Mula-mula menjejakkan kaki ke alam pendidikan anak-anak di tadika membuatkan saya rasa dunia ini sungguh ceria. Melihat telatah mereka membuatkan saya adakalanya tersenyum dan tertawa sendiri. Pada ketika itu saya diminta untuk mengajar Bahasa Melayu disemua peringkat umur.
Saya bekerja di Tadika Cina dan faham-faham sajalah sudah tentu pelajarnya terdiri dari 90% murid yang berbangsa Cina, 8% berbangsa Melayu dan 1% berbangsa India manakala 1% lagi berbangsa asing. Susah juga nak berinteraksi dengan budak-budak ni. Rata-rata bahasa mereka adalah bahasa Mandarin atau Kantonis. Hanya segelintir saja yang berbahasa Inggeris. Walaubagaimanapun saya masih boleh berinteraksi dengan mereka dengan menggunakan bahasa dunia iaitu bahasa ISYARAT. Apalagi mulalah tangan, kaki, mata, suara dan pergerakkan badan semuanya memainkan peranan. Lama kelamaan saya mula belajar Bahasa Mandarin, Kantonis dan India sikit-sikit untuk memudahkan lagi tugas saya dalam memberi arahan kepada mereka. Contoh jangan menangis, minum air, makan dan semuanya adalah perkataan asas.
Pagi itu seperti biasa saya akan masuk ke kelas pelajar yang berumur 6 tahun. Setelah menyanyi, saya mula bercerita sedikit tentang moral. Walaupun kebanyakkan cerita saya hanya dengan menggayakan anggota badan dan mimik muka, sekurang-kurangnya saya berjaya membuatkan kanak-kanak ini ketawa dan membalas balik cerita saya dengan berbahasa cina. Saya tidak faham tetapi disudut hati kecil saya, saya tahu mereka seronok dengan melihat gaya saya. Apa yang hendak saya sampaikan pada hari itu telah tercapai.
Setelah puas bercerita tibalah masanya untuk saya mengajar mereka membaca sukukata. Saya mengarahkan para pelajar mengeluarkan buku dari beg. Semua murid melakukannya kecuali seorang murid lelaki. Saya tanya dia mana buku? Dia diam dan hanya menundukkan muka. Dengan tidak membuang masa saya terus mengambil begnya untuk mengeluarkan buku. Masuk saja tangan kedalam beg, saya pun terus meraba-raba sambil melihat kedalam. Saya hairan kenapa ada bau busuk didalam beg tersebut dan tiba-tiba saya terpegang sesuatu benda yang agak lembik. Saya angkat benda tersebut dan ternyata itu adalah najisnya. Mungkin dia takut untuk bercakap atau malu. Najis yang terjatuh ke lantai dari seluarnya diambil dan dimasukkan ke dalam beg. Habis semua buku dan tangan saya juga terkena. Apalagi seluar budak tu penuh dengan najis dan begitu juga tangan. Cepat-cepat saya panggil pembantu tadika untuk membersihkannya.
Itulah pertama kali saya memegang najis budak selain dari anak saya sendiri. Geli dan bermacam-macam perasaan yang timbul ketika itu. Saya juga adalah manusia biasa terlintas didalam hati betapa tidak berbaloinya tugas saya dengan gaji yang sebanyak RM200. Tetapi kerana cintanya saya kepada anak-anak saya teruskan juga. Masa tu lah saya terasa betapa susahnya tugas seorang guru tadika. Memang saya tabik mereka-mereka ni. Dari budak yang tidak boleh membaca, menulis dan mengira sehinggalah budak-budak tadika itu berjaya menguasai 3M. Berbanding dengan guru darjah 1 tugas mereka lebih mudah lagi. Akan saya sambung nanti dengan cerita saya yang seterusnya iaitu pendidikan saya terhadap anak sulung saya UJEY..... Tajuk saya pada kali ini ialah PENDIDIKAN 1. Bagaimana saya mendidik anak saya untuk tidak belajar menipu dan untuk menjadikan dia seorang insan yang telus. Ikuti cara saya..........
Sunday, March 20, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Madah Penyelidik Senior Cahayaku
Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...
-
Ini surat pengesahan dari Doktor Pakar. Dan ini adalah catitan darinya. Nama: Luqman Hakim Tarikh Lahir: 21/11/2000 Tarikh mula belajar &am...
-
Cahayaku System is a system / concept / technique based on spiritual towards emotional excellence to generate develop as well as intel...
-
Akhirnya saya boleh menarik nafas panjang tanda lega.....prototypeku siap 100%. Beberapa bulan kebelakang ini memang saya sibuk mengendalika...
No comments:
Post a Comment