Monday, July 25, 2011

MENU PASAR GANTUNG

Pasar Gantung? Saya pun tak tahu kenapa pasar ini di panggil Pasar Gantung. Orang-orang disitu memanggilnya sedemikian. Cuba perhatikan menu yang tertulis di papantanda harga ini. Saya yakin ada diantara makanan ini yang kita tidak pernah dengar pun. Kebanyakkan menu yang tertulis ada pengaruh makanan dari Indonesia contohnya nasi lalap, ayam penyek dan nasi aspar. Saya sendiri tidak tahu apa itu nasi aspar. Apalagi dengan murtabak jawa. Saya tidak berani mencubanya kerana murtabak ini dimakan dengan sos kicap.

Ketika saya memesan minuman disini, kawan saya pula ingin mencuba nasi yang sudah siap dibungkus seperti nasi lemak. Malangnya nasi tersebut tidak boleh dimakan langsung kerana warna dan rasa yang sungguh berbeza dengan makanan kita di Semenanjung. Nasi lemak kita panas manakala nasi mereka yang sudah siap dibungkus pula sejuk seperti baru dikeluarkan dari peti sejuk.

Ada diantara mereka pula bukanlah penduduk asal sebaliknya kebanyakkan mereka adalah dari Indonesia dan Filipina. Saya terdengar anak-anak memanggil ibu mereka inang atau inai. Bila berbual dan bertanya asal usul mereka jawapannya mereka adalah dari Filipina. Berkunjung di PASAR GANTUNG sungguh menyeronokkan kerana ada bermacam-macam makanan tetapi sayangnya saya tidak dapat menikmati kebanyakkan makanan disitu kerana saya yakin saya tidak dapat menerimanya. Lain tempat memang lainlah adat dan budayanya.

Kuih-muih disini pula sungguh enak. Cukup lemak dan manis. Manakala rotinya panas dan lembut. Roti berinti dibuat setiap pagi dan setiap hari kita dapat memakan roti yang segar dari oven. Kalau ada peluang  saya ingin ke Sabah lagi untuk menikmati kuih-muihnya yang enak dan rotinya yang sugguh istimewa. Kali ini saya bercita-cita untuk ke Sandakan pula. 

Murtabak Jawa...emmmm nampak macam sedap...tapi kuahnya kicap.


Menu special di Pasar Gantung.
Jangan cuba makan cili kunak ni PEDASSSSSS.
Abang Murtabak yang tidak jemu-jemu menjemput orang membeli juadahnya.
Sungguh ramah dan cukup sporting. Ambil aje gambar aku enggak apa-apa.....
Tekun menulis walaupun sudah malam. Masa untuk tidurlah dik...

1 comment:

Unknown said...

Murtabak jawa Nya Mmg sedap..sy dah cuba..smpai repeat 2x..😊

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...