Sunday, April 10, 2011

PENING KEPALA

Diatas permintaan anak sedara LUTFI LOKMAN... aunty menulislah jugak. Memang kena update blog ni. Betul katanya. Nak tunggukan Shidi. Manalah dia tak masuk-masuk lagi ni...Where are you Shidi?

Kadang-kadang saya tidak faham dengan fikiran ibu-bapa sekarang ni. Mereka seolah-olah tidak mahu menerima kenyataan bahawa anak mereka adalah KANAK-KANAK ISTEMEWA. Pernah saya menerima panggilan telefon dari seorang ibu ingin berjumpa dengan saya untuk memasukkan anak mereka kekelas cahayaku. Dari perbualan saya sudah merasakan bahawa anaknya adalah anak istemewa. Dia menjawab semua pertanyaan saya dan dari jawapannya saya tahu dan dapat mengagak dari kumpulan manakah anaknya. Adakah hyperaktif, autism, lembam, ADHD atau sebagainya. Saya setuju untuk berjumpa dengannya dan sudah bersiap sedia dengan apa yang akan saya hadapi dan terima nanti.

Pada hari yang ditetapkan kami pun berjumpa di tadika dan teramat...amat....amat terkejutnya saya. Melihat secara fizikal anaknya yang kembar itu, saya yang sah-sah bukannya seorang doktor dapat menilaikan anaknya memanglah dari kalangan kanak-kanak istemewa yang boleh mendapat kad OKU lagi. HAIRAN sungguh HAIRAN kedua-dua ibubapa ini masih mengatakan anak mereka NORMAL. Apalah salahnya menerima hakikat dan kebenaran tentang pemberian ALLAH kepada kita. Puas saya nasihat kepada mereka, mereka masih mengatakan NORMAL cikgu.

Saya hanya terkedu dan memandang kearah suami saya sambil mengangkat kening. Ya ALLAH apa yang harus aku lakukan. Terkeluar dari mulut saya kata-kata bahawa kita adalah dari kalangan keluarga yang istemewa juga disisi ALLAH sebab itu kita mendapat anak-anak yang istemewa. Cuba kita perhatikan di sekeliling kita bukan semua orang yang memiliki anak yang sebegini dan kita kena rasa bersyukur dan redha diatas pemberiannya. Tujuan saya hanya ingin dia menerima hakikatnya tentang anaknya supaya saya senang untuk mendidik. Usaha saya hanya sia-sia kerana dia mengharapkan saya dapat mengajar anaknya membaca dan bercakap dalam masa 3 bulan. Dalam hati saya berkata ingat AKU NI MALAIKAT KE APA... manalah mungkin. Saya sendiri tidak tahu sejauh mana kemampuan saya dan terus terang saya katakan saya akan cuba menolong dan kalau untuk 3 bulan minta maaf. Saya tak berani. Apa yang saya terima ialah kata-kata yang kurang menyenangkan kerana terlalu marahnya dia kepada saya. Dengan perasaan marah dia terus meninggalkan saya, yang memandangnya dengan penuh tanda-tanya.

Saya kerap juga menerima anak-anak yang bermasalah yang telah dihantar oleh pihak HUKM kepada saya diatas inisiatif doktor dan jururawat dihospital tersebut. Banyak juga panggilan telefon yang saya terima memanggil saya DOKTOR. Pernah saya mengatakan kepada mereka bahawa saya ni bukannya DOKTOR dan jangan harapkan MIRACLE dari saya. Saya hanya akan menolong melalui pengalaman saya saja dan apa yang terdaya. Dengar penjelasan sebegitu ada yang mengatakan kepada saya bahawa saya lebih lagi daripada doktor sebab doktor tak boleh buat budak-budak istemewa membaca tetapi saya ada kebolehan di situ. Terlintas di hati tidak ada ke pihak-pihak universiti atau siapa-siapa yang berkenaan nak anugerahkan gelaran DOKTOR FALSAFAH kepada saya. Beranganlah sekejap. Tak apa sekali-sekala perlu juga jadi MAT JENIN. Manalah tahu entah-entah Sultan Selangor satu hari nanti menganugerahkan gelaran 'SERIKANDI NEGARA' ke... kepada saya. Yang baru saya cipta. Ada ke anugerah yang sebegitu? Maklumlah saya ni kan anak Selangor. Tapi siapalah kitakan.

