Wednesday, June 8, 2011

Rangsangan....merangsang......dan......dirangsang.

Manusia berlagak seperti patung.. Ransangan satu...  didalam minda kanak-kanak akan tertanya-tanya dengan perbagai soalan...
Air pancut dari lantai ditepi jalan.. Ransangan dua...  terdengar suara kanak-kanak "ada gergasi kat bawah tu yang menyemburkan air!"
Teddy bear.. ransangan tiga... ramai ibubapa yang memberikan kepada anak-anak mereka. 

Kalau diperhatikan pada tajuk diatas apakah yang dapat kita gambarkan, fikirkan atau terjemahkan? Ramai yang menyangka bahawa rangsangan, merangsang dan dirangsang adalah satu perbuatan yang biasa dan bersahaja yang diambil secara sambil lewa sahaja. Sebenarnya ketiga-tiga perkataan diatas sangatlah penting didalam penghidupan seharian kita. Tanpa rangsangan, tanpa merangsang dan tanpa dirangsang otak kita tidak akan berkembang dan lambatlah kita menuju ke tahap matang yang sebenarnya.

Semasa bayi didalam kandungan lagi kita perlu memberi rangsangan yang sewajarnya seperti mengaji atau membacakan buku cerita agar perbuatan ini boleh mempercepatkan lagi perkembangan otak bayi. Bayi yang dirangsang didalam kandungan jauh beza perkembangan otaknya dengan bayi yang tidak dirangsang langsung. Begitu juga apabila bayi ini dilahirkan. Sekiranya kita merangsangnya dengan berbual atau bermain dengannya pertumbuhan otak bayi itu juga jauh bezanya dengan bayi yang dibiarkan sendirian. Dari pemerhatian saya bayi yang banyak dirangsang oleh ibu dan ayah nampak lebih cerdik dan lebih matang didalam mengendalikan diri mereka.

Bagaimana pula dengan merangsang? Bila di perhatikan akan makna perkataan ini jelas yang terbayang difikiran kita ialah perbuatan-perbuatan yang positif dan negatif. Positif disini bila kita merangsang minda anak-anak dengan memberikan alat permainan seperti lego, puzzle, komputer game, pasir atau apa-apa saja sebagai alat untuk merangsang. Kanak-kanak menggunakan peralatan permainan, puting atau bantal "busuk" untuk merangsang diri mereka sendiri. Manakala merangsang yang negatif pula ialah bila kita menyerang seseorang dengan perkataan yang kesat secara bertubi-tubi. Ini adalah negatif kerana perbuatan yang begini akan menggerakkan akal kita untuk bertindak secara negatif. Tak payahlah saya terangkan disini kerana anda semua lebih faham akan makna perkataan itu.

Dirangsang pula merupakan perbuatan yang sama tetapi melalui orang ketiga seperti ibu-bapa, keluarga atau penjaga untuk menjadikan catalyst didalam rangsangan minda ini. Kanak-kanak dirangsang dengan berbual atau bermain dengannya. Apabila kita bergurau atau mengacah kanak-kanak ini dengan secara tidak langsung sel-sel otak kanak-kanak ini akan terbina dan berkembang.

Teringat saya sewaktu saya pergi bercuti di Singapura bersama keluarga dimana saya telah dirangsang dengan keindahan bangunannya, persekitarannya yang bersih dan pemandangannya yang sungguh cantik. Pada waktu malamnya pula saya dapat melihat bagaimana pertunjukkan jalanannya pula telah menarik minat saya sehinggakan saya merasa terpegun melihat gelagat mereka yang bersahaja.

Walauapapun yang ingin kita lakukan atau fikirkan, biarlah tiga perkataan diatas menjadi satu perbuatan yang dapat menggerakkan minda, akal, fikiran ke arah yang lebih positif yang boleh membina akal menjadi lebih matang sambil membina nilai-nilai murni didalam diri kita tanpa kita sedari. Sesungguhnya hidup seharian kita memerlukan rangsangan, merangsang dan dirangsang untuk melengkapi perjalanan hidup ini yang penuh dengan cabaran. Bagaimana pula dengan terangsang? Fikir-fikirkanlah kerana ada banyak cara yang boleh menjadikan perkataan terangsang ini negatif atau pun positif......

No comments:

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...