Tuesday, December 13, 2011

Rezeki di mana-mana...BERWASPADALAH !

Perkataan rezeki hampir semua orang tahu. Ada rezeki sikit ada rezeki banyak. Ada rezeki halal dan ada rezeki haram. Yang tak dapat itu pun dikatakan rezeki juga kerana itulah rezeki yang TAK DAPAT. Macammana pulak tu ya.....fikir-fikirkanlah sendiri. Ada orang sanggup hidup di atas rezeki orang lain. Ada pulak tu sanggup merasuah orang lain semata-mata untuk mendapatkan rezeki. Ada juga yang sanggup membuka tadika haram semata-mata untuk mendapatkan rezeki. Haram tu maknanya beroperasi tanpa lesenlah. Walauapapun perniagaan yang mereka jalankan itu tetap dikatakan REZEKI. Haram dan halal itu adalah berpandukan kepada hukum agama manakala hukum negara berlesen atau tidak berlesen. 

Ada sesetengah orang tidak suka melihat orang lain mendapat rezeki yang banyak, apalagi berjaya didalam perniagaan. Itu yang dikatakan dengki, busuk hati, iri hati, sakit hati atau HASAD. Kalau kita ada penyakit hasad ni didalam hati....alahai....meranalah orang lain di dunia tapi si penghasad itu merana di akhirat selama-lamanya. Penyakit ini boleh menyebabkan si penghasad boleh melakukan apa saja. Kalau dikalangan masyarakat melayu mereka akan menggunakan SIHIR (perbuatan terkutuk dan terlarang dalam Islam) untuk menyekat periuk nasi orang lain. Kalau bangsa lain tak tahulah saya tetapi belum pernah lagi saya mendengar bangsa lain pandai main sihir ni. Orang melayu kalau pasal bab tutup menutup rezeki ni memanglah hebat. Sanggup habiskan wang mengupah BOMOH siam, sakai, Iban dan apa saja asalkan matlamatnya untuk menutup pintu rezeki orang lain tercapai.

Allah SWT maha pengasih dan penyanyang. Dia akan kabulkan doa orang-orang kafir dan jahat pun. Manakala bagi orang yang menghadapi situasi pintu rezeki ditutup ini pula merupakan satu dugaan dan cabaran yang harus dilalui dengan tenang dan sabar. Allah SWT itu Maha Adil. Segala perbuatan mungkar yang dilakukan orang terhadap makhluknya yang sabar akan diberikan ganjaran yang paling hebat.

Hakikatnya rezeki ada dimana-mana. Ulat dalam batu pun boleh makan (Allah SWT limpahkan rahmatnya) apalagi kita yang masih hidup dan bernafas ni. Insan-insan yang telah menutup pintu rezeki orang lain insaflah.......selagi anda menutup dan terus menutup pintu rezeki orang selagi tu orang-orang itu akan terus berjaya dan terus berjaya. Tutuplah selagi mahu kerana Allah SWT akan sentiasa berada bersama-sama orang-orang yang teraniaya.

Macam-macam manusia ni. Kepandaiannya hanyalah kepada menabur tanah kubur, tulang babi, air mayat dan macam-macam lagi. Kenapalah tidak digunakan perasaan hasad tu untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang lagi. Gunakan tangan yang menabur tanah kubur tu untuk membantu orang-orang yang lebih memerlukan. Gunakan kaki yang Allah SWT beri itu untuk ke masjid atau melakukan amal di rumah anak-anak yatim. Sayang seribu kali sayang setiap anggota badan yang Allah SWT pinjamkan kepadanya digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang SYIRIK.

Nasihat saya gunakanlah IQ yang ada untuk melakukan perkara-perkara yang lebih positif didalam mendidik EQ bagi memperkembangkan nilai-nilai kemanusian ketahap yang lebih sempurna disisi ALLAH SWT.


"Mari-mari jangan tengok aje. Goreng pisang panas atau kelapa muda?"
Nan & As mencari rezeki dengan menjual buah-buahan serta makanan seperti goreng pisang dan lain-lain lagi di Alam Damai (dekat Damai Bestari). 
"Hmm, daging ini yang baru. Harganya agak mahal sedikit tapi puas hati. Sekarang ini susahlah lembu semuanya kurus sebab tak makan rumput. Semua rumput telah diracun orang" kelohan si Bob. Bob mencari rezeki dengan cara menjual daging di Baiduri, Cheras.
"Saya cuma nak jadi santa clause di KLIA ini untuk meraikan Hari Natal yang hampir tiba." Jadi santa pun dikatakan sebagai kerja mencari rezeki juga.
"Ini baju celorenglah! Bila sembunyi dekat pokok.. pasti orang tak nampak kita!" Mereka yang berpakaian seragam ini pun mencari rezeki juga.  
"Oh mak. Tayar estima ini tak bersihlah. Bau taik kucing pulak. Ini yang leceh ini! Ah, peduli apa janji dapat rezeki halal!" komen Nash tuanpunya workshop yang berlokasi di Saujana Impian, Selangor.
Ini adalah sebahagian peralatan yang diperlukan oleh seorang mekanik. Tiada peralatan ini  payahlah nak buat kerja. Mekanik ini menggunakan IQ untuk memudahkan perkerjaannya. Gunakan IQ ke arah yang berfaedah...
Seorang polis traffik sedang menjalankan tugas ini di KLIA.
Seorang gadis Imigresen di KLIA sedang sibuk berkerja untuk memastikan bahawa setiap orang mempunyai dokumen yang sah.
 Hmm... terlupa pulak nak tanya nama gadis manis ini. Beliau sedang menolong keluarga mencari rezeki dengan cara menjual ikan dekat Pulau Carey, Klang, Selangor.
Ini adalah ikan-ikan yang dijual oleh si gadis manis tu. Beliau menggunakan ketulan ais untuk menyegarkan ikan-ikannya. Gunakan IQ ke arah positif.
Ini adalah rezeki perut! Adakah ianya halal? Sudah pasti halal sebab tidak mengandungi bahan-bahan yang tidak halal tetapi sekiranya hasil wang yang diperolehi dengan cara tidak halal untuk membayar makanan ini jadilah ianya rezeki yang tidak halal. Inilah persoalan yang jarang difikirkan oleh manusia pada zaman ini!

1 comment:

Unknown said...

Terima kasih kerana menulis artikel ini. Semacam memujuk hati yg sedang bersedih.

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...