Salam pada semua.. Hehehe kali ini ku paksa diriku melangkah cepat keblog ini. Sekiranya kau menanyakan kenapa? Inilah jawapanku... rupa-rupanya artikal aku yang lepas telah memaku, menghentak dan menikam Qalbu beberapa orang ibubapa dan ahli-ahlul (kalbun) yang suka membuat tafsir tanpa ada fakta!
Semuanya bermula dengan sekumpulan manusia yang sedang bersantai sambil berbual, bertukar pendapat dan mencari informasi disebuah cafe. Aku secara kebetulan pula memilih tempat duduk berhampiran dengan mereka. Rupa-rupanya perbualan mereka mengenai artikalku yang bertajuk "Biru Bijik Mata ler"... huhuhu.
Individu-individu yang berada disitu adalah kalangan mereka yang mempunyai anak-anak special dan disitu juga ada seorang "information centre" mengenai tadika! Setelah bersusah-payah aku mencari mengenai sipemberi "informasi" ternyata dia adalah seorang penolong penguasa tadika! Hmm rupa-rupanya orang yang berkaitan dengan awalan pendidikan juga... ish, ish, ish kecilnya dunia ni!
REZEKI Allah swt yang tetapkan kerana namaNya: Ar Rahman, Ar Rahim, Al Wahhaab, Ar Razzaaq, Al Kariim dan lain-lain lagi! Kita boleh jadi "informer" tetapi biarlah yang jujur, ikhlas dan amanah serta fakta yang diberikan itu tepat untuk memberi informasi kepada mereka-mereka yang sangat memerlukan bukannya berbekalkan sifat-sifat EQ seperti ini: tergila-gilakan dunia, mencari / mengharap pujian orang (riya'), berbangga diri, khianat dan menipu serta dengki! Sifat-sifat ini dibenci oleh Allah swt!
Inilah rumusan perbualan itu: Ibubapa disitu ingin mengetahui lokasi-lokasi tadika yang menggunakan Sistem Cahayaku, serba-sedikit mengenai Sistem Cahayaku, yuran pendaftaran / bulanan, sukses yang telah dicapai oleh mereka menggunakan Sistem Cahayaku dan akhir sekali pendapat pemberi informasi sendiri mengenai Sistem Cahayaku!
Inilah pendapat yang diberikan oleh si "information centre": Sistem Cahayaku hanya dipraktikkan oleh beberapa buah tadika sahaja! