Thursday, June 2, 2011

Lain Padang Lain Belalang


Mau beli ikan... boleh masak sendiri baa...
Bukan wajahku yang menjadi tatapan tetapi scuba junkie yang dibelakang tu...
Oh mak... inilah hidangan terbaik untuk tengahari ini... telan aje
Hai nasib, nasib ... nak makan apa eh.. eh.. bior aku lapor jelah...
Macam inilah pemandangan dibandar... jangan tanya lebih-lebih.. nanti menyesal...
Manalah tempat makan yang sedap ni... kaki dah letih berjalan ni...
wakaka... mana restoren yang sedap ni.. lapar, lapar
Hari ini kita jangan makan nasi... kita jadi Tarzan.. makan buah aje
Wakaka..goreng pisang, goreng pisang.. bolehlah substitute
Mengikut undian yang telah dibuat (boleh dipercayai dan tidak boleh dipercayai) Jejaka inilah yang paling ter-handsome di Semporna... Jangan tanya siapa dia...
Semporna ini aku punya baa.....

Tawau.....mesti pergi ke? Nak ikut atau tak nak...nak atau tak nak....itulah yang bermain difikiran apabila suami saya dijemput oleh kawannya untuk kesana. Saya mencadangkan agar Zahari ditemani oleh anak sulung saya tetapi kawannya mengesyorkan agar saya saja yang ikut. Alamak macammana ni sebab untuk pergi ke Tawau apalagi di kawasan pendalaman adalah satu perkara yang agak menyulitkan. Ini adalah kerana dari apa yang saya dengar makanan dan pengangkutan udaranya yang akan menjadi masalah. Pengangkutan utama mereka yang menghubungkan dari satu bandar kebandar yang lain adalah sebuah kapalterbang kecil yang amat menakutkan bagi diri saya dan percakapan mereka dengan gaya bahasanya juga akan menjadi sedikit masalah. Apapun kalau saya tidak cuba saya tidak akan tahu. Sememangnya saya adalah diantara orang-orang yang susah untuk faham akan bahasa-bahasa ibunda yang terlalu pekat seperti bahasa Terengganu, Kelantan dan beberapa daerah yang lain. Boleh faham sikit-sikit tetapi agak sukar.

Pada 29hb Mei yang lalu terbanglah saya dari Kuala Lumpur dengan pesawat MAS ke Tawau dan seterusnya ke bandar Semporna. Bila mengingatkan Semporna yang namanya sama dengan perkataan sempurna saya mengharapkan segala-galanya akan menjadi sempurna. Setibanya di Tawau saya menaiki teksi untuk ke Semporna dan memakan masa selama satu jam untuk sampai kesana. Sepanjang perjalanan saya hanya dapat melihat ladang kelapa sawit dikiri kanan jalan dan walaupun jam baru menunjukkan pukul 6.30 petang tetapi suasana pemandangannya seperti jam 8.00 malam sekiranya dibandingkan dengan Semenanjung. Gelap dan tiada berlampu. Sungguh menakutkan kerana sekiranya terjadi apa-apa kepada teksi yang kami naiki siapalah yang akan menolong kami kerana sepanjang perjalanan saya hanya melihat beberapa buah kereta sahaja yang memotong. Untuk memecah kesunyian di sepanjang perjalanan pemandu teksi banyak menceritakan tentang buah-buahan yang ada di sekitar Sabah.

Sampai sahaja di Semporna kami dibawa oleh kawan untuk makan malam kerana sejak dari pagi saya hanya makan mee yang dihidangkan didalam pesawat. Dalam banyak-banyak makanan yang tertulis didalam menu saya memilih satay kerana pada saya ini adalah makanan yang paling selamat untuk dicuba. Saya tidak berani pesan banyak dan saya hanya minta 6 cucuk sahaja. Ini pasti sedap dan maklumlah perut saya dah pun berbunyi menandakan sudah terlalu lapar. Cuba dulu kalau sedap minta lagi. Sesampai sahaja satay diatas meja saya tergamam melihat saisnya yang terlalu kecil dan dihidangkan hanya dengan bawang dan kuah yang lebih menyerupai sambal belacan yang dicampur kacang. Saya cuba rasa dan faham-faham sajalah lain negeri lainlah cara masakannya dan memang agak susah juga bagi saya untuk menerimanya. Satu rasa yang amat pelik.

Keesukkan harinya saya ke sebuah restoran yang berhampiran dengan hotel untuk bersarapan pagi. Kali ini saya tidak berani meminta yang bukan-bukan. Memandangkan maggi mee ada disediakan jadi maggi meelah yang menjadi pilihan saya. Jika dilihatkan dari pemandangan di Semporna, sayur menjadi salah satu daripada tanaman mereka dan sudah pastinya murah. Jadi saya pun minta supaya lebihkan sayur untuk dicampurkan kedalam mee. Mereka mengatakan hanya ada sayur sawi sahaja dan sayur yang lain tidak ada kerana mahal. Sawi pun sawilah asalkan ada sayur didalam maggi mee saya tetapi yang saya terima adalah mee semata-mata. Semasa membuat pesanan mereka seolah-olah faham sambil mengangguk tetapi apa yang sampai tidak sama dengan apa yang kita minta dan agak susah juga kerana adakah mereka ini tidak faham dengan bahasa kita atau pun bahasa saya yang telah mengelirukan mereka. Samalah juga keadaannya di restoran-restoran yang lain. Lain yang dipesan dan lain pula yang datang. Berkali-kali saya terangkan ketika membuat pesanan dan pernah juga hanya empat kerat saja sayur sawi sais sebesar batang mancis dicampurkan kedalam mee. Adakah penduduk disini tidak suka makan sayur atau sememangnya sayur disini agak mahal.

Pada sebelah malamnya pula saya cuba untuk makan disebuah restoran yang lain dan kali ini saya minta roti telur. Terkejut saya kerana mereka tidak menyediakan roti telur. Apabila diajar cara untuk menyediakannya lalu mereka mengatakan itu adalah roti celup. Saya kata tak kira apa saja namanya dan saya minta disediakan untuk saya satu set. Seperti biasa mereka mengangguk dan pelayan itu pun menyampaikannya kepada orang yang membuat roti canai. Saya terdengar mereka bertengkar sesama mereka kerana tukang masak tidak tahu bagaimana caranya untuk menyediakan roti telur. Budak yang menerima pesanan terus mengatakan roti celup baa..roti celup dan tukang masak mengatakan tak tahu aku.....saya hanya tersenyum dan selama saya berada di Semporna saya tidak makan nasi langsung dan setiap maggi mee atau kue tiaw goreng yang saya makan tidak dapat dimakan bersama cili sos kerana kesemua restoran yang saya pergi tidak ada cili sos.....hairan dan mengingatkan kembali pengalaman saya di Mekah kerana disana pun tidak ada cili sos.

Empat hari di Semporna sungguh menyeronokkan walaupun selama empat hari saya langsung tidak menjamah nasi kerana lauk yang mereka sediakan di restoran tidak membuka selera saya dan setiap pesanan yang saya minta sungguh mengecewakan kerana tidak sama dengan apa yang dipesan. Adakah ini masalah bahasa kerana kebanyakkan dari mereka yang bekerja adalah dari Filipina. Cara masakan mereka juga jauh berbeza dari kita. Walauapapun keadaannya yang begitu mengelirukan namun sekiranya saya diberi peluang untuk ke Sabah sekali lagi insyaallah saya akan kesana lagi. Sempurna dan Tawau tidak menjanjikan apa-apa bagi saya namun saya seronok. Tentang bahasa memang agak susah juga bagi saya dan adakalanya saya tidak berapa faham dengan apa yang cuba dikatakan tetapi saya tetap angguk walaupun didalam fikiran cuba mencari-cari makna sebenar yang hendak mereka sampaikan.

No comments:

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...