Sunday, December 18, 2011

Chow Kit... impot & expot

Kini semakin ramai kanak-kanak tidak sukakan sayur. Mengikut kajian sains sayuran terdapat banyak bahan-bahan yang sangat berfaedah untuk pertumbuhan diri fizikal kanak-kanak. Pertumbuhan fizikal kanak-kanak sangat penting untuk mereka dalam mengharungi masa depan mereka. Sekiranya perkembangan fizikal terjejas pastilah banyak komplikasi yang akan mereka hadapi. Sekiranya komplikasi pertumbahan fizikal teruk sudah pastilah pertumbuhan EQ dan IQ mereka juga turut terjejas.

Sebagai ibubapa kita mestilah menasihatkan atau memberi galakan kepada anak-anak kita untuk memakan makanan seimbang supaya mereka membesar dengan sempurna. Setidak-tidaknya kalau mereka tidak suka makan sayur cubalah galakkan mereka makan buah-buahan pula. Tak kiralah buah tempatan atau pun buah yang di impot.
Bakul rotan banyak kegunaannya kalau di Chow kit ini. Agaknya apakah yang terkandung didalamnya kali ni?
Inilah dia kandungannya. Ini gambar "close-up" ler... susah nak teka tu... Nampak macam batang kayu dengan rumput berwarna hijau tumbuh meliar! Eh yang merah tu apa pula?
Namanya Iwan atau nama glamornya Jeffry. Dia seorang penjual buah-buahan. Bakul tadi berisi dengan buah rambutan miliknya....hehehe inilah rupa tuannya. Rambutan adalah buah tempatan. Harganya tidaklah terlalu mahal kalau disini tetapi kalau di ekspot keluar negara... puff harganya .. takut nak tanya.. Kalau kat Mekah, orang yang makan buah ni...sudah pastilah  "loaded" !
Kuning kecil. Buah duku bukan langsat. Zaman sekarang ini anak-anak sudah tak tahu nama buah-buahan tempatan. Anehkan tapi itulah kenyataannya. Duku, langsat, dokong hampir sama saja bagi mereka...hehehe
Ini juga buah tempatan tetapi buah ini ada banyak jenisnya. Sipembeli kenalah tahu jenis apa yang baik untuk anak-anaknya. Kalau tersalah beli... puff, sampai bila-bila bebudak tu tak nak makan buah ini... hahaha
Dalam gambar ini yang paling dekat sekali buah limau, gerai kedua tu buah rambutan "semi-merah" biasa kurang menawan baik daripada pandangan mata mahupun rasanya. Disebelahnya rambutan merah tetapi tak semestinya "manis" dan lekang! Yang kejauhan tu buah longan.. versi tempatan pun ada dan dari negara Siam pun ada. Ini adalah tip untuk makan! Kalau kesemua buah ini ada dihadapan kita... pastikan buah longan tu di makan pada peringkat terakhir...kalau tidak...hahaha semua buah lain tu... tidak dapat nak di nikmati keenakkannya sebab buah longan tu terlalu manis..ler 
Hmm, ini buah impot. Buah omputeh kata budak-budak sekolah! Epal (merah dan hijau). Setiap buah ini mengadungi bahan yang berlainan. Epal merah lebih manis sedang epal hijau lebih masam. Kalau nak kuruskan badan makanlah epal hijau. Dalam longgokkan itu terdapat juga buah "pessimon" atau orang sini sebut "pisang kaki"... 
"Close-up" buah limau... ini bukanlah buah limau tempatan. Rasanya berbeza-beza. Kalau pandai pilih ..sah rasa manis... kalau tersalah pilih... omak berkedut muka kita dibuatnya... Jadi hati-hati kalau nak didik anak kita makan buah... jangan tersalah buah... kot sampai bila-bila dia tak nak makan buah... tu yang leceh tu...
Sedap dipandang tapi belum pasti isinya manis! Yang pastinya anak-anak kita perlu buah-buahan atau sayur-sayur untuk perkembangan fizikal mereka demi menjaga perkembangan EQ dan IQ mereka agar sentiasa sihat dan cergas.
Sebenarnya buah ini baik untuk kita... Ada orang kata dia bukan buah tapi sayur... hahaha. Dalam gambar ini terdapat buah petai, jering dan kerdas. Kalau orang ada masalah dengan  kencing manis makanlah petai dan jering ni. Ada juga orang yang langsung tak boleh dekat sebab baunya ... yang "membunuh!" Dalam ketiga-tiga jenis kerdaslah yang paling bagus... tapi masyaallah.. cubalah cari kenapa saya kata masyaallah!
Ini jalan untuk ke gerai buah-buahan tadi. Bagi mereka yang belum biasa ditempat ini, saya nasihatkan supaya  berhati-hati sebab malang tak berbau. Bukannya semua manusia itu baik hatinya...
Hmm... Si mamat ini sedang menolong sebuah kereta "reverse" keluar dari tempat parking. Kalau nasib dia baik... dapatlah dia 50 sen atau Satu ringgit...

Saturday, December 17, 2011

Cahayaku Sabah ... Negeri di bawah bayu.

