Dalam hidup ini tidak selalunya indah. Tetapi hari ini adalah hari yang bermakna buat saya kerana hari ini adalah hari lahir anak yang ke2 saya iaitu W. Genaplah 21 tahun umurnya. Pusingan roda hidup kita ada kalanya diatas dan ada kalanya di bawah. Kita akan diuji dan terus diuji menandakan betapa kasihnya ALLAH terhadap kita. Saya tidak menyangka diantara ramai peserta yang menghadiri kursus cahayaku ada dikalangan mereka terdiri daripada hipokrit yang berselindung dibalik agama dan tudung labuh mereka.
Saya mengenali pn Nor A disekitar tahun 1999. Suaminya pula En M bekerja disebuah syarikat dimana pendapatan bulanannya tidak dapat menampung kehidupan seharian mereka pun. Saya tidak berapa mengenali mereka hanya sekadar pelanggan yang datang sekali-sekala membeli buku dipejabat. Setiap kali berjumpa apa yang disuarakan ialah tidak cukup duit untuk menguruskan tadika dan taska. Kata mereka mula-mula nak berniaga terpaksa menggunakan 5 kredit kad untuk dijadikan modal.
Sebelum mengenali Nor A saya memang sudah rapat dengan seorang pengusaha tadika yang juga merupakan pelanggan cahayaku yang dikenali dengan nama Zu. Zu memang seorang yang bersemangat untuk membuka sebuah tadika lagi. Tapi kali ini dia ingin berkongsi dengan saya. Ketika suami saya Zahari di Mekah, Zu telah mendatangi saya dengan tujuan untuk menjadikan saya rakankongsinya. Saya masih lagi keberatan kerana saya adalah jenis yang tidak suka mencari masalah. Pada saya bisnes yang ada pun macam-macam kerenah yang saya kena layan apalagi di tadika. Lagilah pening kepala.
Sekembalinya Zahari dari Mekah saya menceritakan tentang ajakan Zu itu. Zahari membenarkan saya untuk membuka tadika kerana dia sendiri memerlukan tempat untuk menjalankan R&Dnya. Saya mengatakan bahawa tempat yang paling strategik untuk saya ialah di Bandar Tun Hussein Onn. Memang ada rumah semi D untuk disewa. Dengan tak semena-mena Zahari teringat akan pn Nor A yang menjalankan perniagaan tadikanya disitu. Dia mengatakan kesian si Nor A sudahlah pelajarnya hanya ada 11 orang kalau saya buka pula disitu pasti kering tadika dia nanti. Saya termenung sejenak dan kesian pula hati ini kapada si Nor A. Tak sampai hati saya hendak menutup periuk nasi orang.
Selang beberapa hari saya memanggil Zu dan suami, Nor A dan suami manakala saya dan suami menunggu mereka dipejabat. Kami berbincang untuk mendapatkan kata sepakat dan akhirnya keputusan telah dibuat dimana saya melaburkan modal sebanyak mana yang mungkin dan didalam pada itu Zu akan melaburkan sedikit demi sedikit manakala Nor A tidak melaburkan apa-apa pun kerana dia tidak ada duit dan cukuplah dengan barangan tadika yang dia ada contohnya bangunan yang disewa yang akan diambil alih, bangku kayu, meja dan yang lain-lain.
Pada bulan Jun 2000 mulalah operasi untuk memperindahkan lagi tadika yang dulunya macam tadika yang tak menjadi. Hasil gabungan idea saya dan Zu kami telah membelanjakan wang sebanyak saya rm31k dan Zu rm9k manakala Nor A tidak mengeluarkan walau sesen pun modal apalagi tenaga. Hanya saya dan suami serta Zu dan suami yang bertungkus lumus. Pertengahan Disember 2000 tadika itu pun siap dan dinamakan .............cahayaku. Apabila penduduk disitu tahu bahawa tadika tersebut telah diberi nafas baru dan saya sebagai penulis buku cahayaku ada di situ jumlah murid yang asalnya hanya ada 11 orang kini telah melonjak kepada 100 orang pelajar dimana pendapatan telah mencecah kepada rm15k sebulan.
