dan peserta, bolehkah puan datang ke tempat kami untuk memberi kursus tersebut?
cik aylis :
wsalam, cahayaku, adalah satu sistem yang tidak memerlukan para pelajar mengetahui nama-nama abjad. Mereka hanya perlu tahu 18 paten mimik dan enam bunyian vokal sahaja. Bagi kv, kvk atau sebagainya amat mudah bagi teknik cahayaku. Cahayaku ada BM, BI, mewarna, asas penulisan, pemantap ejaan, ejaan dan karangan, bertema (kefahaman). Untuk menghubungi saya melalui telefon sila layari www.cahayaku.com.my
mohd saad hamid :
wsalam wbt,
terlebih dahulu saya ingin mengetahui adakah encik mohd saad mempunyai tadika atau pusat tuisyen sendiri, ataupun seorang guru sekolah. Memang kami ada memberi kursus tetapi hanya kepada pengusaha tadika dan pusat tuisyen sahaja. Sekiranya encik mohd saad seorang guru sekolah yang ingin membawa sistem ini ke sekolah encik, bolehlah hubungi saya dengan melayari www.cahayaku.com.my.
Assalamualaikum,
saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada Puan kerana usaha yang sangat mulia ini kerana hari ini anak saya mampu membaca dan memahami Bahasa Inggeris dengan sangat lancar walaupun baru sahaja berumur 6 tahun.
Saya percaya sekiranya usaha ini diberikan sokongan pasti akan lebih ramai lagi yang akan mendapat manfaat darinya. Kini anak kedua saya sedang mengikuti program cahayaku.
Antara perkara yang menjadi persoalan ialah, anak saya menghadapi masalah di sekolah kerana gurunya mempersoalkan kemampuan membacanya tanpa perlu mengeja dan anak saya kelihatan seperti sedikit tertekan dengan keadaan tersebut.
Apakah perkara yang Puan boleh cadangkan supaya perkara ini dapat diatasi.
Terima kasih sekali lagi dan jasa serta usaha Puan amat dihargai. Hanya Allah yang mampu membalas budi baik Puan.
saiful nizam :
wsalam. Saya ingin bertanya adakah anak encik belajar di tdk cahayaku di bandar tun hussein onn?
Saya menasihatkan kepada encik saiful supaya berjumpa dengan guru berkenaan. Sekiranya seorang pelajar boleh membaca tanpa mengeja adakah ia menjadi masalah? ataupun cikgu itu lebih suka anak muridnya mundur ke belakang?
Masalah tertekan yang dialami oleh anak encik mungkin kerana cikgu itu kurang memahami objektif membaca. Minta tanya kepada guru tersebut adakah apabila dia bercakap,dia akan mengeja dulu ataupun dia terus sahaja bercakap? disinilah menunjukkan konsep sebenar membaca yg kita telah terapkan.Setahu saya sebagai seorang pendidik dia patut berbangga dengan kemampuan anak encik yang boleh membaca dengan lancar dan sudah menyenangkan tugas beliau. Hairan kenapa budak yang begitu advance dimundurkan.
Tentang masalah anak encik yang agak sedikit tertekan janganlah dirisaukan kerana murid cahayaku dengan mudah boleh mengadaptasikan diri dengan kaedah mengeja ini atau zaman saya dulu lebih dikenali dengan "membatang".
Encik cuma perlu memperkenalkan kaedah sukukata cara lama contoh sa....bunyinya sa dan tu..... bunyinya tu jadi satu dan begitulah seterusnya dengan perkataan2 yang lain. Tak sampai satu hari anak encik boleh faham.
Sekiranya encik susah untuk melatihnya....silalah bawa anak encik berjumpa dengan saya dan insyaallah saya akan bantu.
Soalan saya adakah anak encik membaca buku tanpa mengeja menjadi satu kesalahan dan adakah sebutannya salah. Kalau dia mengeja tanpa menggunakan kaedah sukukata dan ejaannya tetap betul jadi apakah masalahnya. Dan yang saya nampak disini masalahnya adalah guru tersebut, kerana tidak mahu menerima perubahan.Bak kata perpatah zaman moden "Kita dah naik LRT kenapalah masih lagi dengan berkereta lembu".
