Hari ini 22hb Julai 2011 genap umur Oshin 1 bulan. Begitu cepat masa berlalu. Nanti tau-tau dia sudah meniarap, menjulur, merangkak dan berjalan. Empat proses ini mesti dilalui oleh setiap kanak-kanak yang sedang membesar. Kebiasaannya (tidak semestinya) kanak-kanak special akan meninggalkan salah satu proses ini. Para ibubapa pula perlu peka pada awalan bunyian yang dihasilkan oleh kanak-kanak untuk mengetahui tahap perkembangan tutur dan bahasa. Kebiasaannya bunyian awalannya seperti "aaa", "iii" dan seterusnya "bababa" dan lain-lain lagi. Semuanya perkembangan motor kasar dan bunyian pada peringkat umur kanak-kanak itu sendiri. Sekiranya proses perkembangan ini lambat cubalah berikan bantuan kepadanya.
Dalam sekelip mata saja rasanya bagi orang yang tidak membesarkan Oshin tetapi bagi ibunya pula terasa lamanya nak tunggu si Oshin ni berjalan. Saya berharap janganlah ada dikalangan keluarganya ataupun orang-orang berada disekeliling Oshin bertutur dengan nada (intonasi) dan "bahasa manja" seperti "sayang" disebutnya "ayang", "susu" = "usu", "puting" = "uting" dan sebagainya kerana kekerapan penggunaan sebutan ini akan mengakibatkan kanak-kanak itu pelat atau terlalu manja (terlebih santan) sehingga sukar untuk mendidik dia dalam menguasai 3M kelak (awalan pendidikan).
Umur yang sebeginilah kita perlu memberi ransangan kepada bayi untuk perkembangan sel otak dan perkembangan EQ yang sempurna. Dengan kemantapan EQ yang positif akan membuatkan bayi ini dapat memperkembangkan pula keupayaan IQ. Bayi yang sering diransang akan menjadi lebih bijak daripada bayi yang dibiarkan begitu sahaja. Ada macam-macam cara rangsangan contoh merangsang dengan perbualan, agahan dan penceritaan. Ibu haruslah berinteraksi dengan anak mereka sekerap mungkin.
Model kain batik yang termuda di dunia. Baru 1 bulan.
"I'm daughter of Haber..." a.k.a "Anak perempuan Haber"...
Can you see my eyes? Just one line... next time I'm going to make them bigger.
Inilah posisi bersantai.. amacam cantik tak hidung Oshin?
No comments:
Post a Comment