Berbanding dengan ibu-bapa yang lain saya pula mempunyai pendirian yang jauh berbeza. Dalam seratus mungkin seorang saja yang berpendapat seperti saya. Kawan-kawan pernah menasihatkan saya supaya menyuruh anak-anak saya bekerja sambilan diluar untuk mencari duit poket. Satu perasaan yang tersemat didada saya ialah bagaimana mungkin saya melepaskan anak-anak saya bekerja. Saya tidak sanggup dan tidak rela untuk melihat anak-anak saya mencari rezeki diusia yang sebegini. Saya tabik hormat kepada ibu-bapa yang membiarkan anak-anak mereka mencari pengalaman diluar. Bagi saya, saya tidak dapat melakukannya dan ternyata itu adalah kelemahan saya yang sangat ketara. Pernah saya bertanya pada diri saya adakah saya ini tidak normal? Mungkin.....agaknya.
Sewaktu saya menunggu keputusan MCE saya telah bekerja disebuah klinik dengan pendapatan sebanyak rm350 sahaja. Saya boleh melakukannya dan kenapa sekarang saya tidak membenarkan anak-anak saya buat apa yang saya telah buat ketika berusia 17 tahun dahulu. Jawapannya hanya satu dimana saya inginkan anak-anak saya memberi tumpuan kepada pelajaran. Manalah tahu anak-anak zaman sekarang ni bila dah merasa duit ringgit pelajaran diabaikan. Harap-harap Asyraf tidak begitu ya kerana pelajaran itu penting. Jangan kecewakan perasaan kedua ibu-bapa Asyraf tau. Sudah pasti ibu-bapa Asyraf pun ingin melihat dia berjaya didalam pelajaran. Buktikan kepada masyarakat bahawa bekerja sambilan tidak akan menjejaskan pelajaran. Teruskan usaha gigih Asyraf tu! Thumbs-up untuk Asyraf.
Anak saya Ujey 24 tahun dan sedang buat master sekarang ni pernah meminta izin dari saya untuk bekerja sambilan tetapi saya tidak benarkan. Jawapan saya hanya satu dapatkan PHD dulu baru boleh bekerja. Insyaallah pada tahun hadapan dia akan menyambung pelajarannya ke tahap PHD. Adiknya pula akan habis degree pada pertengahan tahun hadapan dan sudah pasti akan menyambung masternya diUPM. Manakala yang perempuan akan terus mengambil degree setelah tamat diplomanya. Syukur alhamdulillah anak-anak saya masih minat lagi untuk belajar dan terus belajar. Saya akan terus memberi sokongan agar anak-anak saya ini mempunyai PHD bukan saja 1 malah 2 atau 3 dibidang yang ada kaitannya dengan pembelajaran anak-anak dan juga ada kaitannya dengan buku saya. Itu yang paling penting kerana saya ingin letakkan nama anak saya yang sulung dibawah nama saya. CAHAYAKU ADALAH MILIK MEREKA!
Untuk Asyraf sekiranya dia membaca blog ini aunty doakan agar Asyraf maju didalam pelajaran dan yang penting maju juga didalam jatidiri. Jadikan pengalaman menjadi waiter satu pengalaman yang boleh meningkatkan EQ yang mantap. Tidak kira dimana kita berkerja asalkan kita dapat mendidik EQ kearah kebaikan dan jangan cepat berputus asa.
Hanya satu yang menjadi sesalan buat Aunty. 'Mana sosnya Asyraf'.....huhuhu... Makanan yang dibungkus semalam tidak bersos. Siapakah yang salah? Asyraf seorang waiter yang menerima pesanan atau orang dapur (Chef atau pembantu chef) yang membungkus pesanan. Lain kali jangan buat lagi tau.
Asyraf pekerja sambilan di Windmill, Klang. Baginya bekerja untuk mengisi masa yang terluang dengan aktiviti yang memberi keuntungan.
Salah seorang pekerja di Park Avenue Hotel di Kedah. Perhatikan pakaiannya yang kemas dan cantik.
"Buffet" di Hotel Park Avenue. Suasana di Hotel amat berbeza dengan tempat-tempat seperti Asyraf bekerja. Cuba perhatikan perbezaan "lighting"nya. Apakah suasana akan memberi impak kepada EQ para tetamunya? Bagaimana pula impak EQ kepada para pekerjanya?
Ketelitian susunan, kebersihan, hawa dingin, "lighting", suasana dan lain-lain lagi adalah "cermin" minda IQ para pekerjanya serta cita-rasa pemiliknya yang akan memberi impak paling efektif kepada pengujungnya yang berunsurkan EQ untuk menjamu selera.
No comments:
Post a Comment