Dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 'Setiap anak dilahirkan bagai kain putih, ibu-bapalah yang akan mencorakkan samada menjadi seorang Yahudi, Nasrani atau Majusi'. Pepatah orang tua-tua 'Melentur buluh biarlah dari rebungnya'.
Memegang kepada kata-kata inilah ketika saya mengandungkan anak sulung, saya telah mula memerhatikan tingkahlaku anak kawan-kawan, jiran dan saudara-mara. Kalau ada yang tidak kena kepada kanak-kanak itu saya akan bertanya kepada ibunya kenapa anaknya menjadi begini atau begitu. Jawapan yang saya terima adalah satu jawapan yang biasa saya dengar. Contoh, sebab ayahnyalah anak ni jadi macam ni atau ni semua gara-gara maknya. Samaada si suami salahkan si isteri atau pun sebaliknya.
Ketika saya bekerja di tadika cina tersebut saya sangat suka melihat perangai anak-anak majikan saya. Mereka tidak mendatangkan masalah kepada kedua ibu-bapa mereka malah apabila pulang dari sekolah anak-anaknya akan duduk dirumah sambil mentelaah buku sekolah. Tidak berkawan sebarangan dan selalunya kawan-kawan anaknya lah yang akan datang ke rumah. Banyak juga yang telah saya pelajari dari pergaulan saya dengan keluarga tersebut.
Kini tibalah giliran saya pula untuk mendidik Ujey yang ketika itu sudah berumur 4 tahun. Dari kecil Zahari memang agak serius di dalam pembentukan peribadi anak-anak. Katanya kita jangan ajar anak menipu. Bila saya tanya macamana nak didik? Jawapnya kalau berjanji dengan anak mesti di tepati dan jangan sekali-kali bergurau dengan anak sambil mengatakan datang sini nanti ummi bagi gula-gula sambil menggenggam tangan menunjuk kearah anak seolah-olah didalam tangan ada gula-gula sedangkan tiada. Saya mula faham dan selanjutnya terserah kepada saya untuk menjayakannya.
Sudah menjadi kebiasaan kepada saya bercerita tentang kisah-kisah nabi dan rasul atau cerita-cerita tauladan kepada Ujey. Sambil bercerita sering kali saya selitkan cerita-cerita tentang neraka dan syurga. Tentang kewujudan ALLAH yang menjadikan kita. Kalau buat salah dapat dosa dan kalau buat baik dapat pahala. Pendosa masuk neraka dan orang-orang yang baik akan masuk syurga. Kesiksaan di neraka akan saya gambarkan padanya begitu juga dengan kenikmatan di syurga.
Ketika Ujey mula bersekolah di tadika, bermulalah pengalamannya yang pertama bercampur dengan kanak-kanak lain yang terdiri dari berbilang bangsa. Selama ini dia dikelilingi oleh saudara-mara dan anak kawan-kawan sahaja. Sejak kecil memang telah saya didik dia dengan mengatakan bahawa sekiranya tangan kanan itu berat bermakna kita selalu melakukan kebaikan dan sekiranya tangan kiri itu berat bermakna kita telah melakukan kesalahan. Setiap kali bila balik dari tadika saya akan bertanyakan kepadanya apakah kesalahan atau kebaikan yang telah dia lakukan pada hari itu. Dengan merasa bangga dia akan menceritakan segala-galanya. Sudah pasti dia akan menceritakan yang baik-baik saja sambil saya menimbang kedua-dua tangannya lalu mengatakan betapa beratnya tangan yang disebelah kanan kerana dia telah melakukan kebaikan. Banyaknya pahala yang telah ALLAH berikan pada hari itu. Sudah pasti dia akan tersenyum bangga dan bagi diri saya pula saya tidak akan membiarkannya begitu sahaja. Sekali sekala saya pasti akan bertanyakan dengan gurunya tentang tingkah laku Ujey kerana dia merupakan seorang kanak-kanak yang terlalu aktif. Begitulah yang akan saya lakukan setiap minggu atau selang dua tiga hari.
