Sabtu, tanggal 9hb Julai 2011 adalah tarikh keramat bagi pasangan Nuraina 27 tahun dan Juhari 26 tahun. Saya terserempak dengan pengantin baru ini ketika saya berada di Tampi-Tampi, Semporna untuk melakukan satu tugasan di sana. Melihat mereka bergambar di Semporna Resort mengingatkan saya pada seorang kenalan yang mengambil gambar perkahwinan mereka di taman-taman bunga di sekitar Kuala Lumpur pada tahun 80an.
Mengimbau kembali dizaman perkahwinan saya, acara mengambil gambar hanyalah disekitar pelamin dan bilik pengantin sahaja dan kalau ada pun di bawah kemah sewaktu 'Makan Beradap'. Kini zaman sudah jauh berubah dimana pengantin kini boleh bergambar dimana-mana saja yang mereka suka. Maklumlah kalau dulu duit hantaran hanya sekitar rm3k tetapi sekarang sudah rm20k.
Saya sempat berbual dengan mereka sekadar ingin bertanya. Saya difahamkan mereka bekerja sendiri. Bila di tanyakan tentang anak si pengantin lelaki menjawab mereka ingin 8 orang anak 4 lelaki dan 4 perempuan. Cita-cita mereka ingin membesarkan anak-anak mereka sehingga ke Menara Gading. Syabas itu adalah satu niat yang cukup baik semoga mereka berjaya melakukannya. Zaman sekarang ni kita jarang mendengar pasangan yang inginkan anak yang ramai apalagi penduduk Kuala Lumpur. Kalau ditanyakan soalan sedemikian jawab mereka 1 atau 2 dan yang paling ramai pun 3. Jauh berbeza dengan penduduk di Sabah mereka masih inginkan anak yang ramai dan rata-rata penduduk disini mempunyai anak yang lebih daripada 4 orang. Selama 20 hari saya di Tawau dan Semporna banyak yang telah saya pelajari.
Hari itu juga adalah hari Perhimpunan bagi BERSIH. Apa yang ingin mereka bersihkan hanya penganjur BERSIH saja yang tahu. Harapan saya agar bersih melakukan perhimpunan yang betul-betul bersih. Bagi pasangan pengantin ini pula biarlah tarikh itu menjadi kenangan bagi mereka dimana ramainya warga Kuala Lumpur berhimpun untuk melakukan kebersihan. Satu tarikh yang sungguh mengembirakan dan mengejutkan. Alhamdulillah bersih hanya tinggal bersih dan pengantin baru ini pula akan meneruskan hidup mereka sebagai pasangan suami isteri. Doa saya agar pasangan ini akan menjadi pasangan yang bersih dari segala-galanya. Amiin.
Bagi pasangan Nuraina dan Juhari Selamat Pengantin Baru sehingga ke anak cucu dan hadiah untuk mereka dari saya ialah gambar perkahwinan mereka yang saya abadikan di dalam blog saya. Terima Kasih kerana membenarkan saya untuk mengambil gambar anda. Semuga anda berbahagia.
Biarlah romantik sampai tua hendaknya.
Semoga berkekalan sehingga akhir hayat.
Hiasan jambangan bunga pengantin
No comments:
Post a Comment