Murid-murid sedang mengikuti aktiviti yang dianjurkan di Tadika Cahayaku. (photo/Lutfi) |
Cuti sekolah sekarang ni. Hmmm.......inilah masanya untuk mengingat kembali saat-saat bagaimana cahayaku dibukukan.
Selepas Rohana mencadangkan agar teknik bacaan ini dibukukan, saya terpaku seketika. Persoalannya...mampukah saya melakukannya setelah TEKNIK ini dibukukan atau semua ini hanya secara kebetulan dan mampukah orang lain untuk melakukannya sepertimana saya berjaya melakukannya sebelum ini. Saya menjadi bingung dan mengambil masa yang agak lama juga untuk membuat keputusan untuk membukukan kaedah yang telah saya ciptakan ini.
Setelah puas berfikir dan berfikir saya mengambil keputusan untuk mencuba. Menjadi seorang penulis buku tidak pernah terlintas di hati saya apalagi dengan bahasa saya yang agak tonggang terbalik. Cuma yang menguatkan semangat saya ialah saya bukannya nak menulis novel tetapi hanyalah untuk mencipta sebuah buku bacaan yang lain dari yang lain. Kemahiran untuk membaca itu saja. Di dalam hati kecil berkata lagi, mungkin betul apa yang dikatakan Rohana benda yang baik kenapa tidak kita kongsikan bersama. Sebelum nak mula menulis buku, suami saya pernah bertanya, betulkah apa yang ingin saya lakukan ini kerana pada dia, dia sendiri belajar dengan cara membatang dan tak yakin dengan kaedah yang telah saya ciptakan ini. Setelah puas memujuk akhirnya dia sudi untuk membantu saya dengan syarat saya terpaksa berfikir sendiri tentang macamana caranya nak dimasukkan kaedah tersebut untuk dijadikan buku. Banyak masa kami habiskan untuk mengarang manakala saya mencari cara untuk memantapkan lagi mimik yang telah saya cipta. Rohana dan Ruzaini kerap datang ke rumah selalunya selepas solat Isyak dan duduk bersama-sama memerah otak untuk membantu saya. Zahari banyak juga membantu saya dari setiap sudut termasuk melakukan solat hajat memohon kepada ALLAH untuk dipermudahkan segala urusan dan diberikan petunjuk. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan dan akhirnya terhasil buku cahayaku dalam bentuk mock-up.
Ketika menulis buku cahayaku, saya pernah bersuara kepada Zahari yang saya mahu berhenti kerja. Zahari pun pernah menyuarakan hasratnya untuk berhenti kerja juga dan ingin cuba berniaga tetapi tidak pernah mengatakan bila. Satu hari yang sungguh indah pada saya, dengan penuh keyakinan saya telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja dalam masa 24jam. Tanpa memberitahu Zahari saya pulang kerumah dengan senang hati dan menceritakan kepada mak bahawa saya sudah berhenti kerja. Mak tidak pernah berkata apa-apa dan bagi saya pula, saya ingin sangat untuk menjadi surirumah sepenuhmasa.
Tidak berapa lama kemudian Zahari pula pulang ke rumah. Saya merasa hairan kenapa dia balik dari kerja tidak seperti biasa dimana pada kali ini terlalu awal. Saya tidak bertanya dan sejurus dia melihat saya dia pun berkata 'Yes I dah berhenti kerja akhirnya'. 24 jam.....Saya memandang kearahnya sambil berkata 'Yes I pun dah berhenti kerja juga' 24 jam... Kami bersalaman sambil saya melompat-lompat keriangan. Sebelah petangnya saya duduk di buaian sendirian sambil memikirkan tentang langkah yang telah kami ambil. Tak semena-mena saya menangis kerana baru saya terfikir kami sekeluarga nak makan apa? Anak masih kecil dan bersekolah di sebuah sekolah swasta yang agak terkenal juga pada waktu itu. Rumah nak di bayar dan lain-lain komitmen juga nak di bayar.... macamana? Zahari gaji terakhirnya pada waktu itu ialah RM5000 lebih. Ya ALLAH apa telah kami lakukan. Melihat keadaan saya yang dalam kebingungan, Zahari terus mengatakan doa..doa...Allah kan ada minta padanya. Senjata orang Islam itu kan berdoa. Semua ini ada rahmatnya kerana kita berhenti serentak dan kita tidak pernah merancangkannya. Barulah saya rasa lega. Teringat akan kata orang tua-tua, ulat dalam batu pun boleh hidup.