Walaupun modal sayalah yang paling banyak tetapi kerana saya bukanlah jenis orang yang tamak, saham saya bahagikan kepada, saya 3..%, Zu 3..% manakala Nor A 3..%. Pada awalnya semuanya ok tetapi setelah tadika siap Nor A mula menunjukkan belang. Dia mempertikaikan kenapa saham dia dan Zu sama banyak. Dari situ saya sudah dapat rasakan yang Nor A sudah mula tamak. Dia juga tidak setuju apabila gaji dibayar sama banyak iaitu rm1500 seorang. Pada saya biarlah semuanya sama rata. Apalah yang nak dipertikaikan daki dunia ni.
Pada bulan Feb 2001 suami Nor A telah menelefon suami saya untuk memberitahu bahawa dia tidak mahu saya datang ke tadika tu lagi dengan alasan dia mahu tadika tersebut dijadikan milik dia. Zahari mengatakan sekiranya dia mahukan tadika itu sila pulangkan semua modal yang saya dan Zu sudah laburkan. Memanglah manusia ni tidak tahu malu. Hak orang dijadikan hak sendiri. Zahari tidak mahu memberitahu saya kerana tidak sampai hati melihat saya di aniaya oleh orang yang telah saya tolong. Ibarat kata pepatah seperti menolong anjing tersepit. Saya tidak tahu menahu langsung tentang perkara ini dan masih lagi ketadika seperti biasa.
Pada satu pagi yang sungguh malang saya melihat anak murid saya telah di bawa oleh Nor A ke taskanya yang berada di seberang jalan. Saya terkejut dan terpinga-pinga bersama Zu. Didalam hati terus bertanya kenapa dan kenapa. Saya cuba masuk kedalam tadika tetapi tidak berjaya kerana Nor A dan suaminya M telah menukar semua kunci tadika. Saya hanya mampu menangis kerana tidak sangka saya telah dimakan oleh kawan sendiri. Zu terus memujuk saya dan mengesyorkan supaya menulis surat kepada semua ibubapa untuk memberitahu bahawa tadika akan berpindah. Saya mengatakan kepada Zu mungkin Nor A bersikap begitu kerana bangunan itu adalah bangunan yang disewa dibawah namanya dan Zu mencadangkan supaya kami mencari bangunan baru.
Kami berjaya mendapatkan rumah lot tepi. Surat dikeluarkan dengan memasukkan kedalam beg budak-budak yang kami tunggu ditepi jalan. Sebaik saja mereka turun dari bas, saya, Zu dan guru-guru saya memasukkan surat kedalam beg para pelajar. Saya juga mengeluarkan surat kepada Nor A untuk memberitahu bahawa tadika akan berpindah ke bangunan baru dan minta Nor A ikut sekali. Daripada 100 orang murid, yang datang hanya 25 orang kerana saya dimaklumkan oleh para ibubapa bahawa semua surat yang saya berikan kepada pelajar telah dibuang oleh Nor A. Bermacam-macam dugaan yang telah saya lalui dengan tohmahan dan fitnah yang telah dilakukan oleh Nor A terhadap saya. Kalau nak diceritakan kesemuanya akan menjadi cerita 1000 satu malam tak akan habis. Dipendekkan cerita pada pertengahan tahun, murid dari tadika Nor A telah berpindah ke tadika saya dan menjadikan jumlah murid seramai 55 orang. Kini tadika baru saya TADIKA CAHAYAKU terletak tidak jauh dari tadika mula-mula saya. Tadika tu masih lagi beroperasi di bawah nama X......berkuburlah tadika ........ CAHAYAKU yang satu ketika dulu menjadi sebutan para penduduk di sekitar Bandar Tun Hussein Onn.
