Apabila perkataan "sunyi atau sepi atau sayu" disebutkan kepada kita, sudah pastilah sesuatu yang berkaitan dengan EQ. IQ hanya berupaya untuk memahami perkataannya sahaja. Bagi IQ perkataan-perkataan seperti itu hanya boleh dihuraikan dengan menggunakan perkataan juga tetapi tidak boleh menghayatinya. Biasanya "penghayatan" akan membuat seseorang itu benci kepada kesunyian lalu mencari sesuatu untuk menghilangkannya dengan cara yang terlarang. Tetapi ada dikalangan manusia yang cintakan kesunyian untuk memenuhi jiwanya dengan ketenangan untuk mengingati Penciptanya iaitu Allah SWT.
"Sepi" kalau hanya sebagai perkataan sudah pasti tiada nilainya tetapi kalau keadaan "sepi" itu dipenuhi didalam jiwa, sudah pasti ia akan membuat seseorang itu mula berkhayal atau berfikir. Keadaan "Sayu" kebiasaannya akan membuat seseorang itu menitiskan air-mata tetapi sekiranya airmata itu mengalir biarlah kerana kerinduannya kepada Allah SWT lantaran apa yang dipandang didunia ini akan membuatkan dirinya teringat akan rahmat dan rahman Allah SWT. Pada mereka yang mencintai Allah SWT keadaan seperti "sunyi, sepi dan sayu" adalah sesuatu yang diharap-harapkan dan dinanti-nantikan! Bagaimana dengan kita?
Al-Quran Surah 6 An-Anaam ayat 32.
- Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
- And this world's life is naught but a play and an idle sport and certainly the abode of the hereafter is better for those who guard (against evil); do you not then understand?
... Coretan ini dikirimkan oleh Dracer Musleh untuk saya isikan dengan gambar-gambar. Tajuk asalnya ialah "REZEKI EQ DAN IQ - BHG 3." tetapi saya telah mengubahkannya setelah mendapat persetujuan darinya.
"Click here if you want to hear the music"
Mata adalah kurniaan yang agung oleh Allah SWT untuk kita mengenali Dia. Janganlah gunakan mata untuk sesuatu yang tiada berfaedah. Mata adalah jendela hati yang membukakan seribu rahsia sekiranya kita faham akan kebaikkannya untuk EQ atau IQ atau kedua-duanya.
Tempat yang lapang dengan ketiadaan manusia pada kebiasaannya akan mengundang "kesunyian". Gunakan keadaan kesunyian ini untuk sesuatu yang terindah dan berfaedah.
Ingat, terkenang, berfikir dan berkhayal pada kebiasaan tidak pernah terlepas pada diri setiap manusia yang masih hidup. Tetapi berkhayal kebiasaannya akan mengundang syaitan.
"Resah" ada kalanya disebabkan oleh keadaan persekitaran atau mungkin disebabkan oleh keadaan "ketiadaan" sesuatu dan akhirnya diri akan terasa "sayu". Kebiasanya kita dapat perhatikan dengan jelas pada pergerakan atau tingkah-laku seseorang itu (sekiranya kita teliti keadaanya)...
"Merenung" adalah satu keadaan yang selalu di alami oleh mereka-mereka yang sedang mencari "projek X"... hehehe ... agaknya.. hahaha
Inilah keadaan mereka yang sedang "relax" bagaikan kucing ini. Tetapi kalau selalu relax setiap saat ertinya seseorang itu "malas" kata orang tua-tua... Wakakaka
No comments:
Post a Comment