Asalammualaikum cikgu.......terdengar suara seorang lelaki memanggil saya. Terpinga sekejap dan cuba mengimbau kembali siapakah lelaki tersebut. Bila dia tanya samaada saya masih mengajar lagi baru saya teringat yang dia adalah ayah kepada salah seorang murid saya yang pada ketika itu masih lagi tidak boleh membaca. Sudah pasti.
Bagaikan komputer didalam fikiran, saya cuba mencari ayah siapakah dia dan wajah murid yang pernah saya didik pada satu masa dulu. Bila dia melihat keadaan muka saya yang agak BLANK pada ketika itu dia pun terus menyebut nama anaknya. Alhamdulillah ingatan saya masih kuat, dimana waktu itu anaknya boleh diketegorikan didalam kanak-kanak yang lembam. Dia dari kelas pemulihan dan kalau tak salah saya anaknya ketika itu berumur 9 tahun.
Apa yang saya fikirkan selama ini telah pun terjawab. Terima kasih Allah. Siapa sangka anak murid lembam yang pernah saya ajar membaca pada satu ketika dulu telah pun menduduki peperiksaan SPM pada tahun lepas. Bukan semua murid yang saya ajar saya tahu perkembangan mereka. Biasalah bila apa yang mereka inginkan sudah tercapai jarang yang datang berjumpa dengan saya menceritakan perkembangan anak masing-masing. Selalunya saya dapat berita dari mereka bila terserempak dengan tak sengaja samada di petrol stesen atau di shopping mall.
Ayahnya cuba mengimbau kembali saat-saat saya mendidik anaknya. Saya dapat rasakan yang airmata saya jatuh kedalam kerana terlalu gembiranya saya. Ayahnya terus mengatakan "TERUSKAN USAHA MURNI CIKGU TU" dan kata-kata itu seolah-olah memberi semangat kepada saya untuk terus berjuang demi mereka-mereka yang memerlukan. Katanya lagi membaca semua orang boleh ajar tetapi yang penting jiwa anaknya yang telah saya bentuk itu yang lebih bermakna. Akibat ketagihnya dia membaca anaknya menjadi rajin untuk belajar. Alhamdulillah anaknya telah pun mendapat 4A dan 4B+ didalam ujian SPM yang lalu. Saya turut berbangga kerana dia telah berjaya setakat ni. Siapa sangka budak lembam saya sebenarnya budak yang cerdik. Membaca adalah asas dan kunci semua kejayaan. Sekiranya seorang kanak-kanak itu tidak boleh membaca segala-galanya akan tercicir.
Sebenarnya adalagi seorang kanak-kanak dari kelas pemulihan. Setelah pandai membaca hasil dari didikan saya pelajar itu telah dibenarkan oleh doktor untuk menduduki peperiksaan UPSR. Ada lagi....ramai lagi.....kanak-kanak lembam, OKU, terencat akal yang telah berjaya MEMBACA.

4 comments:
testing komen.
oke. testing diterima
maaf bertanya.
apa pendidikan yang sesuai untuk aknak-kanak lembam?
ada ke kelas atau sekolah istimewa untuk mereka?
apakah ajaran yang paling sesuai untuk mereka?boleh kongsi kn mengikut pengalaman cik?
terima kasih..
Atika.....cara saya sungguh berbeza. Bagi saya buat permulaan kita harus memperkenalkan membaca dulu sambil berwarna dan diikuti dgn penulisan dan ejaan. Sudah mahir barulah kita memperkenalkan yang lain2 kerana dgn cara ini lebih mudah.
Ada. Kanak-kanak lembam ini ada diantara mereka dikatakan kanak2 OKU dan ada kelas khas untuk mereka di sekolah2 kerajaan dan bukannya semua sekolah ada kelas ini.
Panjang ceritanya Atika. Kalau saya nak cerita jadi macam cerita 1000 satu malam. Boleh kongsi tiada masalah cuma nak tulis di sini kalau mengikut pengalaman tak tertulis saya.
Lebih seronok kalau kita berjumpa dan bercerita kerana pengalaman saya tak sama dgn orang lain. Ramai kanak-kanak lembam dan OKU boleh membaca, menulis, mengeja dan mengarang. Boleh membaca suratkhabar Bahasa Inggeris lagi. Terima kasih Atiqa. FB saya chahaya abdul manan boleh add saya.
Post a Comment