Selepas beberapa tahun suami Nor A iaitu M telah terserempak dengan suami Zu. Suami Zu bertanyakan khabar kepada M lantas M menyuarakan bahawa duit yang diperolehi dengan cara yang begitu tidak berkat. Mereka selalu bergaduh dan tidak boleh duduk di tadika tersebut. Katanya panas. Saya dapat tahu dari jiran-jiran disekitar tadika Nor A bahawa dia sentiasa sakit. Tidak masuk tadika dan sentiasa bertukar-tukar guru. Rupanya bukan saya saja yang ditipu malah ramai lagi supplier ditipu. Ambil barang tak mahu bayar. Gaji cikgu pun tak bayar. Saya dapat tahu kerana cikgu dia sendiri yang bercerita kepada saya. Bergaduh dengan parent tadika dan maam-macam lagi.
Persoalannya Nor A adalah seorang yang rajin melakukan solat. Suaminya pula kerap ke masjid. Siapakah yang mereka sembah. Sekiranya mereka menyembah ALLAH pasti mereka tidak akan melakukan kerja yang keji ini dan sanggup makan dari hasil yang haram. Bertudung labuh, bercakap dengan lemah lembut. Bak kata orang pijak semut pun tak mati. Lumrah hidup. Kita akan mudah percaya dan tertipu dengan orang-orang yang sebegini. Saya berterima kasih dan bersyukur kepada Allah kerana banyak yang saya pelajari dari kesilapan ini. Diatas kesabaran saya dengan segala penipuan yang telah dilakukan oleh Nor A, sekali gus dia telah memijak mijak maruah saya dengan fitnah yang ditabur, ALLAH telah menggantikannya dengan satu projek yang amat besar. Buku cahayaku diguna pakai oleh seluruh TADIKA PERPADUAN bagi Wilayah Persekutuan pada tahun..... dan diikuti oleh seluruh negeri PAHANG dan agensi kerajaan yang lainnya pada tahun.....
Pada tahun 2002 kami sekeluarga menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah. Manakala suami saya Zahari sering kesana dan adakalanya setahun 2 kali. Tahun 2004 sekali lagi saya kesana bersama suami dan pada tahun 2006 saya dan suami pula mengerjakan Haji. Tahun 2010 sekali lagi saya kesana untuk berdoa kerana pada kali ini dugaan saya lebih dahsyat iaitu ujian iman. Nantikan coretan saya yang seterusnya dimana ALLAH menduga saya dan suami dengan berjirankan JIRAN DARI NERAKA. Inilah tajuk saya yang seterusnya. Kerana tidak dapat menunaikan kemahuan adiknya yang ingin meminjam dari kami berserta menebalnya PHD didalam hati, seseorang itu sanggup melakukan perkara yang dilarang agama. Nantikan........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Madah Penyelidik Senior Cahayaku
Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...
-
Ini surat pengesahan dari Doktor Pakar. Dan ini adalah catitan darinya. Nama: Luqman Hakim Tarikh Lahir: 21/11/2000 Tarikh mula belajar ...
-
Cahayaku System is a system / concept / technique based on spiritual towards emotional excellence to generate develop as well as intel...
-
Akhirnya saya boleh menarik nafas panjang tanda lega.....prototypeku siap 100%. Beberapa bulan kebelakang ini memang saya sibuk mengendalika...
4 comments:
kalau buat jahat takkan dpt faedahnye.. ish ish ish.. :)
nilai-nilai murni didalam diri manusia kini semakin berkurangan. mereka lebih mementingkan diri dan sanggup mengatakan dunia dunia dan akhirat akhirat. Sipenipu akan disanjung dan menjadi kebanggaan manakala sijujur akan ditindas dan dipinggirkan. Lagi ramai kita bergaul dengan orang lagi jelas kelihatan hilangnya nilai nilai murni di dalam diri manusia yang serba moden ini. sesungguhnya kita menuju kepada kehancuran dan AKHIR ZAMAN.
I am happy that you did not give up on Cahayaku. Eventhough you had not so good people to start with. Yet, you held strong and keep going. I am sure that there are many childern that thank you for helping them learn.
Catherine,
Thx for your comment, I really appreciate it. Hope you have more time to be with us. I'll always go for it no matter what.
Post a Comment