Perkataan "tetamu" kebiasaannya difahami oleh kebanyakkan orang seperti berikut: tamu, jemputan, undangan, pelawat, pengunjung, penziarah... Itu dari segi makna tetapi bagaimana pula yang berkaitan dengan EQ dan IQ bagi kedua-dua pihak iaitu penerima tetamu atau yang pengunjung itu sendiri? Kadang-kadang bertamu ini boleh menguntungkan kita tetapi adakalanya merugikan kita! Nasihat saya pandai-pandai tafsirkannya jangan "pakai" terima aje kerana adakala isu yang dibualkan akan menyusahkan diri kita sendiri.

Sebagai Pereka, Pengubah, Penulis dan Pengajar untuk Sistem Cahayaku, saya selalu dikunjungi oleh tetamu-tetamu. Sudah jadi "asam garam" dalam hidup saya. Persoalan yang dibincangkan kadang-kala langsung tiada kena mengena dengan Sistem pun.... Bagi saya biar apapun topik yang dibincangkan oleh mereka saya tetap terima, dengar, menganalisakan isu yang dibicarakan serta memberi pendapat saya sekiranya diperlukan. Asalkan mereka tidak mendatangkan kesan buruk kepada saya, famili dan perniagaan ... "should be ok with me!" sebab kita ni sebenarnya tetamu Allah SWT didunia ini! Hati-hatilah ketika pulang nanti kedunia yang "kekal" jangan membawa sesuatu yang akan menyusahkan kita.... Janganlah gunakan IQ kita untuk memenuhi kejahatan EQ kita seperti yang telah saya tulis diblog ini dengan tajuk "Rezeki di mana-mana...BERWASPADALAH !... Ingatlah: Setiap saat apa saja yang kita lakukan atau katakan atau niatkan selagi kita sebagai tetamu didunia ini kita diawasi dan dihitungkan oleh Allah SWT.
Cahayaku daripada Sabah sedang menanti saya di hadapan City Hotel. Mereka adalah pengusaha tadika-tadika di Sabah. Ini adalah kali pertama kami bertemu dan bersua walaupun mereka sudah bertahun-tahun menggunakan Sistem Cahayaku di tadika mereka di Sabah. "Assalamulaikum. Selamat datang ke KL dan selamat berkenalan".
Untung mereka datang di musim cuti sekolah kerana jalan raya tidak sibuk. Kebiasaannya di Chow Kit ini terlalu padat dengan kenderaan diwaktu pagi. Perjalanan kami akan mengambil masa lebih kurang 15 - 20 minit untuk ke Pusat Tuisyen saya yang berlokasi di Taman Tun Perak, Cheras, Selangor.
Setelah mereka melihat dan berpuas hati dengan sentuhan gubahan, susun-atur, bergambar serta meneliti pelbagai-bagai sudut dipusat ini barulah sessi soal-jawab berkaitan perancangan yang bakal mereka hadapi sekiranya mereka ingin mengadakan pusat seperti ini di Sabah.  
 Di hadapan sekali disebelah kanan didalam gambar ini ialah Pn. Shida. Beliau adalah Koodinator kami bagi seluruh Negeri Sabah. Bagi tadika-tadika yang ingin menggunakan Sistem Cahayaku di Sabah boleh hubungi beliau. Malah sekiranya ada anak-anak anda masih belum boleh menguasai (3M) atau anak-anak anda dikelas pemulihan pun bolehlah hubungi beliau. Cuba dapatkan nasihat darinya mengenai Sistem Cahayaku B. Malaysia dan Inggeris. Beliau juga berupaya mengajar kanak-kanak istimewa tetapi mungkin bayarannya sedikit mahal... biasalah tu...
 Setelah penat berbincang pelbagai isu yang membabitkan pusat tuisyen untuk Sistem Cahayaku, saya membawa mereka ke Restoran Arab. Biar mereka makan makanan arab pulak... hehehe ... untung-untung mereka pandai cakap arab macam Lutfi kita. Lutfi ialah pemilik blog "www.na5wa.com" yang berada di Arab Saudi... Cuba perhatikan masing-masing sibuk ber-sms kepada suami, kekasih, anak atau mungkin .... hehehe cucu kot.. Orang zaman sekarang muda-muda dah bercucu..
Hmm... saya terpaksa tanya Pn. Shida sebab saya tak tahu apa yang disukai oleh orang-orang Sabah. Nasib baik ada Pn. Shida, dia boleh bagi "suggestion" pada saya... hehehe.. rupa-rupanya purata yang berada disitu tak nak makan daging kambing.. tak tahulah mungkin nak jaga "body" kot .. atau takut darah tinggi.. hehehe ...
"Dengan nama Allah SWT. Tidak akan meninggal bekas apa pun daripada langit atau bumi kecuali daripada Allah SWT".
 Hmm.. manis-manis jugak orang Sabah ini tetapi bila berbual dengan mereka, saya terpaksa suruh mereka pelahankan (lambatkan) sebutan perkataan sebab saya tak pandai dialek Sabah. Perhatikan yang tengah-tengah foto tu... Dia senyum kat kita kot?  
 
