Thursday, December 1, 2011

Linus berakhir.....hanya dikantin? Hanya AKU dan MEREKA..... yang lain?

'Cikgu janji siapa yang habis cepat membaca buku cahayaku dan boleh membaca suratkhabar cikgu akan belikan McDonald, KFC dan bagi hadiah' itulah kata-kata semangat yang saya lemparkan kepada pelajar-pelajar Linus di Sek Ren Keb Kg Baru, Kuala Lumpur ketika mula-mula saya mengenali mereka. Semuanya ada 49 orang. Ada juga yang suka-suka masuk kerana bacaan mereka tidaklah berapa lancar dan menjadikan kepada 57 orang pelajar kesemuanya. 

Selama 2 bulan setengah bersama mereka membuatkan saya merasakan bahawa pelajar-pelajar ini bukanlah tidak pandai tetapi mereka tidak mendapatkan satu sistem yang mudah untuk dipelajari. Mereka perlukan sistem yang gabungan bunyian ada logiknya. Kini pelajar-pelajar ini boleh membaca dan mengeja. Dari hasil ujian linus yang dijalankan hanya 3 orang sahaja yang masih ketinggalan kalau tak silap saya menurut kata-kata guru yang menjalankan ujian ini. Tidak boleh disalahkan pihak sekolah tetapi ini adalah kerana sikap ibu-bapa yang tidak mengambil berat tentang pelajaran anak-anak mereka. Sikap pelajar juga main peranan. Malas ke kelas dan hilangkan buku bacaan yang diberikan dengan percuma. Tiadanya rasa tanggungjawab yang ditanamkan oleh ibu-bapa didalam diri pelajar ini. Mungkin kerana diberikan dengan percuma dan tiada yuran yang dikenakan membuatkan mereka tidak dapat menilai usaha murni yang saya lakukan. 

Bak kata orang setelah rumah siap pahat pula berbunyi. Itulah yang berlaku dimana saya difahamkan oleh salah seorang guru ada beberapa orang pelajar yang masih lagi tidak boleh membaca. Contoh seorang pelajar yang bernama Nazli. Hairan kenapa dengan saya mereka boleh membaca, mengeja dan menulis dengan tepat. Untuk dijadikan bukti sila lihat video klip Sek Ren Keb Kg Baru dimana mereka membaca akhbar dan mengeja di papan hitam dengan tepat (Sek Keb Kg Baru Sessi 2 bahagian 1). Malah pelajar tegar yang bernama Haikal juga boleh membaca 2 sukukata. Video klip yang bertajuk Haikal (Ogos 4 2011) juga telah membuktikan bahawa pelajar tegar juga boleh mengikuti sistem ini dengan mudah. Sayangnya Haikal tidak sempat habis kerana saya tidak dapat meneruskannya memandangkan hanya tinggal 3 orang sahaja pelajar yang masih lagi di buku 1. Saya sibuk dengan tugasan dan memandangkan hanya 3 orang sahaja lagi yang tertinggal saya yakin pihak sekolah dapat menanganinya kerana apa yang perlu mereka lakukan ialah menyambung apa yang telah saya tanamkan didalam diri pelajar tersebut dan ajar secara iqra' sahaja. 

Adakalanya sesetengah sikap guru juga boleh menyebabkan pelajar-pelajar ini tidak mahu menunjukkan kepandaian mereka. Guru harus mengubah sikap dari seorang yang pentingkan diri, sombong, garang, buat kerja sambil lewa kepada sifat-sifat yang lebih positif. Seorang guru yang penyanyang akan membuatkan pelajar ini merasa lebih selesa dan mudah untuk bercerita. Bencikan guru pelajar akan bencikan matapelajaran yang diajar. Sekiranya pelajar itu sayangkan guru, pelajar juga akan suka dengan matapelajaran yang diajar, walaupun pelajaran itu matapelajaran yang dibenci oleh pelajar tersebut. 

Mungkin kebanyakan cikgu-cikgu di seluruh Malaysia kena mengubah sikap mereka kepada seorang guru yang PENYAYANG. Tidak perlu menjadi seorang guru yang garang. Kalau GARANG pun biarlah bertempat bukannya garang "UNLIMITED". Tiada ruginya sekiranya kita meyayangi mereka dan cuba untuk memahami perasaan mereka. BOLEHKAN CIKGU! Jadilah seorang PENDIDIK yang penuh dengan tanggungjawab dan penuh dengan kasih sayang. ASBOOR......ASBOOR.....

Mc Donald dan KFC seperti yang dijanjikan......banyaknya sampai orang kantin, cikgu dan pakcik sekolah juga dapat kongsi bersama......rezeki tu.....
'Kalaulah saya boleh memiliki sebuah sekolah sebesar ini......wah......sayalah orang yang paling bahagiaa.....sekali..' Tak mustahilkan. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan.
Seronoklah ada '2 Mc donald dan 2 KFC.....banyak tu!!!'
'Saya dah kenyanglah.....bawa balik boleh tak? Untuk mak, adik dan kakak saya'
'Maafkan cikgu kerana tidak sempat untuk membeli hadiah kepada 15 orang pelajar yang cemerlang tetapi cikgu ada bagi hadiah ni.....kamu belilah apa yang kamu suka ok......' yang lain-lain tu ada tapi cuma sikiiiiit je.....
Kantin pun kantinlah.....seronok jugakan. Asalkan cikgu dapat tunaikan janji cikgu kepada kamu. Kepada yang tak datang tu ... kirimkan salam cikgu kepada mereka ya.. mungkin mereka tak tahu kot!
Hmm... yang ini dah boleh baca suratkhabar ke? Nampak muka ... hmm macam belum aje! Tapi tak apa Cikgu bagi jugak hadiah ini.. Janji ya belajar kuat-kuat.
Pelajar: "Cikgu, boleh bagi saya dua hadiah tak sebab kawan saya dia tak tahu pun cikgu datang hari ini."  Saya: "Kan cikgu dah pesan kepada salah seorang cikgu disini untuk beri tahu kepada yang lain. Dimana yang lain-lain tu?"
"2 bulan saja tau saya dah boleh membaca....tapi hanya buku 2 Cahayaku.. tak lama lagi saya nak baca suratkhabar lah"
"Cikgu ada apa-apa pesanan untuk saya? Sebab cikgu tak datang lagi kan?"

2 comments:

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken said...

insya allah.. akan berhasil suatu hari nanti. kita masih mendoakan kejayaan itu..

cahayaku said...

Asboor....asboor. Kejayaan pasti akan datang kepada yang sabar menanti. Walaupun satu penyiksaan tetapi dengan keyakinan yang ada dan disertakan dengan doa Allah akan kabulkan juga. Tak cepat lambat laun akan berhasil akhirnya.

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...