LEPAK..........perkataan yang selalu kita dengar. Kenapa budak-budak sekarang suka melepak ya? Persoalan yang selalu bermain di minda kita. Mak -bapak dia tak tahu ke? Timbul tanda-tanya di dalam hati kita kerana adanya rasa ingin tahu. Apa nak jadi dengan budak-budak muda sekarang ni? Keluhan dihati yang adakalanya menimbulkan rasa sesal di hati kita melihat anak-anak muda kita duduk melepak tanpa tujuan. Siapa yang ingin dipersalahkan? Keadaan, mereka atau ibu-bapa mereka.
Semasa bayi lagi tanpa kita sedari kita sendiri telah mengajar anak kita untuk melepak dengan secara tidak langsung. Teringat saya sewaktu saya dizaman kanak-kanak dimana saya sering melihat ibu-ibu menyuap anak-anaknya makan diluar rumah. Pernah saya bertanya kenapa suap anak diluar rumah dan jawap mereka sekiranya anak itu tidak dibawa makan keluar rumah nanti dia tidak mau makan. Kalau diluar rumah habis satu mangkuk. Tepat pada waktu makan bayi tadi akan menangis minta diberikan makan dan sudah pasti mahu makan diluar rumah. Waktu itu saya tidak langsung menyedari tentang baik atau buruknya perbuatan tersebut. Sehinggalah saya mempunyai anak barulah saya nampak akan perbezaannya.
Samalah dengan anak-anak yang setiap petang dibiarkan bermain basikal mengelilingi taman dengan kawan-kawan. Apa akan terjadi sekiranya anak tersebut tidak dibenarkan keluar rumah. Sudah pasti dia akan menangis dan meronta ingin keluar rumah untuk bermain basikal dengan kawan-kawannya. Ini adalah ajaran lepak yang telah kita perkenalkan kepada anak-anak kita tanpa kita sedari. Saya sendiri sewaktu remaja sekiranya tidak dibenarkan bermain dengan kawan-kawan akan membuatkan saya rasah gelisah dan tidak selesa untuk tinggal didalam rumah. Akan timbul rasa bosan dan sebagainya. Pilihan utama saya ialah untuk duduk di luar rumah bersama-sama dengan kawan-kawan.
Menyedari akan hakikat ini saya tidak membenarkan budaya suap menyuap anak diluar rumah menjadi tabiat. Waktu Ujey berumur sekitar 6 bulan dia telah mula saya perkenalkan makanan bayi seperti nestum dan sebagainya. Walaupun dia tidak mahu makan saya tidak akan membawanya keluar rumah. Dia mula makan nasi ketika berumur 1 tahun lebih. Ketika dia berusia 3 tahun berat badannya masih tidak seimbang usianya akibat selera makan yang tidak memberangsangkan. Untuk menarik minat Ujey terhadap makanan kami telah membeli sebuah dulang yang sederhana besarnya dan ditaburkan nasi dan lauk di dalam dulang tersebut. Akhirnya dengan kaedah ini dia menunjukkan minat untuk makan kerana semasa makan dia sempat bermain dengan nasi dan lauk didalam dulang tersebut, mungkin kerana keluasan dulang membolehkan dia makan sambil berangan. Walauapapun saya tetap berkeras untuk tidak membawanya keluar rumah semata-mata untuk menyuapkan makanan kepadanya.
Ujey telah pun mempunyai basikal ketika dia berumur 4 tahun. Saya tidak pernah membiarkan dia bermain di luar rumah bersama-sama dengan anak-anak jiran di sekitar kawasan tersebut. Apa yang dia akan lakukan ialah dengan menegur sesiapa sahaja yang lalu di depan rumah. Pernah pada satu ketika saya membuka pintu pagar dan menyuruhnya bermain diluar rumah. Dia hanya boleh berdiri diluar sekejap sahaja dan akan masuk balik ke dalam rumah sambil mengingatkan saya untuk mengunci pintu pagar tersebut. Dari situ saya perhatikan sekiranya kita tidak membiasakan anak kita berkawan diluar rumah dia tidak akan keluar sewenang-wenangnya duduk ditepi-tepi tembuk dengan kawan-kawan. Sehinggalah sekarang dia hanya keluar atas urusan tertentu sahaja dan tidak boleh duduk melepak di shopping mall dengan budak-budak lain.
Semua ini adalah di atas pemerhatian saya terhadap anak kawan-kawan. Sekiranya dari kecil kita sudah kawal akan pergaulannya bila dia dewasa nanti tugasan kita akan menjadi lebih mudah. Saya tidak mengatakan yang saya ni pandai didalam mendidik anak cuma dengan memberi perhatian diatas perkara-perkara yang kecil-kecil inilah telah menjadikan didikan itu amat berkesan. Sekiranya dari kecil kita tidak membiasakan dia berkawan, apabila dia besar nanti dia hanya seronok berkawan dengan adik-beradiknya saja. Cukuplan sekadar dia berkawan di sekolah dan saya lebih suka menggalakkan anak-anak membawa kawan kerumah. Ikuti pengalaman 3 saya dan pendidikan 3 dengan tajuk ........ CURI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Madah Penyelidik Senior Cahayaku
Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...
-
Ini surat pengesahan dari Doktor Pakar. Dan ini adalah catitan darinya. Nama: Luqman Hakim Tarikh Lahir: 21/11/2000 Tarikh mula belajar ...
-
Cahayaku System is a system / concept / technique based on spiritual towards emotional excellence to generate develop as well as intel...
-
Akhirnya saya boleh menarik nafas panjang tanda lega.....prototypeku siap 100%. Beberapa bulan kebelakang ini memang saya sibuk mengendalika...
2 comments:
anak ketiga saya yg berumur 2 tahun baru saja saya benarkan bermain dgn anak jiran2.. sebelum ini dia hanya memerhati dari tingkap apabila kakak dan abangnya keluar bermain.. dan baru-baru ni saya benarkan dia bermain sama.. dan benar sebagaimana yang Kak Chahaya katakan.. sekarang setiap petang dia menanti waktu untuk bermain.. akan menangis semahunya bila ditegah..
terpulang pada kita utk mendidiknya. dari pemerhatian akak kalau kita biarkan sampai umurnya 6 thn je cukuplah, akak yakin dia tidak akan lekat kat rumah. masa kecik kita tak terasa lagi nanti bila dah besar dia akan mula keluar dari ptg sampai ke maghrib nanti sampai ke malam. cegah sblum parah. bukan tak boleh berkawan boleh tapi kita kena pantau. zaman skrg ni bnyk buruk daripada baiknya. kalau kita cegah dari skrg akak yakin bila besar nanti kita tidak perlu risau anak kita berada dimana. mana kawan-kawan yang ikut nasihat akan semuanya dah nampak hasilnya sekarang. kita akan berasa senang hati sekiranya anak kita sentiasa ada didepan mata kita.
Post a Comment