Alief seorang kanak-kanak yang sungguh comel. Berapa umurnya? Entahlah saya pun tak ingat sebab dia pelajar baru lagi pun ramai sangat kanak-kanak di tadika tu. Kalau tak silap 4 tahun rasanya. Pertama kali melihat Alief memang saya sangat suka dengannya mungkin kerana dia mengingatkan saya kepada anak saya yang kedua..
Masuk saja ke kelas pada kali pertamanya dia sentiasa menangis. Saya faham sangat dengan budak-budak yang macam ni kerana dia akan rasa tidak selesa akibat perubahan tempat. Alief tidak pandai bercakap dan satu perkataan yang keluar dari mulutnya adalah baba. Puas di pujuk namun dia akan tetap menangis sehinggalah sampai pada satu masa dia akan berhenti sendiri kerana kepenatan. Kalau suruh dia mewarna habis buku di koyakkannya dan semua pensil warna di buangkannya ke lantai.
Selepas sebulan dia tidak lagi menangis seperti dulu kuranglah sikit tetapi untuk suruh dia ikut apa yang kita cakap atau ajar sangatlah susah. Adakalanya dia akan bergerak dari satu meja ke meja yang lain. Yang dia paling suka ialah menyusun pensil warna dalam satu barisan dan kadang kala menyusun kerusi. Alhamdulillah saya merasa seronok sangat apabila ibu-bapa Alief mendaftarkan abangnya kekelas tersebut. Bila abangnya ada bersama saya nampak perubahan Alief dari segi perangainya. Dia nampak lebih ceria, sedikit rajin untuk mewarna dan yang penting tidak lagi menangis. Mungkin kerana dia tidak rasa keseorangan lagi.
Sempat juga saya berbual dengan kedua ibu-bapa Alief tadi dan saya difahamkan bahawa Alief telah disahkan oleh doktor pakar sebagai seorang kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan (speech delay), hyposensitif, hyperactif dan ADHD (kurang daya tumpuan).
Sekiranya diberikan dua gambar yang sama, satu yang belum diwarnakan dan yang satu lagi sudah diwarnakan, Alief mampu untuk memilih warna yang sama dan mewarnakannya diruang yang sepatutnya. Maknanya dia pandai memadankan warna yang sesuai di tempat yang betul mengikut gambar. Nanti akan saya uploadkan video Alief untuk tatapan anda. Kepada ibu-bapa diluar sana jangan berputus harap atau merasa kecewa sekiranya mempunyai anak seperti Alief. Masih ada lagi jalan penyelesaian. Yang penting ibu-bapa kena sabar dan cikgu-cikgu yang mengajar pun kena sabar. Jangan mengharap perubahan dalam sekelip mata.
Kepada ibu-bapa Alief kata kuncinya ialah SABAR dan banyakkan berdoa. Banyak ganjaran yang akan anda perolehi di akhirat nanti. Pasti ada balasan nikmat dan rahmatnya dari ALLAH. Insyaallah....samada cepat atau lambat Alif membaca atau bercakap adalah dari pemberian Allah semata-mata. Bagi saya.......saya akan cuba sedaya mungkin dan sama-samalah kita mendoakan agar semua kanak-kanak yang seperti ini berjaya didunia dan di akhirat. Amiin.....

3 comments:
salam...setiap kanak2 ALLAH anugerahkan ada keistimewaan tersendiri...sbg ibubapa terima dan redha dgn kehadiran anak2 tersebut..
anonymous...wkslm...ibu-bapa yang memahami akan ketentuan Allah sudah pasti akan terima dan redha dgn kehadhiran cahayamata yang ada keistemewaannya tersendiri. jgn ingat yang anak-anak ini tidak boleh berjaya. ada diantara mereka lebih menonjol lagi dari yang normal. saya yakin sekiranya Alief di didik dengan baik dia akan jadi kanak-kanak yang hebat kerana dia masih ada ruang untuk menguasainya. saya juga berbangga dengan kedua-dua ibu-bapa Alief yang mempunyai minda yang terbuka dan menerima keadaan Alief dengan sabar. Syabas kepada mereka.
sronok dpt bace kisah2 kanak2 kt cni...kpd ibubapa alief...byk2 bersabar..semuanyer ader hikmah dr NYA...AMINN..
Post a Comment