Tapi hati ini siapa yang tahu. Memang hati kita tidak ada sesiapa yang tahu. Hanya Allah SWT tahu segala-galanya tetapi dari hati kita akan jelas terpancar dimuka. Kata orang 'airmuka' lah tu. Hati yang busuk akan dapat kita lihat dimuka seseorang itu walaupun dia cuba untuk berbuat baik. Namun saya tidak dapat hendak meneka perangai seseorang itu melalui wajahnya dan kerana itulah saya sering ditipu. Kerana sikap saya yang suka bersangka baiklah selalunya saya menjadi mangsa.
Hatiku hatimu jua......ahhh....ini dah lain macam bunyinya tetapi ada juga orang yang mengatakan sedemikian kepada saya mungkin itu hanyalah satu gurauan. Menjelangnya tahun 2011 hati saya akan sentiasa berdebar-debar kerana waktu-waktu inilah ibu-bapa akan datang ketadika saya untuk mendaftarkan anak-anak mereka. Ahlan wa sahlan dan dialu-alukan kepada semua ibu-bapa disekitar Cheras. Datanglah mendaftar anak anda ketempat saya.
Tahun 2012 bakal menjanjikan sesuatu yang baru buat saya dan khususnya buat perniagaan saya juga. Adakah projek yang sedang saya nantikan ini bakal menjadi kenyataan? Jawapannya Insyaallah. Sekiranya berjaya tahun depan akan ada satu format baru yang ingin saya perkenalkan di tadika saya. Pasti meletup insyaallah. Walaupun hanya anganan harapan saya dari berangan dan berkhayal adakalanya akan menjadi kenyataan.
Didalam hati ini saya ingin membuka sebuah tempat pembelajaran untuk kanak-kanak istemewa. Hanya impian yang bakal menjadi kenyataan. Rumah 'corner lot' milik saya akan saya jadikan sebuah tempat pembelajaran berkonsepkan SPA. Namanya Cahayaku Medic Spa. Kenapa medic spa yang saya pilih kerana ada cerita yang tersurat dan tersirat didalamnya. Insyaallah pertengahan bulan ini akan saya lakukan. Satu-satunya pusat pembelajaran yang berwajah lain, berkonsep lain dan bertema lain. Lain dari yang lain. Khas untuk mereka-mereka yang memerlukannya.....
Hatimu ketika ini pasti sedang memilih tadika manakah yang terbaik untuk anak-anak mendapatkan pembelajaran pra-sekolah. Hatiku pasti akan menjanjikan sesuatu yang baik yang termampu saya lakukan untuk anak-anak di tadika saya. Hatinya jua adalah hati-hati para pelajar yang bakal belajar di tadika saya. Hati kanak-kanak adalah bersih dan sudah pasti bila kita terapkan nilai-nilai yang positif hatinya akan terdidik kearah pembentukan EQ dan IQ yang lebih sempurna.
Yang pasti Hanya Allah SWT sahaja yang tahu apa yang ada didalam HATIMU.....HATIKU......DAN HATInya......
Melakukan kerja dari hati yang ikhlas akan membuahkan hasil yang cukup menyenangkan untuk semua pihak.
Apakah yang akan terdetik dihati kita apabila melihat menu ini.....
'Hati-hati dik air panas tu....'
Termenung ketika melakukan kerja.........dimanakah hati mereka.
Mempunyai 2 hati......... hihihi
Hati seorang bos........'nak masak apa esuk ya'........
No comments:
Post a Comment