Tuesday, January 17, 2012

Demi Masa - Kita, anak-anak & Polar Pemikiran.

Congkak, konda-kondi, masak-masak, pondok-pondok, galah panjang dan polis and thief. Itu lah permainan saya dizaman kanak-kanak dulu. Tanah, tempurung, daun-daun dan ranting kayu akan menjadi bahan-bahan untuk dimainkan setiap hari. Kalau main masak-masak pinggan mangkuknya adalah tempurung kelapa, botol dan tin. Ingat lagi saya semasa bermain kami akan membayangkan yang daun itu adalah sayur-sayuran dan pasir itu adalah nasi. Memang tinggi imaginasi anak-anak dizaman itu. Dulu dan sekarang memang jauh bezanya kerana diwaktu itu emak bapak tidak pernah risau tentang penculikan dan rogol. Walaupun ada diantara sahabat saya dikalangan budak lelaki tidak pernah timbul pula masalah seperti yang ada sekarang ni. Walaupun saya dibesarkan di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur masalah pergaulan bebas memang tidak ada. Tak taulah kalau di tempat lain. Walauapapun jenis permainannya samada yang dulu atau sekarang kedua-duanya masih memerlukan imaginasi ketika bermain yang dapat meningkatkan daya ingatan dan membina minda.

Tadi saya telah melalui satu kawasan di sekitar Kg Baru. Tempat dimana saya telah dibesarkan dan  telah mengimbau kembali zaman kanak-kanak saya. Teringat akan satu ketika dulu dimana buah ceri yang ditepi jalan akan menjadi makanan saya. Waktu itu buah ceri tu sungguh sedap rasanya. Manis. Sekarang nak makan pun dah tak lalu. Teringat akan buah letup-letup dan madu bunga yang akan menjadi junk food saya ketika itu. Emmmm.......bila melihat akan kehidupan anak-anak saya kini, saya dapat merasakan betapa mereka telah terlepas peluang untuk bermain seperti Tarzan dan makan seperti Tarzan. Banyak juga buah-buah hutan yang saya makan dan pokok-pokok yang telah saya panjat. Walaupun saya seorang perempuan tetapi banyak juga permainan budak-budak lelaki yang menjadi mainan saya seperti guli, daun terup, gambar, biji saga dan juga lastik. Kenangan yang sungguh indah dimana anak-anak saya tidak merasainya kerana permainan mereka adalah komputer, wii, playstation, lego, transformers, robot dan yang lain-lain. Semuanya memerlukan duit.

Adakah Zaman kita hampir "pupus?" Bak kata pepatah: "Yang patah akan tumbuh dan yang hilang akan berganti". Adakah yang berganti itu sama seperti yang telah hilang? Renung-renungkan lah.

Inilah dia permainan anak-anak dizaman ini.
Cantikkan? Mungkin dia cuba untuk mengingatkan akan permainan yang dia miliki diwaktu zaman kanak-kanaknya.
Hiasan yang menambat hati.
Santa Claus camni memang ada. Dari zaman saya kecil dulu sampai sekarang.
Dulu Santa claus bagi hadiah dalam kotak.
Sekarang ni dapat gula-gula 3 biji jer......kedekutnya.......
Ambil lah........
Tak tahulah kedai makan atau kedai urut! Nak baca pun tak tahu sebab tulisan Cina ler! Dulu tukang urut datang kat rumah....sekarang ni tukang urut ada SPA.. moden, moden!
Kedai mainan yang menjadi gilaan anak-anak zaman ini......ANIME... Ini bahana cerita-cerita karton!
Permainan yang memerlukan perlaburan yang agak tinggi. Kalau ditelitikan macam perompak bank aje! Hai, ini pun ada peminatnya.. payah nak memikirkan perkembangan EQ & IQ budak-budak zaman sekarang ni!
Macammana nak main patung yang macam ni ya........ Mungkin pemainnya kena letak kat dahi kot.. entahlah saya pun tak tahu cara nak mainnya..
Yang ini...... Hero.. orang Terengganu kata "orang muda" (a.k.a hero-lah tu).
Eeeee.....ganasnya. Muka sopak tapi yang anehnya budak-budak zaman sekarang suka model-model macam ni! Sebab tu ramai budak-budak suka tindik kat hidung! hehehe
emmmm.....ada juga orang yang ingin membelinya. Hero tak pakai baju kat dalam.. 
Permainan yang memerlukan konsentrasi dan kalau ada perangai yang hangat-hangat tahi ayam tak payah beli. Kalau nak siap jugak ... hmm ibubapa sah jadi "mangsa".. nasib, nasib
Membina minda.......
Cantik dan boleh dijadikan hobi...
Teman tidur anak saya yang bongsu....
Untung zaman sekarang ni! Macam-macam benda boleh dicipta untuk mendapatkan duit sebab paten anak-anak bermain sudah berubah! Sampai "sponge box" pun budak-budak suka.. Bagi orang dapur "spange" elok buat gosok periuk atau buang daki bila mandi.. hai budak-budak..
Emak, abah saya dah "chop" kereta api ni! Boleh main ke tak? Aksi kesungguhan yang ditunjukkan oleh budak ini... hehehe.. Sekiranya tak dapat "naik" dah pasti "mood"nya berubah seketika..
Dulu kenderaan ini digunakan oleh Richard Scarry!.. Kini ianya dijadikan mainan anak-anak semua bangsa.. Yang tak "best"-nya kita kena masukkan duit syilling. Bolehkah permainan seperti ini memberi rangsangan pada EQ dan IQ?
Biar abah dengan emak "check" dulu kereta api ni boleh "pakai" ke... Kalau tak "check" melayanglah duit abah... Teringin jugak ke?
Naik saja pun dah rasa seronok.
Hei, mana pulak nak "start" enjin ni... mungkin itulah yang difikirkan oleh anak ini..

