Setiap hari boleh dikatakan perjalanan hidup saya hampir serupa. Pada jam 8 pagi saya akan ke tadika untuk mengajar budak-budak membaca. Walaupun mempunyai pendidik yang memang berpengalaman untuk mengajar tapi saya lebih suka "TURUN PADANG' untuk melakukan tugas-tugas yang boleh menyenangkan hati.
Pada pertengahan bulan lepas ada seorang budak autistik telah mendaftar di tadika dan dia berusia 4 tahun. Hrs namanya. Mula-mula masuk je dia dah menangis seperti juga sesetengah budak-budak yang lain. Cikgu mana yang menyambutnya pada pagi tu, cikgu itulah yang dia akan ikut. Kemana-mana saja cikgu tu pergi dia akan menjadi bayang-bayang kepada cikgu tersebut. Lain pula dengan Om. Dia juga autistik. Adakalanya menangis dan adakalanya ok je dan boleh dikatakan bergantung kepada mood juga. Iq pun autistik dan boleh di golongkan didalam kategori yang baik kerana tidak pernah menangis atau mengamuk. Ilh autistik yang agak agresif. Lain pula dengan Ad. Kalau dulu dia memang suka mengamuk tapi kini dia sudah mendengar kata setelah dia pandai membaca. Ad sudah boleh membaca suratkhabar dan kini dia membaca buku Bahasa Inggeris Cahayaku. Apa yang saya perhatikan, perangai Ad sudah banyak berubah. Budak-budak ini saya campurkan dengan budak-budak normal. Saya ingin mereka berkawan dan dengan pergaulan yang sedemikian lama kelamaan budak-budak autistik ini boleh bercakap setelah dia pandai membaca. Insyaallah.
Setakat 12hb April 2011 saya dapat melihat beberapa perubahan terhadap kanak-kanak autistik. Contoh..kalau dulu mereka tidak mahu beratur tetapi sekarang ni Iq, Om dan Ilh sudah boleh beratur dan boleh mendengar arahan. Cuma ada masanya apa yang kita ajar mereka tidak mahu ikut tetapi bila dibiarkan dengan tiba-tiba saja apa yang kita ajar sebentar tadi mereka akan sebut semula. Om sudah boleh menyebut a..b...c...dan seterusnya begitu juga dengan 1...2...3. Manakala Ilh sudah boleh menyebut anggota badan, baca bismillah, amiin dan menyebut warna biru dan merah. Manakala untuk bacaan dah boleh menguasai vokal dan itu pun bergantung kepada mood. Tentang motor halus pula akan mengambil masa untuk memantapkannya tapi kini sudah mula mewarna gambar-gambar yang mudah. Bukan senang untuk mengajar mereka kerana cikgu memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Untuk memilikinya kita mestilah menyayangi mereka.
Kalau bercerita tentang cikgu pula, semasa saya mengendalikan kursus cahayaku saya lebih suka bertanya kepada para peserta siapa yang ingin menjadi cikgu, guru atau pendidik. Adakah mereka memilih jawatan menjadi guru tadika diatas kerelaan mereka sendiri berdasarkan pada minat? Bermacam-macam jawapan yang saya terima. Ada yang pilih cikgu begitu juga guru dan pendidik. Kebanyakannya memilih cikgu. Hanya segelintir sahaja yang akan memilih pendidik. Pada pandangan saya cikgu adalah seseorang yang mengajar dan kemudian menerima gaji. Dia tidak peduli samada pelajar itu faham atau tidak dengan ajarannya dan didalam hati dia akan berkata kau dapat ke tak dapat ke peduli apa aku. Walau macammanapun aku tetap dapat gaji. Manakala guru pula dia akan pastikan yang pelajar dia faham dengan apa yang disampaikan dan hanya setakat itu sahaja. Yang paling elok sekali adalah jiwa seorang pendidik kerana dia akan mendidik dari setiap aspek iaitu "emotional quality' dan 'intelectual quality'. Pendidik yang begini akan mengadakan kelas tambahan dengan percuma, ambil tahu tentang hal ehwal pelajar contoh kalau pelajar tidak hadir akan pastikan pelajar tersebut berjumpa dengan guru semasa rehat atau sebelum balik untuk diberikan penerangan tentang topik-topik yang tertinggal. Cuba mendekatkan diri dengan pelajar sekiranya mendapati pelajar itu bermasalah.