Pn. Chahaya, terima kasih atas nasihat, saya akan berjumpa dengan guru tersebut dalam waktu terdekat, insyaAllah.
Untuk pengetahuan Puan, saya menetap di Bandar Putra, Kulaijaya, Johor dan anak saya belajar di tadika Al-Adhwa yang menggunakan sistem cahayaku. Ianya terbukti sangat berkesan.
Dengan permasalahan yang dihadapi, saya melihat perlunya pendedahan kepada para guru dan masyarakat secara meluas terhadap sistem cahayaku, ianya akan membuka mata mereka untuk menerima konsep yang Puan terapkan, insyaAllah saya doakan sistem cahayaku akan diterima dan menjadi medium utama untuk anak-anak mengenal ilmu. Terima kasih.
Saiful jangan panggil saya puan. Panggil saya kak chahaya atau chahaya saja. Saya tak mau ada benteng status disitu. Terima kasih kerana mendoakan cahayaku dan mudah2an ia boleh diterima dunia. Ingat... sekiranya anak2 dah pandai membaca isilah jiwa mereka dengan buku2 yang berfaedah contoh encyclopedia sejarah islam, kisah2 nabi dan para rasul dan dictionary. Memang agak mahal tetapi pulangannya amat membanggakan. Kalau memilih komik pilihlah yang bersesuaian dengan jiwa anak2 dan pastikan bahasa yang digunakan dalam komik itu tidak merapu.
Terima kasih Kak Chahaya.. (panggilan yang lebih sesuai pada hemat saya)
Salam,
Terima kasih saya ucapkan pada Kak Cahaya & suami kerana bertungkus lumus mendidik anak saya yang ketiga yg merupakan seorang kanak2 hyperaktif. Agak sukar untuk dia belajar kerana dia tidak boleh fokus pada sesuatu dengan khusyuk malah pada mula persekolahan pun dia menulis dengan terbalik. Tapi berkat kesabaran Kak Cahaya dan tenaga pengajar disekolah Tadika Cahayaku, anak saya sudah boleh membaca & menulis dengan baik.Saya sangat kagum melihat pencapaiannya.Malah sekarang dia sudah memasuki alam persekolahan yang sebenar dan mendapat kepujian dari gurunya dikelas. Malah dia selalu dipanggil ke hadapan kelas untuk membaca lalu murid-murid lain mengikut dia membaca.Ia siapa sangka anak saya yang lemah boleh membaca dengan baik dalm bahasa Melayu dan Inggeris. Alhamdulillah.
Terima Kasih pada semangat yang diberikan oleh Kak Cahaya & suami.Saya rasa bersyukur sangat sebab anak saya sudah boleh membuat kerja sekolah tanpa dibantu. Boleh dikatakan dalam kelas anak saya tu masih ramai yang belum membaca. Saya berharap sistem Cahayaku ni dapat diluaskan lagi.
Terima kasih kerana sokongan. Harap dapat di war-warkan kepada kawan-kawan untuk menghantar anak ke tadika yang menggunakan sistem cahayaku.
Wa'alaikum salam wm wbr.
Isteri saya mengendalikan sebuah Tadika. Kami berminat kerana memang terdapat 1 atau 2 orang murid yang lambat sedikit dapat membaca kerana kurang tumpuan dan hyperaktif.
Mohd Saad Hamid...untuk pengetahuan encik sekiranya hanya seorang atau dua orang murid sahaja yang lambat sedikit membaca bermakna sistem yang isteri encik gunakan sekarang ini memang sudah cukup bagus dan teruskan dengan sistem yang ada. Bagi murid yang kurang daya tumpuan dan hyperakfif tidaklah menjadi masalah kerana ibubapa murid tersebut pasti faham dengan keadaan anaknya yang penting isteri encik mestilah memberitahu akan keadaan anak mereka ketika didalam kelas.
Tahniah kerana isteri encik berjaya membuat kanak-kanak ditadika berjaya membaca.
Post a Comment