Tauke dah datang. Tauke ini hanya tahu bercakap Arab dan Inggeris aje tetapi makanan arab kat kedai ini yang ter-"best" di KL ni sebab saya dah cuba makan di kedai Arab yang lain... Yang ini lain dari yang lain! Untuk pengetahuan kepada anda semua yang ingin berkunjung ke sini (Restoren ini bersebelahan Ar-Rajhi Bank di Taman Connaught, Cheras)... saya "suggest" cuba makan "nasi kambingnya"... ish, ish, ish terlupa pula nama masakannya sebab perkataan arab ler...
 "Silakan makan-makan, cuba jangan tak cuba nanti menyesal" Sebab setahu saya restoren arab susah nak cari di Sabah... betul kan? Mereka ni makan daging ayam.. atau perkataan Sabahnya disebut "manok"
Hehehe... senang hati saya melihatkan mereka meminati "manok" yang dimasak ala arab.. cuba perhatikan senyuman mereka ... Mungkin satu kepuasan buat mereka merasa masakan ini... alhamdulillah.
Puff... masing-masing sibuk lagi dengan talifon mungkin bagi tahu kat orang Sabah kot suruh datang kat sini makan makanan arab.. hehehe... atau mereka tangkap gambar lauk-paut masakan arab menggunakan talifon.. entah lah.. yang pasti mereka semua sedang sibuk... 

Friday, December 16, 2011

Kerana Dia... aku "Dracer Musleh".

Salam kepada semua blogger dan pembaca. Coretanku kali ini pastinya pendek dan hanya mengenai diriku dan dia... Dia adalah seseorang yang telah memberi "cahaya baru" dengan mendidik diriku mengerti nilai-nilai kehidupan yang meliputi EQ, IQ dan yang termahal sekali tentunya Bab Ketuhanan.

Tajuk coretan Pn. Chahaya yang lalu iaitu "Pesanan Penyelidik" telah membuatkan aku mengimbaskan kembali detik-detik mulanya cara pemikiranku kearah yang lebih bererti serta penuh dengan suntikan yang sangat istimewa. Dialah satu-satunya insan yang telah memandang "tembus" kedalam lubuk hatiku serta menghuraikan dengan cara yang sangat unik, aneh serta menyakitkan tetapi sangat berkesan. Adakah anda tahu siapakah dia yang aku maksudkan?

Dia adalah Penyelidik Cahayaku (Suami Pn. Chahaya dan namanya Abg Zahari). Cuba perhatikan Youtube yang telah diuploadkan oleh Pn. Chahaya tu... Gerakkan "cursor" (Mouse) kesudut sebelah kiri diatas Youtube itu... sudah pasti dengan jelas tercatit "muslehgilang". Inilah nama samaran yang telah digunakan oleh Abg Zahari untuk sekian lama tanpa diketahui oleh orang ramai ataupun pelajarnya sendiri.

Kerana nama samaran inilah yang membuatkan aku memiliki nama samaran sebagai "Dracer Musleh". "Dracer" yang aku maksudkan ialah "D" + "Racer". "D" untuk singkatan "The" jadi "Dracer" ertinya "The Racer". "Racer" a.k.a ialah "kaki lumba"... bergerak dengan laju tanpa hiraukan apa yang berada di kiri atau kanan. Racer hanya bergerak kehadapan sahaja mengejar "objektif" bukannya bersantai beb!....

Sedangkan aku memilih perkataan "musleh" pula sebagai "trademark" muridnya dan juga penghargaanku terhadapnya.... hahaha... Setahu aku dia tak suka berperang di dunia siber sebab itulah dia tidak memiliki blog atau facebook sendiri tetapi biarlah aku sebagai "samurai-nya" untuk "melambakkan ide-idenya"..... Sudah aku katakan sebagai "The Racer", aku tidak ada masa untuk berbual mesra...maafkan ye..kalau rajin-rajin tu bacalah penulisanku yang pertama sekali di dalam blog ini.

Masaku yang lain akan ku penuhkan se maximun yang mungkin untuk memahami pengertian hidup yang telah diajarkan oleh Penyelidik Sistem Cahayaku secara "simbolik" semasa berkursus. Kenapa aku kata simbolik? ....Hmmm, baca dan fikirkanlah kata-katanya didalam Youtube itu... hahaha mungkin ada yang tak faham pun... hehehe.. tak apa kalau tak faham pun tapi pastikan kita berupaya memahaminya sebelum "nafas terakhir" ye... Adiossss...
(P/s: Terima Kasih dariku untuk si dia dan youtube).
.....Dracer Musleh

Thursday, December 15, 2011

Pesanan Penyelidik.

Dari penyelidik Sistem Cahayaku. Sesuatu yang teristimewa untuk kita semua. Perkataannya mungkin hanya segelintir mereka sahaja yang mengerti dan memahami!...

