Sistem Cahayaku sentiasa menitik-beratkan keseimbangan EQ untuk mendidik IQ. Disini akan diberikan sifat-sifat EQ supaya boleh kita menelitinya agar kita tidak jatuh kelembah kehinaan. Sifat-sifat ini ialah bodek, individualistik, menipu, ikhlas, jujur dan bagaimana IQ mendorong untuk merealisasikan sifat-sifat itu. Mungkin sepotong ayat ini baik untuk kita renungkan bersama-sama:
Al-Quran Surah 6 An-Anaam ayat 32.
Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
Al-Quran Surah 7 Al-Araf ayat 179.
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang yang lalai.
Bodek. Kalau nak cerita pasal bodek ni rasa-rasanya semua orang dah tau. Pernahkah anda dibodek atau membodek? Adakalanya kita sendiri tidak sedari bahawa diri kita sedang dibodek atau kita sedang membodek orang. Walaupun bodek ini adakalanya mendatangkan keuntungan dan kerugian kepada seseorang namun masih ramai lagi diluar sana yang menggunakan kaedah ini untuk kepentingan diri. Saya sendiri pernah merasa bagaimana diri saya ini dibodek orang. Contoh apabila seseorang itu inginkan sesuatu dari kita bermacam-macam perkara yang dia akan lakukan untuk kita apalagi perkara yand dihajatkan itu melibatkan wang ringgit.
Ada orang dia berkawan dengan kita kerana dia tahu dengan mendampingi kita dia akan mendapat keuntungan dari persahabatan itu. Ada pula yang berfikir dengan mendampingi seseorang itu dia bakal mendapat projek atau apa-apa saja yang boleh mendatangkan keuntungan kepadanya. Jarang kita berjumpa dengan seseorang itu berkawan dengan kita kerana ikhlas. Kita pula sudah pasti akan dapat membezakan akan perangai seseorang itu samada dia jujur berkawan dengan kita atau dia berkawan dengan kita kerana inginkan sesuatu dari kita. Saya yakin anda diluar sana sudah pasti pada satu ketika dan masa pernah juga membodek atau dibodek orang.
Persahabatan yang jujur dan ikhlas kita dapat merasakan akan ikatan persahabatan itu. Manakala persahabatan yang berlandaskan benda atau sebab juga, kita akan dapat merasakannya. Selalunya persahabatan yang diikat dan terikat kerana sebab apalagi bila ia melibatkan projek selalunya tidak akan bertahan lama. Maksudnya orang yang berkawan dengan kita kerana nak kan sesuatu benda tidak akan kekal lama. Selain dari kita berjumpa dengan sipenipu, sipembelit kita juga berjumpa dengan orang yang kaki bodek. Baik dengan kita kerana nak kan sesuatu. Jauhilah orang yang begini kerana mereka-mereka ini tidak boleh dibuat kawan. Selalunya orang yang begini hanya mau mendengar kesenangan kita dan bukannya kesusahan kita. Kalau dia tahu diantara kita ada orang lain lagi yang dia rasa agak penting dia tidak segan silu untuk membodek orang tu pulak. Macam-macam manusia yang ada didunia ini kan.
Jangan ingatkan bodek ini hanya ada dikalangan orang dewasa sahaja. Kanak-kanak pun ada yang pandai membodek. Saya pernah melihat bagaimana kanak-kanak yang berusia 5 tahun membodek kawannya untuk mendapatkan makanan atau mainan dari kawan tersebut. Teknik yang digunakan tetap sama. Kepada si pembodek diluar sana henti-hentikanlah perbuatan itu kerana persahabatan yang terjalin melalui bodek selalunya akan terkandas ditengah jalan. Saya tau diantara kawan-kawan saya siapa yang kaki bodek. Buat baik kerana ada kepentingan diri. Ada barang kita yang dia inginkan pasal itulah dia bodek kita. Selalunya bodek membodek ini akan berlaku sebentar sahaja kerana si pembodek akan beralih arah kepada orang lain untuk mendapatkan kepentingan yang lain pula......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Madah Penyelidik Senior Cahayaku
Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...
-
Ini surat pengesahan dari Doktor Pakar. Dan ini adalah catitan darinya. Nama: Luqman Hakim Tarikh Lahir: 21/11/2000 Tarikh mula belajar &am...
-
Cahayaku System is a system / concept / technique based on spiritual towards emotional excellence to generate develop as well as intel...
-
Akhirnya saya boleh menarik nafas panjang tanda lega.....prototypeku siap 100%. Beberapa bulan kebelakang ini memang saya sibuk mengendalika...
No comments:
Post a Comment