Untuk pengetahuan guru-guru diluar sana sekiranya murid sayangkan guru, murid tersebut akan sedaya upaya untuk cuba mendapatkan markah yang tinggi bagi matapelajaran yang diajar oleh guru tersebut dan sekiranya murid itu benci dengan guru tersebut markah matapelajaran yang diajar oleh guru itu akan merudum. Semasa saya disekolah menengah dulu saya benci dengan Mrs Azh dan Mrs Azl. I hate you guys because you are so fierce and you like to pinch the students. Di sebabkan oleh kebencian itu matapelajaran biologi dan chemistry saya tidak pernah mendapat markah yang tinggi. Kalau mereka hidup lagi harap-harap mereka baca blog ni. Dah lah garang, sombong dan suka merotan dan mencubit pula. Tak pernah senyum pun. Apalah salahnya menegur dengan cara yang baik. Lain pula dengan markah matematik saya ketika itu. Saya selalu gagal dan oleh kerana saya mendapat guru pengganti yang sungguh baik dan kerana saya sayangkan cikgu tersebut saya telah mendapat markah yang tinggi iaitu 98%. Guru kelas sungguh terkejut dengan pencapaian saya pada waktu itu. Kenapa pencapaian saya menjadi begitu drastik? Ini adalah kerana saya ingin membahagiakan orang yang saya sayang dan saya akan ikut apa saja yang di katakan oleh guru tersebut.
Ini lah konsep cahayaku. Sekiranya murid sayang dengan guru murid akan sayang dengan cahayaku. Guru-guru cahayaku memang dilatih untuk menjadi seorang pendidik yang bertanggung jawab dan penyayang. Kata-kata penceramah kami....TARZAN dibela oleh beruk dan dia berlagak seperti seekor beruk manakala MOWGLI di bela oleh serigala dan dia pun berlagak seperti seekor serigala. FIKIR-FIKIR kanlah.

4 comments:
Juga kata2 Penceramah yg tak akan dilupakan "hanya manusia yang boleh mengajar anak manusia menjadi manusia "...manusia yang macamana? Renung-renungkan.
Pendidik..ya, bukan senang nak cari pendidik sekarang.Pengalaman saya lebih kurang seperti di atas. Sejarah mata pelajaran yang majoriti semua orang tak suka termasuk saya.Benci!kenapa?fakta dan perlu ingat.Stress bila exam dekat..tapi form 4 seorang pendidik telah mendidik saya matapelajaran sejarah dgn baik sekali.benci telah bertukar menjadi sayang..kalo dulu saya susah nak ingat tapi sebaliknya..minat telah datang tanpa saya sedar.Hasilnya SPM saya dapat A1.
Welldone to Chahayaku kerana mengunakan konsep pendidik..all the best!
shida: memang susah untuk mencari seorang pendidik yang betul-betul dedikasi diatas tanggungjawabnya. dizaman sekarang ni manusia menjsdi semakin stress akibat tekanan kehidupan dan persekitaran yang semakin mencabar. untuk mencari seorang guru selain daripada temuduga, ujian keatas emosi juga kena dilakukan kerana ini penting. hanya emosi yang stabil sahaja boleh mengajar anak manusia yang lain.
eiymail: tq....CAHAYAKU adalah satu sistem yang sungguh berbeza sebab tu pendekatan kita terhadap murid juga berbeza. hanya dengan kasih sayang dan perhatian boleh membuat seseorang itu berubah. kalau murid sayangkan cikgu ajaran akan menjadi tersangat mudah. senang sangat serap di dalam jiwa murid dan kelas tersebut akan menjadi satu penantian.
Post a Comment