Sebahagian kata-katanya:
Masa akan pergi.
Tak mungkin masa itu menungguku.
Masa tetap berlalu.
Walaupun ada yang menghalangnya.
.................
Bicaraku meliputi EQ dan secalit IQ.
---- ----- -----
Kajianku, penyelidikanku tetap berada bersama-samamu.
Walaupun masa telah berlalu.
Bayanganku tetap bersamamu.
Tingkahlaku dalam lipatan ingatanmu.
Walaupun fizikalku tiada disisimu
Allah Ya-Rahim... tetap bersamamu.
Credit to: Winter sonata (Korean song)

Di upload khas dari saya untuk semua. Cuba-cubalah uraikan sendiri pengertiannya. Yang pasti sesuatu berkenaan dengan penyelidikannya untuk Sistem Cahayaku...
Dia lebih gemar melepaskan pandangannya jauh-jauh tanpa ada ganguan....
Biasanya kalau dia dah terlalu letih... Dia akan membawa familinya jauh daripada kesibukan hariannya.
Ini adalah sebahagian ikan-ikan "Japanese Koi" yang pernah di peliharanya dan ikan-ikan ini telah diajar makan makanan ditangannya tetapi sayang ikan-ikan ini telah di racun oleh orang. Kalau ikan boleh diajar masakan anak-anak manusia tidak boleh di ajar.. Anak-anak yang dimaksudkan ialah "special kids".
Inilah ikan "Jepanese Koi" yang baru yang telah saya gantikan tetapi ikan-ikan ini tidak di ajar untuk makan ditangannya mungkin dia tidak mahu perkara yang sama berlaku sekali lagi.
Ini ialah Tom. Jenis Norwegian Forest Cat. Kucing kesayangannya. Kucing ini berupaya berkomunikasi dengannya. Malahan kucing ini sentiasa bersama apabila dia pulang kerumah. Tom telah diambil semasa berusia 2 minggu tetapi Tom telah di didik untuk memahami perkataan manusia baik B. M'sia atau Inggeris.
Ini Akane. Kucing jenis "Persian". Dia mendapat didikan daripada Tom kerana penyelidik kita berkeyakinan bahawa Tom boleh mendidiknya. Sememangnya perkara ini telah belaku.... 
Ini Pok. Kucing jenis "Himalayan Cat". Kucing ini sangat nakal. Pok adalah anak didikan Tom kerana penyelidik kita telah mengarahkan Tom untuk mendidik Pok... Masih menjadi mesteri bagi saya bagaimana binatang-binatan ini berkomunikasi dengan manusia...

Wednesday, December 14, 2011

Persediaan.

"Persediaan". Satu perkataan yang boleh digunakan untuk menakutkan atau mengembirakan. Contoh yang menakutkan ialah persediaan untuk mati. Bagi mereka yang banyak buat dosa tentulah takut tetapi ada juga gulungan yang membuat dosa tetapi tidak takut mati! Macammana pulak ya? Sebenarnya mereka-mereka ini ialah gulungan yang kurang beragama atau IQ-nya "kaput" kot! Tidak percaya kepada hari kiamat! Tidak percaya kepada balasan Allah SWT! Tahulah nanti bila dah mati... bior aje dia raso!

IQ mereka yang seperti ini bolehlah kita katakan setara "instink" sahaja. Sebenarnya hanya binatang yang mempunyai "instink" disebabkan IQ mereka tidak berfungsi seperti akal manusia ... bolehlah kita samakan IQ mereka dengan "instink"! 

Didalam gambar dibawah ini ialah persediaan untuk membuat kenduri kahwin. Masa yang diperlukan agak lama kerana banyak bahan-bahan yang perlu dibeli serta diadunkan untuk dijadikan makanan yang enak. Kali ini saya berpeluang untuk menyaksikan persediaan untuk membuat nasi minyak (bukan ala melayu) serta lauk-pauknya. Sesuatu yang baru yang perlu saya belajar sudah pasti menyeronokkan.
Inilah sebahagian bahan-bahan yang diperlukan. Nanas, bawang merah, bawang putih, lobak merah, halia dan bla, bla, bla, bla... dah lupa pulak.. ish, ish, ish!
Nasib saya baik kerana saya hanya disuruh untuk mengupas halia... kalau bawang hu, hu, hu tentulah air-mata akan belinangan kot. Airmata yang keluar tu bukannya sedih tetapi bau serta juice bawang yang membuatkan airmata keluar... 
Saya, Ali dan Habibah.
Ali ialah salah seorang pekerja Shah (Habibah ialah isteri Shah). Ali berkata "kalu saya punya gambar juga masuk internet. Saya nanti suruh emak juga tengok Bangladesh mari. Mesti Bangla famili punya ada senyum". Yang pastinya Ali tahu bercakap dalam bahasa melayu walaupun terbalik! Kita kenalah adjust-adjust sedikit untuk mendapatkan kefahaman.
Tengah seronok memotong tiba-tiba datang si Shahiran anak Bibah. Dia adalah pelajar disebuah tadika yang menggunakan Sistem Cahayaku. Dia asyik nak mengeja aje. Terpaksalah saya layan. Bebudak Cahayaku memang macam tu... 
Ini Bilal. Dia juga pekerja Shah. Tugasnya hari tu ialah mengupas bawang merah serta bawang putih. Huh, rasakan kau. Perhatikan mukanya yang "masam" tu. Nak tahu apakah sebabnya? Hahaha... itulah dia kesan bau serta percikan juice bawang.. meleleh airmatanya...hehehehe

Tuesday, December 13, 2011

Rezeki di mana-mana...BERWASPADALAH !

