Oshin......bagus juga nama ni. Sesuai dengan wajahnya yang comel, matanya yang sepet dan harap-harap akan mengikut warna kulit ibunya. No...no....no janganlah ikut warna kulit ayahnya. Nanti tak sesuailah dengan nama Oshin yang saya beri tu. Emmmm....puas juga saya nak bayangkan warna kulit Oshin apabila dia besar nanti. Maklumlah masa bayi ni tak boleh nak di tentukan apakah warna kulitnya kerana ia bakal berubah.
Menunggu kelahiran Oshin memang merupakan satu penantian yang sungguh, sungguh, sungguh memenatkan. Menurut Junti awal keluar tanda melahirkan ialah pada jam 3 pagi. Pada pukul 7 lebih saya menerima sms mengatakan yang dia didalam perjalanan ke Hospital Selayang. Ketika itu saya bersiap-siap untuk melakukan solat dhuha. Saya dengan keadaan yang agak panik terus mengajak suami dan kami pun bergegas ke hospital. Sampai sahaja disana saya difahamkan bahawa Junti belum lagi diperiksa dan masih lagi menunggu dokor. Dipendekkan cerita selepas berbual dengan suami Junti kami pun memindahkan Junti dari hospital kerajaan ke hospital swasta.
Sampai di Hospital Pantai Cheras Junti dimasukkan ke wad. Beberapa jam kemudian Junti pun di masukkan pula ke Dewan Bersalin di sekitar jam 1 lebih. Lamanya hanya Allah sahaja yang tahu dan itulah kali pertama saya berada di dalam Dewan Bersalin dan menyaksikan bagaimana proses kelahiran di lakukan. Saya dan 2 orang jururawat terlatih bersama-sama memberi sokongan kepada Junti untuk melakukan 'PUSH'. Berjam-jam tak juga keluar baby ni. Kepala pun masih tak nampak lagi. Dengar penjelasan dari nurse sekiranya kepala masih lagi diatas doktor terpaksa melakukan pembedahan. Saya agak cemas kerana kalau boleh saya mahu kelahiran ini biarlah secara normal. Junti terus mengatakan bahawa dia sudah penat dan dah tak berdaya untuk menolak. Saya hanya mampu mengatakan cuba dan ketika itu saya tidak dapat menahan kesedihan. Airmata saya mengalir sedikit demi sedikit kerana bermacam-macam gambaran yang bermain di fikiran saya ketika itu. Saya tidak boleh bayangkan macamana saya seorang yang penakut boleh berada di situ. Melihat keadaan Junti saya dapat rasakan kesakitan yang di alami oleh Junti sebagaimana saya merasakannya 24 tahun yang lalu ketika saya melahirkan anak sulung saya Ujey.
Dengan bantuan 'vacuum' lahirlah seorang bayi yang sungguh comel yang saya namakan Oshin. Maaf ya kepada Haber dan Junti. Dia adalah anak saudara akak dan akak juga berhak untuk menamakannya. Bila melihat perangai ayahnya saya dapat mengagak mungkin Oshin ini bakal menjadi seorang kanak-kanak yang aktif dan bijak. Terpulang kepada mereka untuk mencorakkannya kerana ibu-bapalah yang akan membentuknya.
Impian mereka berdua untuk menimang cahayamata telah terlaksana dengan lahirnya Oshin di mukabumi ini. Bagaimana dengan harapan? Yakin dan pasti kesemua ibu-bapa inginkan anak mereka berjaya di dunia dan di akhirat. Harapan bagi setiap insan makhluk ciptaan Allah. Adakah harapan mereka ini bakal terlaksana? Sama-samalah kita saksikan. Cerita Oshin ini tidak akan berhenti disini sahaja kerana dia adalah baby yang pertama saya bersama-sama dengan ibunya didalam Dewan Bersalin. Oleh itu akan saya jadikan Oshin sebagai model saya nanti.
Untuk Haber dan Junti apa yang kami lakukan adalah satu perkara biasa dan kami tidak mengharapkan apa-apa balasan. Dari hati kecil ini Haber dan Junti adalah adik-adik kami yang kami sayangi. Jaga Oshin tu baik-baik dan jadikan dia insan kamil. Kalau tidak kami yang akan jaga Oshin nanti. Jangan marah......nanti kena jual.....
Nur Hayani.... "Oshin"
Senyum seorang ibu apabila menatap wajah anak sulungnya.
Saat yang paling gembira.
Kepujian bagi ketabahan seorang ibu. Masih mampu tersenyum walaupun dalam kesakitan.
2 comments:
Alhamdulillah... Kelahiran Nur Hayani "Oshin" telah pun genap 10 hari ari ni... Oshin yang diberi oleh kak chahaya akan kami jaga dan didik dia menjadi insan yang berguna dunia dan akhirat InsyaAllah...
Kepada Kak Chahaya dan Abang Zahari, terima kasih banyak2 dari kami sekeluarga kerana memberi sokongan dan bersusah payah selama kami di hospital... Jasa kalian hanya Allah yang dapat membalasnya..
tidak ada sesuatu pun yang berlaku tanpa izin Allah.....apa yang kami lakukan adalah dengan izinnya jua.
Post a Comment