Dah puas merepek pagi-pagi ni. Ini pasal Lutfi lah ni. Balik-balik kepada cerita kita. Memang ramai ibu-bapa yang sebegitu. Ada tu memang dah tahu pun yang anak mereka istemewa tetapi saja nak berlebih-lebihan. Masih jugak mengharapkan yang anak mereka boleh bercakap dan membaca dalam masa 3 bulan. Manalah mungkin. PENING KEPALA dengan kerenah orang-ramai ni. Tapi tak boleh nak salahkan mereka juga sebab itu adalah harapan mereka. Mengharap tidak salah samalah macam mencintai tidak semestinya kita memiliki.

Walauapapun saya tetap akan cuba selagi terdaya kerana JIWA PENDIDIK saya tidak boleh menolak. Apa yang akan saya katakan SAYA AKAN CUBA..........INSYAALLAH. Ok Pi macamana? Bacalah cerita aunty yang merapu ni tetapi ia tetap KISAH BENAR.

Junpa lagi BLOGGERS di lain topik.........




6 comments:

eiyMail said...

Puan Chahaya,

Saya macam puan juga.Tak pandai guna teknologi komputer.Walaupun muda :).kerap kali saya cuba Comment tapi tak dapat2.(termasuk la post2 sblm ni..huhu)

Pendapat saya, ibu bapa kena terima kelebihan dan kekurangan anak2.Sebagai ibu bapa kita kena tunjuk THE BEST dan lakukan yang terbaik untuk mereka.berikan semangat kepada mereka sekiranya mereka 'jatuh'. Bukankah 1 kerugian kepada ibu bapa tersebut kerana telah bertemu guru yang terbaik untuk mengajar anak2 mereka.Tetapi disebabkan hakikatnya yang nyata dan jelas tentang kekurangan anak2nya tidak boleh diterima, serta perasaan marah dan ego telah MELEPASKAN PELUANG kpd anak2nya untuk belajar membaca.(setahu saya Cahayaku adalah tadika yang terbaik bukan untuk kanak2 normal sahaja malah sebaliknya)

Tidakkah terfikir kesan kepada anak2 apabila dewasa nanti tetapi tidak pandai membaca. BAyangkan untuk mengeja dan membaca nama pun tidak tahu. sedihkan?

Sekurang kurangnya, walaupun keadaan ank tidak senormal anak-anak orang lain.Tetapi anak-anak boleh membaca.Percayalah, setiap anak2 ada klebihan tersendiri.mungkin bakat yang mereka ada ibu bapa tak nampak tetapi guru yang nampak.BAgi saya, anak2 bukan tak pandai.tetapi teknik untuk mendidik atau mengajar diaorang kena betul dan biar kena cara dan gayanya, kalau anak2 yang mempunyai keistimewaan.Janganlah kita pandang hina kpda kanak2 istimewa ini..kerana mereka adalah ISTIMEWA

Roshidi Abu Bakar said...

I'm here aunty... hehehehe... dlm mggu nie sy akan upload segala video yg dlm pembikinan... Harap bersabar... kenapa sy akan upload mggu nie??? Coz mggu depan nk jmpa aunty... Merah telinga sy nnt kalo jmpa aunty tapi gamba tak upload lagieee.... wakakakaka...

Anonymous said...

harapnya budak tu wil be alright.

cahayaku said...

eiy: betul tu....ibu-bapa kena terima hakikat bahawa jari ditangan pun tak sama saisnya apalagi anak kita. ada yang pandai dan ada yang kurang. malangnya tidak semua boleh menerima sekiranya anak mereka mempunyai kekurangan. jangan terkejut ada yang sanggup menyembunyikan anak mereka dari orang ramai kerana malu. anak tidak dihantar kesekolah atau kekelas kelas kemahiran. ada diantara ibu-bapa itu dikalangan orang-orang yang elit.

cahayaku said...

shidi: its ok.....take yr time...not to worry.

cahayaku said...

anonymous: nobody knows what happen to those children. anyway God will take care of them.

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...