Kini semakin ramai kanak-kanak tidak sukakan sayur. Mengikut kajian sains sayuran terdapat banyak bahan-bahan yang sangat berfaedah untuk pertumbuhan diri fizikal kanak-kanak. Pertumbuhan fizikal kanak-kanak sangat penting untuk mereka dalam mengharungi masa depan mereka. Sekiranya perkembangan fizikal terjejas pastilah banyak komplikasi yang akan mereka hadapi. Sekiranya komplikasi pertumbahan fizikal teruk sudah pastilah pertumbuhan EQ dan IQ mereka juga turut terjejas.
Sebagai ibubapa kita mestilah menasihatkan atau memberi galakan kepada anak-anak kita untuk memakan makanan seimbang supaya mereka membesar dengan sempurna. Setidak-tidaknya kalau mereka tidak suka makan sayur cubalah galakkan mereka makan buah-buahan pula. Tak kiralah buah tempatan atau pun buah yang di impot.
Bakul rotan banyak kegunaannya kalau di Chow kit ini. Agaknya apakah yang terkandung didalamnya kali ni?
Inilah dia kandungannya. Ini gambar "close-up" ler... susah nak teka tu... Nampak macam batang kayu dengan rumput berwarna hijau tumbuh meliar! Eh yang merah tu apa pula?
Namanya Iwan atau nama glamornya Jeffry. Dia seorang penjual buah-buahan. Bakul tadi berisi dengan buah rambutan miliknya....hehehe inilah rupa tuannya. Rambutan adalah buah tempatan. Harganya tidaklah terlalu mahal kalau disini tetapi kalau di ekspot keluar negara... puff harganya .. takut nak tanya.. Kalau kat Mekah, orang yang makan buah ni...sudah pastilah "loaded" !
Kuning kecil. Buah duku bukan langsat. Zaman sekarang ini anak-anak sudah tak tahu nama buah-buahan tempatan. Anehkan tapi itulah kenyataannya. Duku, langsat, dokong hampir sama saja bagi mereka...hehehe
Ini juga buah tempatan tetapi buah ini ada banyak jenisnya. Sipembeli kenalah tahu jenis apa yang baik untuk anak-anaknya. Kalau tersalah beli... puff, sampai bila-bila bebudak tu tak nak makan buah ini... hahaha
Dalam gambar ini yang paling dekat sekali buah limau, gerai kedua tu buah rambutan "semi-merah" biasa kurang menawan baik daripada pandangan mata mahupun rasanya. Disebelahnya rambutan merah tetapi tak semestinya "manis" dan lekang! Yang kejauhan tu buah longan.. versi tempatan pun ada dan dari negara Siam pun ada. Ini adalah tip untuk makan! Kalau kesemua buah ini ada dihadapan kita... pastikan buah longan tu di makan pada peringkat terakhir...kalau tidak...hahaha semua buah lain tu... tidak dapat nak di nikmati keenakkannya sebab buah longan tu terlalu manis..ler
Hmm, ini buah impot. Buah omputeh kata budak-budak sekolah! Epal (merah dan hijau). Setiap buah ini mengadungi bahan yang berlainan. Epal merah lebih manis sedang epal hijau lebih masam. Kalau nak kuruskan badan makanlah epal hijau. Dalam longgokkan itu terdapat juga buah "pessimon" atau orang sini sebut "pisang kaki"...
"Close-up" buah limau... ini bukanlah buah limau tempatan. Rasanya berbeza-beza. Kalau pandai pilih ..sah rasa manis... kalau tersalah pilih... omak berkedut muka kita dibuatnya... Jadi hati-hati kalau nak didik anak kita makan buah... jangan tersalah buah... kot sampai bila-bila dia tak nak makan buah... tu yang leceh tu...
Sedap dipandang tapi belum pasti isinya manis! Yang pastinya anak-anak kita perlu buah-buahan atau sayur-sayur untuk perkembangan fizikal mereka demi menjaga perkembangan EQ dan IQ mereka agar sentiasa sihat dan cergas.
Sebenarnya buah ini baik untuk kita... Ada orang kata dia bukan buah tapi sayur... hahaha. Dalam gambar ini terdapat buah petai, jering dan kerdas. Kalau orang ada masalah dengan kencing manis makanlah petai dan jering ni. Ada juga orang yang langsung tak boleh dekat sebab baunya ... yang "membunuh!" Dalam ketiga-tiga jenis kerdaslah yang paling bagus... tapi masyaallah.. cubalah cari kenapa saya kata masyaallah!
Ini jalan untuk ke gerai buah-buahan tadi. Bagi mereka yang belum biasa ditempat ini, saya nasihatkan supaya berhati-hati sebab malang tak berbau. Bukannya semua manusia itu baik hatinya...
Hmm... Si mamat ini sedang menolong sebuah kereta "reverse" keluar dari tempat parking. Kalau nasib dia baik... dapatlah dia 50 sen atau Satu ringgit...
No comments:
Post a Comment