Perkataan rezeki hampir semua orang tahu. Ada rezeki sikit ada rezeki banyak. Ada rezeki halal dan ada rezeki haram. Yang tak dapat itu pun dikatakan rezeki juga kerana itulah rezeki yang TAK DAPAT. Macammana pulak tu ya.....fikir-fikirkanlah sendiri. Ada orang sanggup hidup di atas rezeki orang lain. Ada pulak tu sanggup merasuah orang lain semata-mata untuk mendapatkan rezeki. Ada juga yang sanggup membuka tadika haram semata-mata untuk mendapatkan rezeki. Haram tu maknanya beroperasi tanpa lesenlah. Walauapapun perniagaan yang mereka jalankan itu tetap dikatakan REZEKI. Haram dan halal itu adalah berpandukan kepada hukum agama manakala hukum negara berlesen atau tidak berlesen. 

Ada sesetengah orang tidak suka melihat orang lain mendapat rezeki yang banyak, apalagi berjaya didalam perniagaan. Itu yang dikatakan dengki, busuk hati, iri hati, sakit hati atau HASAD. Kalau kita ada penyakit hasad ni didalam hati....alahai....meranalah orang lain di dunia tapi si penghasad itu merana di akhirat selama-lamanya. Penyakit ini boleh menyebabkan si penghasad boleh melakukan apa saja. Kalau dikalangan masyarakat melayu mereka akan menggunakan SIHIR (perbuatan terkutuk dan terlarang dalam Islam) untuk menyekat periuk nasi orang lain. Kalau bangsa lain tak tahulah saya tetapi belum pernah lagi saya mendengar bangsa lain pandai main sihir ni. Orang melayu kalau pasal bab tutup menutup rezeki ni memanglah hebat. Sanggup habiskan wang mengupah BOMOH siam, sakai, Iban dan apa saja asalkan matlamatnya untuk menutup pintu rezeki orang lain tercapai.

Allah SWT maha pengasih dan penyanyang. Dia akan kabulkan doa orang-orang kafir dan jahat pun. Manakala bagi orang yang menghadapi situasi pintu rezeki ditutup ini pula merupakan satu dugaan dan cabaran yang harus dilalui dengan tenang dan sabar. Allah SWT itu Maha Adil. Segala perbuatan mungkar yang dilakukan orang terhadap makhluknya yang sabar akan diberikan ganjaran yang paling hebat.

Hakikatnya rezeki ada dimana-mana. Ulat dalam batu pun boleh makan (Allah SWT limpahkan rahmatnya) apalagi kita yang masih hidup dan bernafas ni. Insan-insan yang telah menutup pintu rezeki orang lain insaflah.......selagi anda menutup dan terus menutup pintu rezeki orang selagi tu orang-orang itu akan terus berjaya dan terus berjaya. Tutuplah selagi mahu kerana Allah SWT akan sentiasa berada bersama-sama orang-orang yang teraniaya.

Macam-macam manusia ni. Kepandaiannya hanyalah kepada menabur tanah kubur, tulang babi, air mayat dan macam-macam lagi. Kenapalah tidak digunakan perasaan hasad tu untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang lagi. Gunakan tangan yang menabur tanah kubur tu untuk membantu orang-orang yang lebih memerlukan. Gunakan kaki yang Allah SWT beri itu untuk ke masjid atau melakukan amal di rumah anak-anak yatim. Sayang seribu kali sayang setiap anggota badan yang Allah SWT pinjamkan kepadanya digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang SYIRIK.

Nasihat saya gunakanlah IQ yang ada untuk melakukan perkara-perkara yang lebih positif didalam mendidik EQ bagi memperkembangkan nilai-nilai kemanusian ketahap yang lebih sempurna disisi ALLAH SWT.


"Mari-mari jangan tengok aje. Goreng pisang panas atau kelapa muda?"
Nan & As mencari rezeki dengan menjual buah-buahan serta makanan seperti goreng pisang dan lain-lain lagi di Alam Damai (dekat Damai Bestari). 
"Hmm, daging ini yang baru. Harganya agak mahal sedikit tapi puas hati. Sekarang ini susahlah lembu semuanya kurus sebab tak makan rumput. Semua rumput telah diracun orang" kelohan si Bob. Bob mencari rezeki dengan cara menjual daging di Baiduri, Cheras.
"Saya cuma nak jadi santa clause di KLIA ini untuk meraikan Hari Natal yang hampir tiba." Jadi santa pun dikatakan sebagai kerja mencari rezeki juga.
"Ini baju celorenglah! Bila sembunyi dekat pokok.. pasti orang tak nampak kita!" Mereka yang berpakaian seragam ini pun mencari rezeki juga.  
"Oh mak. Tayar estima ini tak bersihlah. Bau taik kucing pulak. Ini yang leceh ini! Ah, peduli apa janji dapat rezeki halal!" komen Nash tuanpunya workshop yang berlokasi di Saujana Impian, Selangor.
Ini adalah sebahagian peralatan yang diperlukan oleh seorang mekanik. Tiada peralatan ini  payahlah nak buat kerja. Mekanik ini menggunakan IQ untuk memudahkan perkerjaannya. Gunakan IQ ke arah yang berfaedah...
Seorang polis traffik sedang menjalankan tugas ini di KLIA.
Seorang gadis Imigresen di KLIA sedang sibuk berkerja untuk memastikan bahawa setiap orang mempunyai dokumen yang sah.
 Hmm... terlupa pulak nak tanya nama gadis manis ini. Beliau sedang menolong keluarga mencari rezeki dengan cara menjual ikan dekat Pulau Carey, Klang, Selangor.
Ini adalah ikan-ikan yang dijual oleh si gadis manis tu. Beliau menggunakan ketulan ais untuk menyegarkan ikan-ikannya. Gunakan IQ ke arah positif.
Ini adalah rezeki perut! Adakah ianya halal? Sudah pasti halal sebab tidak mengandungi bahan-bahan yang tidak halal tetapi sekiranya hasil wang yang diperolehi dengan cara tidak halal untuk membayar makanan ini jadilah ianya rezeki yang tidak halal. Inilah persoalan yang jarang difikirkan oleh manusia pada zaman ini!

