Thursday, April 28, 2011

SNOW WHITE ku pelat.






Nama taye (saya) Nor ...mmm...aa....(sambil berfikir)a..a.. aaani....itulah yang akan terkeluar dari mulut seorang kanak-kanak perempuan yang sungguh comel, montok, gebu dan sangat petah bercakap. Siapa yang tak geram kalau tenguk dia. Seronok emaknya kerana bantal peluk yang dianugerahkan oleh ALLAH sangat special. Tiap-tiap hari dia akan mencari saya untuk membaca kerana dia sudah 'KETAGIH'. 'Tekdu (Cikgu) nak baca' itulah kata-kata dia setiap kali melihat wajah saya. Bagi saya pula pantang nampak si 'mungel' ni akan saya gomol-gomol dan cium dia. Kalau saya tanya dia siapa nama saya dia akan jawab tekdu taye (cikgu Cahaya) tapi sekarang ni dia dah boleh sebut cikgu tapi masih lagi taye. Emmm..bolehlah tu Hani taye pun taye lah.

Lupa pulak nak perkenalkan simanja saya ni. Namanya Nur Iklil Tihani. Umur 4 tahun 4 bulan tapi sudah pandai membaca. Tahniah Hani... hari ini dia berjaya menghabiskan buku 1 cahayaku dan minggu depan akan masuk ke buku 2. Kerana kegebuan dan keputihan kulitnya saya telah memanggilnya Snow White. Selain daripada Snow White ada juga Sleeping Beauty di tadika. Kalau dah gelarannya Sleeping Beauty tau-tau ajelah. Datang ke tadika agak lewat dan kadang-kadang hampir pukul 8.30 pagi dan sudah pastinya tidur, tidur, tidur. Dia akan bangun apabila sampainya waktu sarapan pagi. Tau-tau aje..... Herannya, kalau dah tidur diangkat atau didukung pun dia tidak akan bangun. Bak kata orang bunyi bom meletup pun dia tidak akan terjaga. Walau apa pun keadaannya si Sleeping Beauty ni tetap boleh membaca. Dah lama habis buku pra-baca dan dia baru berumur 4 tahun. Sekarang ni masuk buku 1.

Berbalik-balik kepada si Snow White saya ni walaupun dia pelat dia tetap boleh membaca dan insyaallah lama kelamaan pelatnya akan hilang. Teks-teks yang diatas adalah teks yang telah dibaca oleh Hani. Hani mula membaca pada 6-01-2011 dan pada hari ini 28-04-2011 dia sudah pun menamatkan buku 1. Untuk kanak-kanak yang seusia dia dengan masa pembelajaran dalam seminggu bukanlah hari-hari, ini memang sudah menunjukkan bahawa cahayaku adalah satu sistem yang sangat mudah. Setiap kali saya mengajar Hani saya seronok sangat mendengar bacaannya yang kuat dan jelas cuma ada beberapa sukakata yang agak susah dia nak sebut. Contoh so akan jadi sto dan ada satu dua lagi yang sebutannya lain sikit bila didengar. Kepelatannya ini telah menunjukkan betapa manjanya si Hani di rumah. Anak mak ke anak ayah? Anak mak ke anak ayah? Saya pun tak pernah bertanya tapi saya rasa si Hani ni anak ayah. Yakin yang dia manja sangat dengan ayahnya. Kepada ibu-bapa Hani kalau betul tekaan akak ini mintak komen sikit dari segi bacaan.

2 comments:

Saiful Nizam said...

tersenyum saya di pagi hari.. terima kasih berkongsi kisah :)

salam jumaat~

cahayaku said...

Saiful...untuk education ni tak ada banyak cerita yang boleh dipaparkan. hanya tentang budak-budak, pengalaman dan buku-buku atau sistem pembelajaran. insyaallah nanti akan ada kisah tentang pelajar disleksia yang teruk dan akhirnya boleh membaca dengan kaedah cahayaku dalam masa 6 bulan. cuba untuk mendapatkan repot doktor pakar dari ibu pelajar tersebut.

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...