Sebagai ibu-bapa yang perihatin sudah pasti kita akan memikirkan tentang pembelajaran anak-anak dan masa depan mereka. Kalau diperingkat pra-sekolah sudah pasti kita inginkan anak-anak kita dihantar ke tadika yang berprestij bagi yang berkemampuan dan tadika bantuan kerajaan bagi mereka yang kurang mampu. Matlamat utamanya ialah anak-anak kita tetap kesekolah tak kira dimana pun mereka dihantar.
Persoalannya? Adakah anak kita apabila belajar ditadika selama beberapa tahun sudah boleh menguasai 3M? Jawapannya bukan semua tadika boleh melahirkan seratus peratus pelajar yang berusia 6 tahun boleh membaca, mengira dan menulis. Hanya tadika-tadika yang tertentu sahaja yang boleh melakukannya. Ini adalah kerana mereka mempunyai silibus pembelajaran yang mantap.
Dari pra-sekolah sehinggalah ke menengah sekiranya anak-anak ini tidak pandai membaca, mengeja dan menulis apakah yang bakal terjadi kepada anak-anak ini. Sama-samalah kita fikirkannya. Oleh itu kepada ibu-bapa pilihlah tadika yang berkemampuan untuk mendidik anak-anak kita. Bukan saja dari segi IQ, EQ juga hendaklah diambil kira.
Sampah ?
Pasti jijik di pandangan mata.
Mangkuk yang kotor kalau tidak dicuci bolehkah digunakan lagi?
Cawan yang berwarna-warni walaupun cantik dipandang mata tetapi kalau kotor sudah pasti tiada sesiapa pun yang mahu menggunakannya.
Sampah apa ni?
Hanya tempat kotor saja akan diisi dengan benda-benda yang kotor juga.
No comments:
Post a Comment