Anda masih ingat lagi tak cerita budak di tadika cina tu yang memasukkan najis kedalam beg sekolahnya? Masih lagi berkisar tentang cerita budak tu dan apabila teringatkan dia maka teringatlah tentang kisah dia yang sentiasa ada na..........
Budak ni memang agak pelik. Dari segi perangai, tutur kata dan pergaulannya. Mungkin kerana terlalu manja dia langsung tidak pandai berdikari. Tidak pandai memakai kasut. Makan pun tak pandai nak suap sendiri. Apalagi untuk pergi ketandas. Untuk budak yang seusia dia saya rasa perkembangannya memang agak lambat.
Pernah pada satu ketika saya melihat ada sekumpulan budak-budak berkerumun memandang kelantai. Hairan. Kenapa budak-budak tu begitu asyik. Saya hampiri dan terkejut melihat ada seketul najis yang menjadi tumpuan. Saya bertanya kepada mereka siapa yang punya najis ni dan ada seorang budak menunjuk kearah budak tu. Dalam hati saya tak ada budak lain ke asyik dia ni saja. Kali ni saya telefon mak budak tu minta dia datang ketadika untuk membersihkan anaknya. Malangnya dia mengatakan bahawa dia ada urusan lain dan tak dapat nak ketadika. Sebenarnya kami semua dah naik muak dengan perangai budak ni yang tak mau langsung memberitahu cikgu sekiranya dia perlu ketandas. Muak juga dengan perangai mak budak ni yang tak ada inisiatif langsung untuk mengajar anaknya untuk ketandas. Tiap-tiap minggu ada saja cerita budak ni dan dengan najisnya.
Ketika saya mengajar didalam kelas tiba-tiba hidung saya terbau sesuatu yang merisaukan. Saya bertanya kepada semua murid ada sesiapa tak yang telah 'pansai'. Semua jawab tak ada. Biasalah budak-budak. Untuk kerja jadi lebih mudah jadilah saya penghidu punggung budak-budak tu. Semua budak saya minta berdiri sambil saya selak seluar mereka sorang-sorang. Sampailah kegiliran budak tu dan amat terkejutnya saya apabila melihat seluar dan bajunya habis terkena najis. Nak cuci pun akan mengambil masa yang lama. Tidak ada jalan lain saya terus mencapai beg plastik sampah yang berwarna hitam. Saya gunting pada bucu beg plastik dikiri dan dikanan untuk dijadikan seluar. Saya sarungkan beg plastik tersebut kepada budak tu dan saya ikat pinggangnya dengan tali. Di pendekkan cerita saya pun mengantar budak tu naik bas dan driver bas tu pun bertanya kenapa jadi macam tu. Saya terpaksa cerita kepada driver bas dan dia pun pernah menghadapi masalah yang sama dengan budak tu. Kataya harap-harap dengan tidakan saya ini akan menjadi pengajaran kepada ibunya.
Tepat sama sekali dimana mungkin dengan tindakan saya ini telah membuatkan ibunya merasa malu. Selepas kejadian itu budak tu tidak lagi pansai didalam kelas. Hairannya dia langsung tidak membuang. Timbul tanda tanya kenapa selama ini dia asyik membuang di tadika sahaja.
Friday, March 25, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Madah Penyelidik Senior Cahayaku
Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...
-
Ini surat pengesahan dari Doktor Pakar. Dan ini adalah catitan darinya. Nama: Luqman Hakim Tarikh Lahir: 21/11/2000 Tarikh mula belajar &am...
-
Cahayaku System is a system / concept / technique based on spiritual towards emotional excellence to generate develop as well as intel...
-
Akhirnya saya boleh menarik nafas panjang tanda lega.....prototypeku siap 100%. Beberapa bulan kebelakang ini memang saya sibuk mengendalika...
No comments:
Post a Comment