Monday, May 9, 2011

Cikgu.... Saya disleksia. (Translated)

Ini surat pengesahan dari Doktor Pakar.
Dan ini adalah catitan darinya.

Nama: Luqman Hakim Tarikh Lahir: 21/11/2000
Tarikh mula belajar & guna sistem Cahayaku: 2/10/2010

Disleksia bukannya satu penyakit. Ia merupakan salah satu daripada gangguan yang biasa dihadapi oleh kanak-kanak di dalam pembelajaran. Biasanya masalah yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja dan mengira. Mengikut kata pakar kanak-kanak disleksia mempunyai daya pemikiran yang normal dan disleksia dirujuk kepada mereka-mereka yang mempunyai masalah menulis dan membaca. Bagi saya kanak-kanak disleksia pula boleh dikatakan hampir kesemua perbuatan dan perkataan atau apa yang difikirkannya terbalik dan bergantung kepada tahap masalah tersebut. Contoh kiri dan kanan terbalik, ayat yang disebut dan difahami terbalik, penulisan terbalik, mengeja terbalik, perbuatan pun terbalik contoh memakai kasut dan menunjuk arah dan banyak lagi. Disleksia tetap disleksia dan tidak mungkin boleh diubati cuma kita boleh mengajar pelajar tersebut mengadaptasikan perbezaan antara dia dengan persekitaran.

Mereka bukanlah cacat dan ada diantaranya terdiri daripada orang-orang yang terkenal di dunia. Setiap pelajar yang mempunyai masalah disleksia tidaklah sama dengan pelajar disleksia yang lain. Ada yang susah untuk menyebut perkataan yang panjang dan sukar juga untuk mempelajari turutan seperti abc...., mengira 123.... sifir dan nama bulan. Yang penting mereka bukanlah tergolong daripada golongan yang bodoh.

Dari info yang diperolehi dan saya QUOTEkan semula: "Di Malaysia, kanak-kanak yang telah disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memperoleh bantuan RM150 sebulan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah seliaannya."

Bagi sistem cahayaku kanak-kanak disleksia paling mudah untuk kami tangani kalau dibandingkan dengan pelajar-pelajar istemewa yang lain. Macamana teruk sekali pun tahap disleksia mereka insyaallah boleh diselesaikan dengan cepat melainkan pelajar disleksia itu memiliki ciri-ciri special yang lain.

Lokman adalah seorang pelajar yang telah dikategorikan sebagai pelajar disleksia yang teruk (mengikut kata ibunya). Telah berusaha untuk belajar dari satu centre ke satu centre yang lain sehinggalah berjumpa dengan 'cahayaku" melalui seorang kenalan. Hasilnya dia telah mula berubah dari seorang pelajar yang hilang keyakinan diri, pendiam dan pemalu kepada pelajar yang ceria dan mula bercakap sekiranya disoal. Kini Lokman telah membaca cahayaku buku 2 dan mula mengikuti kelas ini pada 2-10-2010 setiap hari Sabtu selama 1 1/2 jam seminggu sekali. Insyaallah akan saya uploadkan surat-surat pengesahan dari dokor pakar dan saya bersyukur kerana mendapat kerjasama daripada ibu Lokman. Tujuan kami melakukan ini adalah untuk memberi harapan kepada mereka-mereka yang mempunyai masalah yang serupa. Untuk ibu Lokman jutaan terima kasih kerana anda sungguh memahami niat kami.

Teacher... I'm dyslexic.

Dyslexia is not an ailment. It is a simple interference in the child’s learning process; whether in reading, writing or arithmetic. According to experts they have normal cognitive skills; dyslexia refers to problems in reading and writing. To me, dyslexia is an all encompassing issue regarding behaviours and language skills. They tend to confuse left to right, write letters in reverse, wear shoes the wrong way around and so on. One can’t fix dyslexia, what we can do is to help them adapt to the problems and environment.

They are not disabled; some of the best humans in the world are dyslexic. Every dyslexic problem is different; some have problems with long words, others have problems acquiring the letter sequence, times table or even name of the month. They are however not stupid.

One info states that in Malaysia dyslexics are registered under the disability group (OKU), are able to carry the OKU card from the department of social service (JKM) and are able to request RM 150 a month from the state department of education should they follow remedial classes.

Dyslexic children are one of the easiest problems that can be solved by the Cahayaku system, especially when compared to other special children. No matter how complicated the issue is they can be handled swiftly.

Lokman, one of my students, is categorized as one of the more severe dyslexic issue (according to the mother). He changed from one learning centre to another, until his parents heard of Cahayaku from a friend. Now he has gained his self esteem, no longer the quiet and shy student that he was. Now he is able to read the second book of the series and only started learning from October 2010; classes only for one and a half hour once a week. The letters (from child experts in regards to Lokman’s problem) here are uploaded with permission from his parents, many thanks to them. The reason why we do this is to give hope to other with similar issues. Again, many thanks to Lokman’s parents for understanding the objective of this entry.

2 comments:

Azlinda Ahmad said...

salam. macam mana nak mula pergi refer ke doktr pakar tu ye? saya suspek anak saya juga ada disleksi ni.

azlinda_Ahmad@yahoo.com

cahayaku said...

Wkslm....setahu saya kita kena dapatkan referal letter dari doktor biasa dulu untuk mereferkan anak kita kepada doktor pakar kanak-kanak di hospital. selalunya mengambil masa yang agak lama. kena queue. Apa pun jangan susahati kerana cahayaku boleh menyelesaikan masalah disleksia walaupun yang teruk. Saya pernah mengajar budak yang membaca dan menulis seperti tulisan didalam cermin. Alhamdulillah budak itu berjaya membaca dan menulis seperti biasa walaupun adakalanya terbalik juga tapi tidaklah seteruk dulu.

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...