2 comments:

Saiful Nizam said...

Assalamualaikum Kak Chahaya.. anak-anak hari ini dihimpit dengan pelbagai permainan komputer, rancangan tv dan byk lagi perkara yang amat merisaukan. Sebagai contoh, saya pernah mengendalikan kafe siber pada awal tahun 2002 dan pengalaman tersebut begitu menyesakkan minda. Hinggakan kafe siber tersebut ditutup oleh kerana tiada sambutan dari pengunjung yg majoritinya kanak-kanak usia 7-15 tahun.

Punca kpd perkara tersebut ialah kerana saya menegah mereka dari melaungkan carutan2 ketika bermain komputer sesama mereka yg menjadi satu trend biasa. Sudahnya mereka beralih ke kafe siber lain kerana lebih bebas untuk enjoy dan mencarut sesuka hati walaupun pada usia yg terlalu muda dan juga dikelilingi oleh org yg lebih dewasa.

Minggu lepas, saya mengunjungi kafe siber berhampiran rumah kerana ingin menyelesaikan beberapa tugasan (akses internet dirumah mengalami gangguan). Dan masalah yg sama saya hadapi sekali lagi selepas 10 tahun berlalu. Anak-anak kecil tanpa segan silu mencarut sekuat hati hinggakan rasa menggelegak nak bagi penampar pun ada.

Kemana hala anak-anak kita lagi 5 tahun? 10 tahun.. semoga anak2 kita terhindar dari termasuk dalam golongan tersebut..

P/S: Terima kasih atas salam yg dikirim :)

cahayaku said...

Wkslm Saiful.....Memang anak2 dizaman sekarang ni sudah terlebih ajar. Ada diantaranya menjadi kurang ajar sehinggakan tidak pernah memikirkan akan orang2 disekeliling mereka. Samada dari segi perbuatan atau percakapan mereka tidak segan silu untuk mencarut atau mengeluarkan kata2 kesat sesama mereka.

Sekiranya anak2 ini tidak dididik lama kelamaan kehidupan masyarakat di negara kita ini akan menjadi lebih parah lagi. Gejala sosial akan menjadi2 sehinggakan zina bakal menjadi santapan harian mereka. dalam masa 5 atau 10 tahun akan datang, akak yakin masalah murtad, zina, dadah, merompak dan menyamun akan bermaharajalela lebih teruk lagi dari sekarang.

Masih tidak terlambat lagi bagi kita untuk mendidik anak2 yg masih di peringkat remaja ini sekiranya ibu-bapa, masyarakat dan pemimpin memberi kerjasama untuk membenteras gejala2 sosial ini. contohnya anak2 ini mestilah dididik dengan agama yg cukup mantap. Tauhid hendaklah ditekankan. Serius didalam mendidik agama islam samada dirumah atau disekolah. Bukannya didikan agama yg macam sekarang ni. Hanya kulit sahaja.

Kita tahu zaman sekarang ni remaja gemar ke siber kafe. Jadi pemerentah kena membuat garisan untuk semua pengusaha pusat siber untuk mengikut garis panduan yg diberikan. contoh semua pengunjung pusat siber tidak boleh berkelakuan tidak senonoh dan tidak boleh menggunakan bahasa2 kesat. Dikuatkuasakan disemua siber cafe. Yg melanggar boleh diarahkan untuk meninggalkan pusat tersebut.

Yg penting dari sekarang saiful kena awasi anak2 saiful supaya menjadi insan kamil dimasa akan datang.

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...