Melihat kepada keadaan basikal yang canggih ini kita dapat katakan bahawa pemiliknya memang menggilai basikal sehinggakan sanggup berhabisan wang ringgit untuk menjadikan basikal itu seakan-akan motorsikal. Pemilik kepada basikal-basikal yang sedemikian adalah dikalangan remaja yang berumur di antara 12 tahun ke 21 tahun. Apa yang mereka lakukan ialah dengan bersiar-siar di bandar beramai-ramai dalam sekumpulan basikal yang hampir serupa. Di dalam satu kumpulan ada sebuah basikal yang agak besar dari yang lain-lain seolah-olah basikal itu adalah raja basikal dan diiringi oleh pengikut-pengikutnya yang agak kecil sedikit.
Kalau difikirkan manusia ini memang ada macam-macam gila. Kalau dah taksub sangat dengan facebook sampai makan pun boleh dilupakan dan asyik mengandap komputer sahaja, itu kita dah boleh kategorikan sebagai gila facebook. Kalau gila kereta lain pulak perangainya. Gila perempuan, judi dan minum arak ini tak boleh kerana kegilaan ini boleh merosakkan hidup dan rumahtangga.
Yang ini gila apa pulak? Mungkin gila mengumpul atau melonggok kot. Yang pastinya empunya barangan ini adalah ahli peniaga. Lumayan-lumayan baa....
Memikat burung, memancing dan main dam. Ini adalah hobi tetapi kalau dah tak balik rumah asyik dengan benda-benda ini sahaja bolehlah saya katakan gila juga. Setiap hobi dan permainan sekiranya berlebihan juga tidak mendatang kebaikan kepada kita. Sebab itu di dalam Islam kita digalakkan untuk bersederhana. Sayangi barang dan orang biarlah berpada-pada. Salah satu gambar yang diabadikan di prototype saya dengan perkataan "Perfect balance of EQ and IQ" - Keseimbangan EQ dan IQ - ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ
Kanak-kanak perlu dibetulkan dengan EQ dahulu kemudian barulah IQ sebab kanak-kanak bermula dengan EQ. Dalam lain perkataan, semasa di alam kanak-kanak setiap pembelajarannya mestilah berteraskan sifat kesempurnaan EQ termasuklah awalan pendidikan (3M).
Ini batu yang dimaksudkan. Mungkin penciptanya kekurangan ide, kot.
Lain pula dengan basikal tua ini. Terlalu tua sehingga terpaksa diletakkan kayu sebagai penghadang. Pemiliknya pula pada pandangan saya sekitar 35 tahun keatas. Kalau mengikut amatan saya basikal ini sama tua dengan tuannya. Mungkin pemiliknya ada di persekitaran tempat menunggu bot ini. Minta maaf ya kerana saya mengabadikan gambar basikal ini tanpa tahu siapa tuannya.
Basikal tua mungkin setua tuannya. Basikal ini boleh dijual sebagai barangan antik. Mungkin para "broker" boleh mengtafsirkan harganya... wakakaka
No comments:
Post a Comment