Monday, December 12, 2011

IQ & EQ sudah berubah beb!

Salamku kepada semua blogger dan pembaca... Puff, aku singgah lagi keblog ini. Mungkin ada yang menyampah kepadaku kerana kata-kataku yang "pedas dan menyakitkan" kot. Walau bagaimana pun aku mohon maaf terlebih dahulu kepada semua sebelum kamu membacanya sekiranya kata-kata ini menyakiti hatimu.

Seperti telah dikatakan aku ini Dracer Musleh! Catitan mengenai diriku sudah jelas.. Sila baca mengenai pendirianku "AKU DRACER MUSLEH" dalam coretanku yang pertama bulan 8hb Mac, 2011 (Selasa). Dua minggu yang lepas aku telah berbual-bual dengan sekumpulan ibubapa yang "berbuih-buih mulut" mereka dan coretanku ini adalah "luahan rasa" mereka. Aku cuba sedaya upaya untuk merakam kata-kata mereka... hah... terlalu panjang tetapi aku akan muatkan sepadat yang mungkin didalam penulisan ini. JANGAN TAK BACA RUGI NANTI. Biarlah kita berkongsi bersama-sama supaya ada gulungan yang tertentu akan menyedari akan situasi (cerita kedai kopi) ini. Kekadang cerita kedai kopi lebih hebat dan bernas dari meja bulat! Cuma bahasanya agak... hmm faham-fahamlah sendiri! Cerita kedai kopi adalah secara "live" tak ada "sensor"!  Inilah yang best!

Justru itu aku akan terus mencorekkan pendapat-pendapatku walaupun ada yang terluka atau tercalar atau tercabar bagi individu yang tertentu... hmm bagi yang sentitif tu.. aku minta maaf terlebih dahulu. Sebenarnya bukan maksudku begitu tetapi kalaulah semua manusia hanya mendiamkan diri bagaimana kita nak maju! Bak kata orang tua-tua "hanya yang makan cili sahaja yang akan merasa pedas!" Omak ohey ... Kalau kita tak makan cili ... macam mano ler nak raso podeh... roti ke idak perpatah den ni?

Orang-orang zaman dulu-dulu hanya memakai cawat tetapi zaman sekarang kita sudah berpakaian. Zaman dulu orang hanya berkereta lembu / kuda tetapi zaman sekarang kita sudah berkenderaan (kereta porche, bus, lori entah apa-apa lagi)! Kalau dulu kita hendak ke sesuatu destinasi hanya dengan melalui daratan atau lautan, malah kini kita sudah boleh terbang! Begitulah juga cara pendidikan 3M. Kalaulah masih pakai lagi istilah ini... HANYA ADA SATU sektor sahaja yang bijak atau cerdik atau "terror" untuk menghasilkan cara didikan...Hmm.. Itu zaman dulu ler bukan zaman sekarang beb! Bukalah minda sedikit, cubalah selami fikiran masyarakat, setelah faham secara "total = completely" dan menghayati apakah intipatinya barulah menilaikan sesuatu itu. (P/s: Itu adalah satu-satunya pesanan si sifu-ku: Penceramah Cahayaku yang tak lekang dari otakku ini.. hehehe.. Pada awalnya aku rasa dia tu yang aneh tetapi setelah memahaminya... hehehe terasa pulak aku ini yang aneh!)

Janganlah mengatakan bahawa kita sahaja yang betul atau sektor kita sahaja yang terbaik. Janganlah menyangka bahawa kita ini satu badan yang terbesar dan ter-"perfect" dalam persoalan ini, itu namanya ego, individualistik dan sempit fikiran! Kadang-kadang sesuatu kaum itu berpendapat bahawa mereka tu telah terbaik tetapi sebenarnya ada lagi kaum-kaum yang lebih baik dari mereka. Begitu juga dalam soal pendidikan! Kata perpatah "Semuanya daif dan yang Terkaya HANYA Allah SWT sahaja dan Maha Sempurna!" Jadi dalam dunia ini kita hendaklah bersama-sama dalam semua urusan kerana zaman telah berubah! Begitu juga perkembangan IQ and EQ beb! Kalau EQ masih ditahap lama... hmm jawabnya "abih lek hilir, abih lek hulu lah kita ni!"

Kalau zaman dulu kanak-kanak memang tak boleh membaca ketika masuk alam persekolahan. Aha.. kita kata: itu soal biasa! Zaman dulu-dulu tak boleh membaca masih boleh dapat kerja! Tapi kini zaman moden seandainya anak-anak kita tak boleh menguasai 3m alahai ... alahai alamatnya kekelas "pemulihan" lah tu! Perkataan "pemulihan" itu bunyinya macam "lazim" aje. Iya ke? Bagaimanakah kesannya pada EQ dan IQ untuk satu jangkamasa yang panjang? Bagaimanakah masa depan bagi individu-individu yang terbabit itu?

