Bila melihat kembali video-video "ANTIK' yang di uploadkan oleh Shidi terlintas di hati kecil ini dimanakah pelajar-pelajar lain yang telah saya didik dulu. Ada yang saya tahu perkembangan mereka dan ada tu hilang entah dimana. Tak tahu khabar berita. Mungkin ada diantara viewers tertanya-tanya dimanakah mereka? Adakah mereka di Universiti melanjutkan pelajaran atau ada yang sudah berkahwin menjadi suri rumahtangga sepenuhmasa.
Ada diantara pelajar saya yang telah pun melanjutkan pelajaran mereka hingga ke Menara Gading. Pelajar yang berumur 32 tahun ketika tu telah pun mendirikan rumahtangga sejurus dia pandai membaca dan seorang lagi yang berumur 25 tahun juga telah mendirikan rumahtangga. Saya hadir dimajlis perkahwinan yang diadakan. Seorang pelajar dari Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah yang telah kami didik juga telah mendirikan rumahtangga dan info yang saya peolehi dari warden disana pelajar tersebut telah bekerja di sebuah Restoran di Shah Alam. Alhamdulillah dan saya merasa bangga kerana telah menampakkan hasil. Sebelum ini mereka adalah dari kalangan yang bermasalah seperti lembam, Slow Learner, hilang keyakinan diri dan tercicir.
Pernah saya terserempak dengan seorang pelajar saya ketika saya membeli belah di Jaya Jusco Maluri. Dia memanggil saya cikgu Cahayaku. Saya tidak kenal dengannya tetapi dia mengenali saya. Katanya saya tidak berubah masih seperti dulu. Bila ditanya dia mengatakan ketika itu dia sedang belajar di salah sebuah Universiti sedang buat degree. Saya tenung wajahnya cuba mengimbas kembali kenangan lama yang mengusik kalbu. Lantas dia mengatakan dulu dia adalah dari kelas pemulihan yang tidak boleh membaca langsung dan boleh membaca atas didikan saya. Sambungnya lagi anaknya nanti dia ingin saya yang mengajarnya. Saya kata mana mungkin saya ni dah tua entah esuk lusa saya akan pergi. Katanya lagi dia akan terus berdoa untuk saya dan dia yakin anaknya juga akan merasa sentuhan saya. Sekiranya ini berlaku akan saya muatkan didalam blog ini dimana saya adalah pendidik kanak-kanak bermasalah untuk 2 generasi. Insyaallah.
Setiap kali bila saya berjaya mendidik kanak-kanak bermasalah dan istemewa ini sehingga mereka boleh membaca, saya dapat merasakan ada satu kepuasan didalam diri saya. Dengan setiap sentuhan saya untuk mereka ketika mengajar akan mengalirnya rasa kasih sayang yang sangat mendalam. Entah kenapa ada satu perasaan yang istemewa yang telah mengikatkan saya dengan mereka.
Ya Allah........Aku bersyukur di atas segala-galanya. TERIMA KASIH ALLAH. Kaulah kekasih zahir dan batin.

No comments:
Post a Comment