'A friend in need is a friend in deed'. Itulah ungkapan yang selalu kita dengar bila bercerita tentang kawan. Kalau ditadika cikgu akan menyanyikan lagu yang ada ungkapannya yang berbunyi 'I have a pen my pen is blue. I have a friend my friend is you'. Berkawan biarlah seribu tetapi berkasih biarlah satu. Menunjukkan kesetiaan. Kawan ketawa senang dicari dan kawan menangis? Ini pula kata-kata yang selalu orang tua-tua katakan kepada kita. Pipit sama pipit dan enggang sama enggang. Masih boleh digunapakai lagi ke bidalan ini? Kawan.....emmmm adakalanya hidup tanpa kawan adakah lebih senang dari hidup yang dikelilingi oleh kawan-kawan.
Jauh perjalanan luas pandangan. Ramai kawan menambah pengalaman. Sehari sedikit ilmu lama-lama menjadi bukit. Itulah yang saya gambarkan tentang pengalaman dan ilmu pengetahuan yang saya timba dari sehari ke sehari dan lama kelamaan saya menjadi semakin matang dan yakin dengan cabaran dan dugaan yang Allah SWT berikan kepada saya. 2011 adalah tahun yang cukup mencabar buat saya. Tahun yang memberikan kawan kepada saya dari segenap lapisan masyarakat.
Dari bulan Mac 2011 sehingga kesaat ini saya telah berkenalan samada secara sengaja atau tidak sengaja dengan mereka-mereka ini. Setiap hari, bulan dan masa sahabat saya sentiasa bertukar dan silih berganti dari kedudukan dan taraf seseorang sehinggalah kepada warna kulit, bangsa dan agama mereka. Macam-macam perangai yang saya temui. Dari sipenipu sehinggalah kepada silurus bendul. Dari yang elit sehinggalah kepada yang biasa. Dari yang miskin sehinggalah kepada yang kaya. Dari yang bodoh sehinggalah kepada yang cerdik pandai sehinggalah saya bertemu dengan sipembelit dan siparasit. Yang terbaru sahabat saya adalah Kong dan Jordan. Walaupun mereka ini berbangsa cina tetapi mereka lebih baik dan jujur dari segelintir kawan saya yang berbangsa melayu dan beragama Islam.
Allah SWT maha pencipta. Diciptakan manusia itu ada diantaranya sipenipu dan siparasit yang terdiri dari si ustaz dan si tua yang nampak sungguh berilmu dan simuda yang polos nampak baik dan lurus tetapi mereka-mereka ini lah SETAN yang berwajahkan manusia. Mereka-mereka inilah yang dikirimkan oleh Allah SWT untuk dijadikan dugaan dan cabaran didalam hidup saya. Walauapapun dugaan yang mendatang saya harus yakin, tabah dan cekal untuk menjalaninya. Itulah prinsip yang saya pegang sehinggakan saya dapat berdiri semula setelah jatuh berkali-kali. Ibarat kata kalau dulu saya bertatih kini saya sudah boleh berlari. Genggam api biarlah sampai menjadi bara dan menyelok pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Pengalaman dan pengajaran membuatkan saya merasa tercabar dan dicabar.
Dengan keyakinan yang saya ada kini saya ingin membuka sebuah tadika lagi di sekitar taman yang berhampiran dengan rumah saya untuk kanak-kanak istimewa. Yang jelas saya kini memiliki sebuah pejabat di Desa Pandan yang menguruskan pembelian buku dan kursus, sebuah tadika di Bandar Tun Hussein Onn, sebuah Pusat Tuisyen di Taman Tun Perak dan akan datang akan saya buka sebuah Tadika untuk kanak-kanak istimewa. Orang-orang yang iri dengan kejayaan saya telah menjadi obor pembakar untuk saya maju kehadapan lagi. Saya ingin berjaya dan terus berjaya walaupun saya di taburi dengan onak dan duri.
Dalam pada saya di tipu, di belit dan di ketuk, Allah SWT tetap mengirimkan kepada saya orang-orang yang jujur, baik dan bertimbangrasa. Nampak dari wajah ada yang seperti samseng jalanan tetapi mereka adalah sahabat-sahabat saya yang tidak langsung mengambil kesempatan keatas diri saya. Hampir setiap hari saya bersama mereka dan semakin lama saya dapat mengenali perangai dan hati budi mereka. Bukanlah 100 peratus tetapi sedikit sebanyak saya sudah dapat mengenali siapa kawan dan siapa lawan. Kesemua kawan-kawan elit yang baru saya kenali habis saya tolak mereka ke tepi dan tinggallah kawan-kawan ini yang saya rasa sesuai dengan saya.
Menerima SMS atau panggilan telefon dari sahabat-sahabat yang saya kenali terdiri dari kalangan cerdik pandai kini membuatkan hati saya merasa hambar. Entahlah saya pun tidak tahu kenapa saya merasakan ada diantara kawan-kawan saya hanya berkawan dengan saya untuk mempergunakan saya semata-mata. Saya lebih suka berkawan dengan orang-orang yang tidak berada dari berkawan dengan orang-orang yang berada. Saya sudah tahu kini siapa sahabat saya yang boleh saya jadikan teman untuk mengadu. Sahabat yang akan menghulurkan tangan ketika saya didalam kesakitan. Sahabat yang sanggup bersusah payah bersama-sama semata-mata untuk menolong saya. Terima Kasih kepada mereka-mereka ini yang sanggup melayan kerenah saya. Tahun 2012 akan membuka tirai buat saya dengan sahabat saya yang hanya boleh dikira dengan jari sahaja. Biarlah sedikit yang pasti sedikit ini tidak akan menyakitkan hati saya.
Iki Mr. P dek'ea wong Jawo. Kue ngerti? Muka serius tapi hatinya baik be...
Aha ini Mr. Z. Dia ini tauke ye... Jangan tanya tauke apa! Kalau nak tahu tanya dia sendiri...
Ini Mr. An.. Orangnya tidak banyak cakap. Hanya tersenyum. Mungkin takut emas jatuh dari mulutnya kot....
Yang ini semua orang dah kenal sebab cerita dia dah ada dalam blog. Mengikut pendapatnya dia hanya "handsome" pada hidung dan mata aje... lain-lain ... entah lah.
Ini Mrs. Bah isteri Shah Cenderawasih dari Klang. Kalau ingin tahu mengenainya.. bacalah blog saya yang telah lalu...
2 comments:
inspirasi..
Ya, inilah inspirasi yang banyak mengajar erti kehidupan. Pahit, manis semuanya permainan belaka-belaka namun kepahitan dan kemanisan inilah yang bakal menjadikan kita manusia yang lebih sempurna. Yang penting terimalah dugaan dan cabaran ini sebagai sesuatu yang positif....Terima Kasih Saiful..perkataan 'inspirasi' memang sesuai untuk digambarkan.
Post a Comment