Esuk pada pukul 12 tengahari mulalah perjalanan saya untuk mengajar murid-murid di sekolah menengah yang masih terkial-kial untuk membaca. Guru sekolah sudah kenal pasti akan beberapa orang pelajar yang memerlukan bantuan. Teringat kembali sewaktu mengajar murid-murid pemulihan dari darjah 2 sehingga 6. Kesian tenguk budak-budak ni bukannya mereka tak pandai cuma tak kena dengan kaedah.
5hb April 2011 janji dah di buat untuk mengadakan kelas tambahan di sebuah sek men dan segala peralatan telah disediakan. Kita hanya merancang dan ALLAH yang menentukannya. Kalau ketentuan ALLAH mengatakan belum sampai waktu dan rezeki untuk budak-budak tu pandai membaca maka akan ada saja halangannya.
Pada cuti sekolah yang baru ni saya mendapat berita bahawa pengetua di sek men tu dimasukkan ke hospital kerana batuk dan selsema. Sungguh menyedihkan pengetua tersebut berada di dalam keadaan 'koma'. Saya terima berita tu dengan sedih dan mengatakan kalau ada rezeki budak-budak tu pihak sekolah akan menelefon saya semula. Pada minggu lepas mereka menelefon saya lagi dan membuat segala persediaan dan tarikh yang saya pilih ialah pada hari ini.
Pukul 11 pagi tadi mereka menelefon lagi dan mengatakan bahawa program bacaan itu terpaksa di tunda kerana penolong kanan yang baru di lantik itu mengatakan bahawa ada beberapa procedure yang harus di ikuti. Pada mulanya dia tidak mengatakan demikian dan akan mengeluarkan surat jemputan untuk saya. Penolong kanan mengatakan bahawa urusan dulu ialah bersama dengan pengetua dan memandangkan pengetua tidak ada jadi semuanya kena di bincangkan semula. Tidak menjadi hal bagi saya cuma kesiankan budak-budak tu.
Saya mengharapkan agar pengetua di sek men tu cepat sembuh kerana urusan ini adalah di atas pengetahuannya.
Urusan untuk hari ini tak jadi nampaknya. Saya mengambil keputusan untuk mengambil gambar proto-type saya tu je. Video man saya kali ini bukanlah Lutfi Lokman anak sedara saya tu tetapi kawannya Roshidi Abu Bakar. Dia telah pun mengambil video proto-type saya yang baru siap 40 peratus dan dia akan uploadkan di dalam blog ni. Sama-samalah kita tenguk hasilnya nanti.
Minggu depan saya nak ambil video budak-budak OKU yang dah pandai baca. Lepas tu akan saya ambil video proto-type saya yang dah siap dan akan saya uploadkan di blog ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Madah Penyelidik Senior Cahayaku
Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...
-
Ini surat pengesahan dari Doktor Pakar. Dan ini adalah catitan darinya. Nama: Luqman Hakim Tarikh Lahir: 21/11/2000 Tarikh mula belajar &am...
-
Cahayaku System is a system / concept / technique based on spiritual towards emotional excellence to generate develop as well as intel...
-
Akhirnya saya boleh menarik nafas panjang tanda lega.....prototypeku siap 100%. Beberapa bulan kebelakang ini memang saya sibuk mengendalika...
6 comments:
semoga semuanya berjalan lancar :)
kami menunggu sentuhan roshidi abu bakar!! hehehe.. semoga berjaya auntie!!
saiful rancangan tergendala sebentar kerana pengetua sekolah tu koma.....doakan dia sembuh supaya semuanya berjalan lancar....
sentuhan roshidi yg pertama tu lah dia keratan akhbar dari kosmo ekstra....sentuhan yg seterusnya dia tak upload lagi aunty menunggu dgn penuh .........shidi bila lagi nak upload ni den dah tak sabar!!!!pi rahmatnya visa pi hilang ialah aunty nak dpt blog...kah...kah...kah....apapun kerana pi lah semuanya menjadi kalau tak aunty buta terus dgn komputer ni. kalau tak berjaya kita sekeh roshidi...JGN MARAH YA AUNTY BERGURAU...dia lah ganti pi disini...Tenguk sentuhan roshidi berapi tak?
Kalo aunty nak lagi berapi nanti saya beli petrol 2 hengget... kita bakorr jerr... hehehe...
Di kalau berapi yang tu Di tak payah ajar aunty, 1 Malaya pun boleh berapi aunty kerjakan. Macammana nak temankan aunty ke buat projek berapi ni. Kita nak mula kat mana? U just name it.... i'll be there.Hai...tak sangka anak sedara angkat ni pun gila-gila macam anak sedara kat Mekah tu....
Post a Comment