Duduk termenung memikirkan apa yang harus saya lakukan disaat-saat genting sebegini. Hanya satu yang terlintas di fikiran saya iaitu Shah. Adik angkat saya yang paling rapat dengan saya. Banyak masalah saya dia yang selesaikan. Bertuah dapat adik yang macam ni. Dengan hanya satu panggilan telefon tanpa banyak soal dia terus kata 'beres kak'. Tiada rundingan harga, tiada pertanyaan dan tiada persoalan di dalam diri saya pun. Bagi saya bila dia kata beres beban saya sudah saya letakkan dibahunya. Zalim sayakan. Tapi apa gunanya adik kalau masalah kakak dia tidak boleh pikul bersama. Shah terima kasih banyak-banyak. Walaupun kami berlainan ayah dan ibu apalagi warna tapi bagi saya dia ibarat adik kandung saya. Saya sayangkan dia kerana dialah satu-satunya adik lelaki yang saya ada. Yang lain hmmm.....
Saya telefon Shah pada pukul 9.15 pagi dan lebih kurang pukul 10.45 pagi saya kebengkelnya. Terkejut saya kerana 10 peratus kerja saya telah pun dilakukan. Cepatnya. Berbual dengan Shah akan membuatkan saya terus ketawa dan ketawa. Begitulah setiap kali saya bertemu dengannya. Kalau macam inilah keadaannya awet mudalah saya. Tak lama kemudian anaknya pun tiba dengan ditemani oleh ayah saudaranya. Comelnya.....memang comel. Itulah dia anak kesayangan Shah. Satu-satunya anak yang dia miliki.
Yan nama manjanya. Keletah dan sungguh aktif. Dia pandai berbual dan dari cerita ibunya saya difahamkan anaknya belajar disebuah tadika diPelabuhan Kelang yang menggunakan buku Cahayaku. Tanpa banyak bicara saya terus mencapai suratkhabar dan minta Yan membaca teks yang tertera di akhbar Kosmo. Pada mulanya dia agak malu namun setelah disuruh berkali-kali akhirnya dia akur. Ternyata Yan boleh membaca. Walaupun hanya setahun ditadika tersebut dia tetap boleh membaca. Tahniah kepada cikgu yang mengajar Yan. Melihat Yan membaca saya merasa bangga kerana siapa sangka CAHAYAKU ADA DIMANA-MANA.
Tak sedar jam sudah menunjukkan pukul 4.30 petang dan saya harus pulang kerumah. Dalam pada saya berbual dengan Shah pekerjanya terus melakukan tugasan. Sekali lagi saya terkejut kerana rangka pentas saya sudah siap. Buka pentas saya ialah 14' x 10'. Cukup besar. Saya memandang dengan penuh kehairanan kerana pentas sudah ada didepan mata saya. Kata Shah 'kalau tak ada duit gunalah pentas ni dan manalah tau tiba-tiba ada rezeki pulak akak buatlah di Hotel'. Insyaallah manalah tau masin mulut Shah majlis ihtifal kali ni betul-betul dapat diadakan diHotel. Mungkin ke terjadi? Kita tenguk saja apa yang bakal berlaku kerana kita hanya merancang dan Allah yang menentukannya. Sekali Allah mengatakan 'Kun fayakun' jadi tetap jadi.
Yan: Umur 6 tahun, sedang membaca akhbar Kosmo. Saya memerhatikan setiap perkataan yang sedang dibacanya untuk memastikan sebutannya betul serta lancar.
Mohd Syahiran bin Mohd Shah dari Tadika Pelabuhan Klang, Selangor.
No comments:
Post a Comment