Itulah, selagi kita yakin kepadanya DIA tidak pernah lupa untuk memberikan rezeki kepada hambanya kecuali ajal kita sudah hampir tiba. Barulah tertutup semua pintu rezeki. Kali ini saya ditawarkan kerja oleh tuanpunya sebuah pusat tuisyen dimana anak-anak saya belajar. Saya diminta untuk mengajar mental maths dan ibarat orang mengantuk disorongkan bantal saya pun mengambil keputusan untuk menghadiri kursus abacus dan akhirnya jadilah saya cikgu mental maths. Ketika itu guru mental maths yang berbangsa melayu boleh dikira dengan jari. Jawatan ini dimonopoli oleh bangsa asing. Alhamdullilah dapatlah saya menampung perbelanjaan rumah dan persekolahan anak-anak.
Kini mock-up CAHAYAKU sudah terhasil. Timbul pula masalah yang lain yang bermain-main di fikiran saya. Adakah kaedah ini berkesan? Berjayakah orang lain menggunakannya atau hanya saya seorang saja yang boleh melakukannya atau kejayaan saya sebelum ini hanyalah satu kebetulan.Jawapannya saya mesti mencuba kaedah ini kepada beberapa pelajar yang lain. Bagaimana nak mendapatkan pelajar dan di mana tempatnya untuk mencuba mock-up ini. Teringat saya akan pusat tuisyen di tempat saya bekerja. Akhirnya saya berjaya menyewa pusat mental maths tersebut.
Salah seorang pelajar yang sedang mengikuti kaedah pembacaan Cahayaku. (photo/Lutfi) |
Untuk mendapatkan pelajar saya terpaksa melakukan sesuatu. Tiada jalan lain saya terpaksa tebalkan muka dan akan bertanya kepada sesiapa saja yang saya jumpa samaada di pasar, kedai atau di taman. Masyarakat sekeliling mula mengumpat tentang saya dan mengatakan saya ni ibarat PEMINTA SEDEKAH. Merayu orang untuk mendapatkan pelajar. Saya tidak pernah peduli dengan sindiran orang kerana mereka semua tidak tahu tujuan saya yang sebenarnya dan biasalah bukan senang untuk senang dan bukannya susah untuk susah. Hasil usaha saya dan dengan izin Allah jua saya berjaya mengumpulkan 30 orang pelajar untuk di jadikan R&D. Saya pun mengajarkan teknik mimik kepada Zahari kerana saya ingin dia yang mengajar kanak-kanak tersebut yang berumur dari 4 tahun ke 12 tahun. Dia tidak setuju pada mulanya tetapi setelah puas dipujuk dia mengalah. Zahari ketika itu dibantu oleh adik angkat kami yang banyak menyokong kami dari belakang. SAMSUL terima kasih banyak-banyak dan teringat saya bagaimana kami dikejar oleh anjing ketika hendak memasukkan leaflet kedalam peti surat. Satu kenangan yang tidak akan saya lupakan.
Selepas 3 bulan Zahari mengajar dia berjaya membuatkan anak-anak ini membaca dengan lancar. Mengikut kata Zahari ada seorang pelajar yang bernama Alia berumur 6 tahun pernah bertanyakan soalan kepadanya. Kata Alia ditadikanya cikgu mengajar membaca dengan mengeja dan dia tidak boleh terima b..a.. bunyinya ba. Bila di tanya Alia mengatakan b...a... bunyinya adalah biye dan bukannya ba. Ini mengingatkan kembali kepada kata-kata Molin dan Uzey. Bayangkan Zahari yang bertugas sebagai seorang manager di sebuah syarikat Southeast Asia dan tiada asas mengajar langsung telah berjaya membuat kesemua budak-budak ini membaca, apalagi seorang guru.
Selepas kejayaan yang dicapainya, Zahari menyuruh saya mencetakkan buku ini dan menjualkannya kepada orang ramai dan dia yakin buku ini akan laku macam GORENG PISANG PANAS. Saya kata kalau tak laku macamana? Jawabnya SEPAK PUNGGUNG SAYA....... Nantikan cerita saya seterusnya bagaimana saya dipandang rendah oleh pengusaha2 tadika yang tidak boleh menerima kaedah ini dan akhirnya merayu kepada saya untuk menggunakannya....ALLAH YANG MENENTUKAN SEGALA2NYA.
Kepada pembaca semua saya minta maaf sekiranya ada kesalahan didalam penyusunan ayat dan perkataan. Yang penting saya dapat berkongsi pengalaman saya melalui blog ini. SAYA BUKANLAH SEORANG PENULIS........TETAPI SAYA SUNGGUH BERBANGGA KERANA KAEDAH INI ADALAH LAHIR DARI DAYA KREATIVITI SAYA SENDIRI DAN TELAH BERJAYA MEMBUAT KANAK-KANAK NORMAL MEMBACA DENGAN CEPAT. UNIKNYA KAEDAH INI MEMBUATKAN PELAJAR KETAGIH MEMBACA. YANG PALING MEMBANGGAKAN KANAK-KANAK ISTIMEWA JUGA BERJAYA.
2 comments:
terbaik :)
Thank you for your support.
Post a Comment