Wednesday, July 27, 2011

Nicheara gadis Thailand.

Baju dan jeruk mangga menyambut kepulangan saya dari Tawau. Pemberian dari seorang gadis Thailand yang tidak pernah saya temui. Dia adalah teman kepada anak angkat saya Omer yang berasal dari Pakistan. Sebelum ini gadis yang dikenali sebagai Nicheara pernah menghadiahkan beg tangan kepada saya yang dikirimkan melalui Omer beberapa bulan yang lalu.

Tersentuh rasa hati kerana dizaman yang canggih ini kita jarang berjumpa dengan seorang gadis yang mempunyai nilai-nilai perhubungan yang sebegitu. Zaman remaja saya dulu arwah nenek pernah berpesan. Apabila kita menziarahi orang sakit atau pun kita ke rumah orang jangan lupa untuk membawa buahtangan. Tak kiralah samada buahtangan itu berbentuk buah atau pun makanan yang penting kita mesti membawa sesuatu. Begitu juga sekiranya ada tetamu yang menziarahi kita, kita kena pastikan bahawa tetamu tersebut mesti dihidangkan dengan makanan atau setidak-tidaknya air bujang.

Bila saya kenangkan kembali perangai remaja-remaja dizaman sekarang ini yang pernah saya temui, usahkan membawa buahtangan bahkan nak bertanya khabar atau mengucapkan salam pun jauh sekali. Bak kata orang moden sekarang ni 'PR' remaja kita sekarang sudah berkurangan. Nilai-nilai murni seperti itu tidak lagi diterapkan. Begitu juga dengan perhubungan diantara jiran-jiran. Kalau dulu sewaktu bulan puasa penuh meja makan dengan juadah yang dihantar oleh jiran-jiran. Sekarang ni beraya dirumah jiran pun jauh sekali. Ada tu jiran pun kita tak kenal apalagi mereka yang tinggal di pangsapuri dan kondo.

Zaman moden manusia lebih sibuk dan menyibukkan diri dengan kecemerlangan IQ daripada EQ. Sekiranya EQ telah rosak dan punah-ranah maka tiadalah lagi nilai-nilai kemanusiaan sejati. Pendidikan membina kecemerlangan EQ mestilah bermula dari peringkat awal seperti pra-sekolah. Bayangkan apakah yang akan terjadi dimasa hadapan, sekiranya penghuni negara kita yang mempunyai IQ yang tinggi tetapi EQ pula dipenuhi dengan nilai-nilai yang rosak?

Saya merasa kagum kerana dinegara Thailand mereka masih mengamalkan adat memberi buahtangan sebagai salam perkenalan. Saya yakin itu pasti adat mereka atau pembawakan yang dididik oleh keluarga Nicheara itu sendiri. Kalau kita perhatikan negara Jepun pula rakyatnya penuh dengan adat dan sopan santun begitu juga dengan Thailand, Vietnam, Burma. Negara-negara lain yang berdekatan saya kurang pasti pulak. Thanks Nicheara I really like the blouse and the handbag that you gave me. Hopefully we will meet someday.

Begitu juga dengan anak angkat saya yang berasal dari Iran ini. Ada juga buahtangan yang di bawanya untuk saya termasuklah dengan kawan anak saya yang bernama Narvin. Bila Hari Raya menjelang pasti ada Hamper Raya dari mereka. Walaupun mereka ini dari bangsa dan agama yang berbeza, mereka masih lagi berpegang pada adat dan agama mereka.
 Nicheara (gadis Thailand) ketika bertudung. Dia memanggil saya sebagai "Umi".
 Baju kiriman Nicheara.
 Handbag kiriman Nicheara.
 Yasdan (Iran). Memanggil saya sebagai "Mum".
Mujahid (Iraq) dan Narvin (M'sia). Kedua-dua memanggil saya "aunty".

2 comments:

Unknown said...

Thank You again Umi For let's me knows you LOVE that, i am so very Happy :)

nicheara s.i.

cahayaku said...

yes i really love the blouse...nice and match with the handbag. nice colour too...

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...