Penat......memang penat sangat-sangat. Hanya ALLAH saja yang tahu. Maklumlah nak siapkan proto-type ni bukannya senang. Dalam hati dah nampak gambarannya. Memang cantik, selesa dan akan rasa seronok duduk di situ. Belum siap lagi tapi hati ini sentiasa membayangkannya. PROTO-TYPE oh PROTO-TYPE...membuatkan AKU TAK TIDUR MALAM. Hajat hati nak franchisekan pusat kemahiran cahayaku ni dan kalau dah siap akan saya uploadkan gambar proto-type di dalam blog ni untuk tatapan anda semua.
Mak nak aiskrim. Suara itulah yang selalu kedengaran pada waktu tengahari atau petang. Berapa? Tanya si ibu. Seringgit cukuplah. Ambik je kat dalam beg duit mak tu. Begitulah yang selalunya berlaku apabila si anak meminta duit dari ibunya. Kita tidak menyedari dengan tindakan kita itu membawa kepada tabiat si anak yang sewenang-wenangnya membuka beg duit si emak dan lama kelamaan akan membawa kepada mencuri.
Seorang kawan pernah bercerita tentang perihal anaknya yang suka membuka beg duitnya. Dia mengatakan bahawa anaknya pernah mencuri duit dia dan pantang nampak ada duit yang terletak di atas almari pasti kena kebas. Bila di tanya, dia mengatakan semasa kecil dia sering menyuruh anaknya mengambil duit dari begnya. Dia tidak sedar bahawa perkara tu serius sebenarnya. Dia ingatkan tak apalah dia kecik dan budak kecik tak tahu apa-apa. Hakikatnya didikan yang sedari kecillah yang akan membawa sampai ke besar.
Saya menceritakan bahawa beg duit adalah barangan peribadi begitu juga dengan telefon bimbit. Kita tidak boleh membiasakan atau menyuruh anak kita untuk membuka beg duit kita. Kadang-kadang kita malas nak bangun dan suruh anak ambik sahaja dari beg duit kita. Akibatnya dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil duit dari beg duit kita tanpa izin pada satu hari nanti. Kalau kita jaga perkara-perkara yang sekecil ini hasilnya anak kita tidak akan berani untuk menyentuh barangan kita tanpa izin.
Begitu juga dengan menipu. Kalau kita tidak amalkan penipuan dari segi percakapan atau perbuatan anak kita pun tidak pandai menipu. Sebab itulah orang tua-tua selalu mengatakan bahawa anak-anak adalah cermin ibu-bapa. Tenguk anak dia tahulah macamana mak-bapak dia. Semua orang buat silap dan tidak ada seorang manusia pun yang sempurna tetapi kalau boleh kita kurangkanlah kesilapan di dalam hidup kita.
Menjadi seorang pengusaha tadika... macam-macam perangai manusia yang saya temui. Yang jelas diakhir zaman ini kita sebenarnya telah melahirkan tuan. Kenapa? Sebab mak-bapak dizaman moden ini lebih mendengar cakap anak. Kalau anak tidak mahu kesekolah dia akan mengatakan yang anaknya malas nak kesekolah dan biarkanlah cikgu tak apa. Jangan beri anak saya kerja rumah. Jangan itu dan jangan ini. Macam-macam alasan dan kerenah yang terpaksa saya hadapi. Adakalanya terlintas di hati, belasah je anak tu pandailah dia nanti nak kesekolah. Yang pasti, sekali sekala kita kena juga merotan anak ni. Kalau tidak dia akan naik mua dan manja berlebihan. Maksud merotan disini ialah kalau anak tu sudah melakukan satu kesalahan yang agak serius kita kenalah belasah dia. Jangan pulak kalau salah sikit pun nak merotan itu dah tak betul jawabnya.
Walauapapun keadaannya, institusi kekeluargaan itu sangat penting. Bergantung kepada kita sebagai ibu-bapa untuk mencorakkan anak kita. Yang pasti didikan itu biarlah sederhana dan janganlah keterlaluan. Terlebih tegas pun anak akan rasa tertekan dan kalau terlebih biar pun anak akan jadi rosak. Ibaratnya jadikanlah didikan itu seperti kita bermain dengan layang-layang. Kita lepaskan kemana layang-layang tu nak terbang dengan tali yang masih terikat di tangan kita. Kalau dah terlalu jauh kita tarik semula ke bawah. Pastikan ia terbang dengan berpandukan arah dari tali yang kita pegang.
Bukan senang nak didik anak-anak ni. Anak saya semuanya sudah remaja dan adakalanya saya masih lagi bertanya kepada kawan-kawan macamana dia menghadapi kerenah anak-anak remaja. Ada diantara mereka yang sudah bermenantu dan bercucu. Anak saya masih lagi belajar. Syukur alhamdulillah anak saya menjanjikan PHD untuk saya. Saya ingin sekali anak saya mendapat gelaran dr atau prof. Insyaallah saya yakin dengan kemampuan anak saya kerana sehingga kini dia masih memberi tumpuan kepada pelajaran dan tidak mempunyai teman wanita yang istimewa. Harap-harap dia akan tunaikan cita-cita saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Madah Penyelidik Senior Cahayaku
Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...
-
Ini surat pengesahan dari Doktor Pakar. Dan ini adalah catitan darinya. Nama: Luqman Hakim Tarikh Lahir: 21/11/2000 Tarikh mula belajar &am...
-
Cahayaku System is a system / concept / technique based on spiritual towards emotional excellence to generate develop as well as intel...
-
Akhirnya saya boleh menarik nafas panjang tanda lega.....prototypeku siap 100%. Beberapa bulan kebelakang ini memang saya sibuk mengendalika...
No comments:
Post a Comment