Untuk dijadikan cerita pada satu hari saya telah menelefon kepada guru kelasnya tentang perihal ujey. Cikgu itu menceritakan bahawa Ujey telah memukul kawannya dan mengakibatkan budak yang berketurunan India itu menangis dan guru itu sendiri kurang pasti apakah puncanya. Setibanya di rumah saya tidak bertanyakan tentang apa yang telah dia lakukan pada hari itu kerana saya ingin menunggu waktu yang sesuai untuk saya mulakan operasi. Selepas melakukan Solat Zohor, dengan keadaan saya yang masih lagi bertelekung dan duduk di atas sejadah saya telah memanggilnya sambil bertanyakan tentang dirinya di tadika. Seperti biasa dia akan mengatakan baik-baik saja. Saya pandang tepat ke wajahnya sambil menimbang kedua-dua tangannya. Saya dengan muka yang begitu sedih mengatakan bahawa pada hari itu tangan kirinya lah yang terasa amat berat bermakna dia telah melakukan dosa. Dia memandang saya dengan terpinga-pinga. Saya menerangkan kepadanya bahawa saya adalah ibunya yang telah melahirkan dia. Dia tidak boleh menipu saya. Dia terus bertanya macamana saya tahu. Saya hanya mengatakan bahawa ALLAH akan memberi petujuk kepada orang-orang yang melakukan solat. Apalagi seorang ibu. Mungkin ada yang bertanya kenapa saya mendidik dia sedemikian? Jawapannya ialah saya ingin dia tau bahawa ALLAH itu MAHA BESAR DAN DIA TAHU AKAN SEGALA-GALANYA. Dia terus meminta maaf dan menceritakan segala-galanya. Saya tau dia memang takut kerana dapat dilihat dari ombak dada dan tutur katanya. Hasilnya sehingga sekarang dia tidak berani menipu saya. Menjelaskan lagi ialah bila saya terdengar dia berbual dengan adik-adiknya ketika dia di tingkatan 2. Dia mengatakan, dengan ummi jangan tipu kerana bila ummi melakukan solat ALLAH akan memberikan lintasan dan ummi akan tahu segala-galanya. Saya hanya tersenyum dan didalam hati kecil saya berkata berjaya juga teknik timbang menimbang tangan ni.
Sehinggalah dia bersekolah di tingkatan 4 sekiranya dia melakukan kesalahan dia dengan cepat akan meminta maaf kepada saya dan memberitahu akan kesalahannya. Mengikut kata kawan saya Zu, Ujey pernah memberitahu kepadanya bahawa dengan ummi jangan cuba nak tipu. Lebih meyakinkan saya bila guru kelasnya mengatakan bahawa anak saya telus dan dia tidak pernah mengambil telefon bimbit anak saya. Ujey dibenarkan untuk memegang telefon bimbitnya walaupun waktu peperiksaan kerana guru itu yakin dia tidak akan menggunakannya dan tidak akan melakukan perkara-perkara yang dilarang. Sehingga kehari ini pensyarah dia pernah mengatakan bahawa anak saya seperti anak-anak dizaman dulu. Ketika pensyarah di universiti membuat penyelidikan tentang kegunaan bahasa dia mengatakan bahawa bahasa anak saya adalah bahasa melayu lama. Memang saya akui dirumah kami tidak menggunakan bahasa-bahasa yang digunakan sekarang ni. Contonya usha dan sebagainya. Saya sentiasa berdoa agar ALLAH mengekalkan sikapnya yang sedemikian sampai bila-bila.
Ini adalah cara saya.Yang pasti sekiranya kepala kita tunjukkan jalan yang betul, ekor juga akan ikut sama.Begitulah adik-adiknya.Tidak perlu saya memberi penekanan yang serius sepertimana saya lakukan terhadap Ujey. Kenapa tajuk cerita ini SUKA DI JIWA? Ini adalah kerana cara saya mendidik anak tidak pernah saya berpandukan melalui buku kerana saya tidak suka membaca samada buku, majalah atau suratkhabar. Kalau saya baca pun saya lebih suka membaca tajuk berita sahaja kerana ITU LAH SAYA. Ikuti kisah selanjutnya dengan PENGALAMAN 2 DAN PENDIDIKAN 2 dengan tajuk LEPAK.......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Madah Penyelidik Senior Cahayaku
Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...
-
Ini surat pengesahan dari Doktor Pakar. Dan ini adalah catitan darinya. Nama: Luqman Hakim Tarikh Lahir: 21/11/2000 Tarikh mula belajar &am...
-
Cahayaku System is a system / concept / technique based on spiritual towards emotional excellence to generate develop as well as intel...
-
Akhirnya saya boleh menarik nafas panjang tanda lega.....prototypeku siap 100%. Beberapa bulan kebelakang ini memang saya sibuk mengendalika...
2 comments:
kagum dengan cara akak mendidik anak...akan saya jadikan contoh kelak..
Yang baik dijadikan tauladan dan yang jahat dijadikan sempadan.
Post a Comment