Sekolah zaman dulu tak ada komputer tapi zaman sekarang sudah ada komputer! Kalaulah tak boleh membaca.... apalah baiknya komputer tu! Ataupun komputer tu untuk gulungan tertentu sahaja? Yang tak pandai menguasai 3M tu nak buat apa?... Buang dalam tong sampah seperti dalam artikel (Sampah?) yang telah ditulis oleh Pn. Chahaya tu? Eh eh tak elok buat macam tu... ini anak manusia bukannya anak binatang! Fikir-fikirkanlah sendiri. Di zaman moden ini orang yang tak "reti berkomputer" dikatakan buta pengetahuan (atau perkataan bebudak moden "buta mata-hati")! Jadi berkataan "lazim" tu sebenarnya jangan ambil enteng! Bayangkan kalaulah kita yang ter-"include" sebagai mangsa itu! Apa macam?

Bagi sesetengah ibubapa mereka hanya akan menyalahkan pihak sekolah sekiranya anak-anak mereka tak boleh menguasai 3m. Mereka berpendapat bahawa pihak sekolah sepatutnya berusaha keras untuk mendidik anak-anak mereka sampai berupaya untuk menguasainya! Tidak kurang pula ada ibubapa yang menyalahkan pihak guru-guru yang mengajar kerana mereka berpendapat bahawa guru-guru kurang mahir atau malas! Kalau mengajar pun bagaikan melepaskan "batuk ditangga aje" kerana menjaga "pendapatan bulanan" (a.k.a gajilah tu), mereka berpendapat: "baik jangan mengajar atau jadi guru!" Sememangnya ada guru-guru yang suka membodek "Guru Besar" dengan memberi informasi yang bercanggah demi menjaga "periok nasinya!" Tak baik buat macam itu... dosa, dosa.

Sedang sebahagian guru-guru pula, berpendapat bahawa yang menyediakan kurikulum bukanlah mereka tetapi pihak atasan. Kalau tak ikut "salah itu lah.. salah ini lah", di sebabkan tak nak disalahkan mereka hanya mengikut sahaja. Persoalannya siapakah mangsa yang sebenarnya? Ibubapa, guru-guru atau pihak atasan atau anak-anak? Menunding jari tidak mungkin dapat menyelesaikan masaalah. Sebaiknya kita yang telah dewasa dan lebih IQ mencari penyelesaian dalam waktu yang singkat kerana sekiranya waktu yang diambil terlalu lama akan berlambak-lambak pulak yang tercicir! Sekarang ini agaknya sudah berapa ramaikah yang menjadi mangsa? Fikir-fikirkan sendiri... Janganlah cuba sorok fakta... hehehe. Ada ke budak-budak sekolah menengah yang masih tak boleh membaca sekarang ini... hehehe... carilah informasi sendiri dan jadikanlah persoalan yang aku ajukan ini sebagai satu kuiz minda untuk diri sendiri!... hehehe.

Agaknya apakah impak kepada pelajar-pelajar ini? Cubalah selami EQ mereka! Kalaulah tidak boleh menguasai 3M ertinya semua input atau fakta yang mereka perlukan hanya boleh diperolehi melalui orang lain yang sanggup memberi informasi kepada mereka secara perbualan saban hari! Kadang-kadang mereka menjadi "Tipah tertipu" daripada maklumat yang mereka perolehi. Alahai bebudak gagal 3M, kesian kan? Kalau bilangannya hanya seorang aje tak apa ler, mungkin ada individu yang berbaik hati kot tetapi pada hakikat yang sebenarnya bukanlah satu atau seratus!.. Janganlah kita terpekik atau terlolong sahaja mengatakan mereka itu malas atau sengaja tidak berusaha mencari penyelesai untuk diri mereka sendiri mengatasi 3M ini! Pernahkah kamu mendengar perkataan "inferior complex", dyleksia dan lain-lain yang setara itu? Besar kemungkinannya sistem yang diberikan tak bersesuaian dengan mereka kot... hehehe aku agak aje tapi aku serius ini.. huh.. huh.

Bagaimana kalau si mangsa berhujah pula... Contohnya kenapakah orang Malaysia tidak menggunakan abjad sendiri kerana abjad ini a, b, c dan seterusnya adalah adaptasi abjad omputeh dan kalau alif, ba, ta dan seterusnya.. itu orang arab punya! Sememangnya Bahasa Melayu sendiri tidak mempunyai abjad yang tersendiri! Kita hanya ada perkataan tetapi kita terpaksalah pinjam abjad orang lain untuk menulis dan mengeja! Kalau "pakai" yang bukan hak kita tentunya "susah". Mungkin itu alasan mereka, bagi mereka samalah seperti ini "bagaikan nak ajar si ayam bercakap macam si itik! (P/s: Mungkin dilain waktu aku akan menghuraikan masaalah persoalan ini.. oops kalau aku ada masa... tak berani nak janjilah...) Hmm...adakah pihak ibubapa atau guru-guru atau pihak atasan ingin mencipta abjad untuk bahasa melayu... wakakaka... maafkan aku guruaanku ini menyakitkan!

