Hari ini 18 Mei saya telah menjejakkan kaki ke Sekolah Kebangsaan, di Kuala Lumpur sebagai seorang perunding bagi progam LINUS. Dah lama tak buat kerja ni sejak penglibatan saya dengan SK Gombak pada satu ketika dulu. Lain rasanya bila saya menghadirkan diri buat kali pertamanya disini. Maklumlah difikiran saya sudah pasti akan bermain seribu satu persoalan tentang sekolah, murid dan guru. Memang pada hakikatnya kita menghadapi masalah membaca disekolah-sekolah rendah dan menengah walaupun ada beberapa pihak yang menafikannya. Adakah masyarakat tahu tentang permasalah ini? Entahlah dalam perkara ini memang susah kita nak cakap kerana melibatkan beberapa badan kerajaan tetapi sampai bila.........siapa yang ingin menyelesaikan masalah ini? Tepuk dada tanyalah selera......jangan sampai perkara seperti ini menjadi semakin serius.
Saya memang prihatin dengan masalah membaca kerana masalah ini jika tidak diselesaikan akan menimbulkan masalah-masalah yang lain yang akan melibatkan akhlak. Masalah membaca ini memang serius kerana ini adalah ASAS kehidupan bagi segala-galanya dalam dunia serba moden ini. Bagi melaksanakan program ini saya sendiri telah mengorbankan masa saya, tenaga dan merupakan satu sumbangan saya untuk generasi yang akan datang dan untuk dunia pendidikan. Hakikatnya saya tidak dapat melakukan perkara ini selama-lamaya berpandukan kepada masa, usia dan persekitaran. Harapan saya agar kerajaan boleh membuka mata untuk mengadaptasikan sistem ini di Kelas-Kelas Pemulihan sekurang-kurangnya sebelum terlambat.
Hari ini sahaja ada 43 murid yang bermasaalah dan mungkin angka ini akan bertambah lagi . Bagi saya lagi ramai yang dimasukkan kekelas saya lagi bagus supaya dapat saya selesaikan masalah ini secepat mungkin. Tujuan saya hanya satu ingin memperbaiki emosi mereka dengan meningkatkan keyakinan diri pelajar-pelajar ini. Tentang faktor-faktor kenapa terjadinya begini ada banyak sebab yang perlu kita fikirkan. Salah satu sebab yang paling ketara adalah kerana SISTEM. Sistem yang ada sekarang tidak melibatkan logik akal didalam pembelajaran dan ada tu menambahkan beban kepada pelajar dan guru ketika belajar dan mengajar. Zaman yang serba canggih ini anak-anak kita lebih cepat menerima pengajaran yang melibatkan logik akal.
Bagi cahayaku memang ada logik gabungannya dan dengan kaedahnya yang cepat, mudah dan berkesan saya yakin masalah ini boleh diselesaikan secepat mungkin.
Beberapa bulan yang lalu saya telah dijemput oleh sebuah sekolah menengah dimana dengan tiba-tiba Guru Besarnya telah koma dan dimasukkan ke ICU dan perkara ini masih lagi tergantung. Walauapa pun saya memang mengharapkan bahawa pada tahun 2020 Malaysia akan menjadi sebuah negara yang Sifar Buta Huruf. Adakah matlamat ini akan tercapai dengan sistem membaca yang ada sekarang? Kita saksi dan lihat sahaja sejauh mana permasalahan ini mendapat perhatian dari pihak-pihak yang tertentu. Kita lihat dan tunggu......atau adakah anak-anak kita akan jadi semakin mundur didalam pembelajaran?

No comments:
Post a Comment