Tuesday, August 9, 2011

Apakah Lama & Waktu?


wakakaka.. agaknya kucing ini berkata beruntungnya aku tiada IQ membuatkan hidupku lebih tenang. Tidak perlu berhujah untuk hari-hari yang akan datang.  "Born free as free as the wind blow".
Semasa tua semuanya dah "season". Inilah hujah-hujah IQ!  Beginikah hidupku?... Apakah esok aku masih boleh hidup, makan dan berwang? Dimanakah silapnya didikan ku didalam pembentukan EQ terhadap anak-anak sehingga aku tersadai disini?
Bagaimana agaknya kalau kita sudah tua dan tempat penginapan pun sudah lama, sedangkan keupayaan pun sudah tiada! Apakah diri kita tidak diburu oleh nilai-nilai EQ yang negatif ketika ini?
Tidak mungkin dunia ini tidak dipenuhi oleh manusia. Hidup itu sendiri bererti "perjuangan"! Bagaimana agaknya mereka yang tiada berilmu boleh hidup dengan tenang? Kasihi anak-anakmu dan bekalkanlah mereka dengan ilmu! 
Ilmu itu banyak. Jangan penuhkan dirimu dengan ilmu duniawi semata-mata kerana setiap kehidupan akan menemui mati. Itu satu kepastian! Ilmu akhirat memerlukan kesempurnaan EQ.

No comments:

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...