Sebenarnya aku cuba memberi imbasan EQ yang dialami oleh budak-budak yang tidak boleh menguasai 3M sahaja. Kalau gurauanku menyakitkan hatimu... hmm bagaimanakah keadaan bebudak yang tak boleh menguasai 3M tu? Tentunya terlebih parahkan? Tidak boleh menguasai 3M ertinya hidup mereka terbatas kepada banyak perkara di masa hadapan yang bakal mereka lalui! Bagi kaum-kaum yang terlibat inilah pesanku ... "INI ZAMAN MODEN LAH! Cubalah faham!"

Nasihatku untuk ibubapa, rajin-rajinlah cari informasi sebelum anakmu ke alam persekolahan. Soalan satu: Adakah anak-anakmu sudah boleh membaca semasa ditadika? Atau pihak ibubapa berfikiran bahawa setelah dihantar kepada sesebuah tadika, tanggungjawabnya sudah tamat?

Ooiii BUKANNYA SEMUA TADIKA BOLEH MENGHASILKAN BUDAK MAHIR MENGUASAI 3M! Check dekat internet, tengok video (bukan video budak nyanyi atau menari tapi video kanak-kanak membaca dan mengeja, tanya kawan-kawan tadika yang terbaik dan sistem apa yang dia gunapakai, bawa anak check kat doktor (bukannya doktor biasa) dan seterusnya. Kalau anak kita masih sedikit pun tidak boleh menguasai 3M semasa 5 tahun tu... tukar aje tadika... Wahai ibubapa cuba faham ini, duit bukanlah segala-galanya! Anakmu itu adalah amanah daripada Allah SWT! Kalau amanah daripada Allah SWT pun tak boleh jaga... hmm.. fikirkan sendiri jenis manusia apakah kita ini!

Pada segelitir guru-guru pula, kalau setakat berkerja nak cari duit aje... tolonglah cari kerja lain sebab kesian bebudak itu. Janganlah sebab kita pulak, masa depan bebudak tu punah-ranah! Dan pada pihak atasan pula janganlah pakai istilah ini ... "We are ... The Best Of The Best" ... sorry, aku "quote" kata-kata ini yang pernah dilemparkan kepadaku seketika dulu. Untuk mereka-mereka ini... udahlah zaman dah berubah, ubahlah sikap tu! "Public" pun ada yang lebih pandai dari kita! Cuba ruangkan masa dan menyelami masyarakat dan jangan biarkan bebudak "hancur-lebur masa depan mereka". Cubalah bayangkan kalau kita ini ditempat mereka! Amacam? Seronok? Bayangkan pulak kalau anak-anak kita tak dapat menguasai 3m! Sahlah kelam-kelibut dibuatnya! Kita ada duit tentu boleh kita kerah sana kerah sini tetapi bagi mereka yang tak ada duit macam mana ya? Pinjamkan duit awak kepada mereka.. boleh ke?

Hmm..itulah sekelumit celoteh di kedai kopi ianya terlalu panjang tetapi cukuplah sekadar "short-cut" luahan-luahan hati yang terhambur dari insan-insan di kedai kopi pada hari itu dan seandainya terkurang, maafkan aku kerana di dalam blog tak boleh panjang-panjang beb.. hehehe.. Salam buat semua blogger dan pembaca dan ku akhiri maafkan aku sekali lagi, sekiranya coretan ini melukai hatimu...
..... Dracer Musleh

Saturday, December 10, 2011

Sampah?

Sebagai ibu-bapa yang perihatin sudah pasti kita akan memikirkan tentang pembelajaran anak-anak dan masa depan mereka. Kalau diperingkat pra-sekolah sudah pasti kita inginkan anak-anak kita dihantar ke tadika yang berprestij bagi yang berkemampuan dan tadika bantuan kerajaan bagi mereka yang kurang mampu. Matlamat utamanya ialah anak-anak kita tetap kesekolah tak kira dimana pun mereka dihantar.

Persoalannya? Adakah anak kita apabila belajar ditadika selama beberapa tahun sudah boleh menguasai 3M? Jawapannya bukan semua tadika boleh melahirkan seratus peratus  pelajar yang berusia 6 tahun boleh membaca, mengira dan menulis. Hanya tadika-tadika yang tertentu sahaja yang boleh melakukannya. Ini adalah kerana mereka mempunyai silibus pembelajaran yang mantap.

Dari pra-sekolah sehinggalah ke menengah sekiranya anak-anak ini tidak pandai membaca, mengeja dan menulis apakah yang bakal terjadi kepada anak-anak ini. Sama-samalah kita fikirkannya. Oleh itu kepada ibu-bapa pilihlah tadika yang berkemampuan untuk mendidik anak-anak kita. Bukan saja dari segi IQ, EQ juga hendaklah diambil kira.  

Sampah ?
Pasti jijik di pandangan mata.
Mangkuk yang kotor kalau tidak dicuci bolehkah digunakan lagi?
Cawan yang berwarna-warni walaupun cantik dipandang mata tetapi kalau kotor sudah pasti tiada sesiapa pun yang mahu menggunakannya.
Sampah apa ni?
Hanya tempat kotor saja akan diisi dengan benda-benda yang kotor juga.

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...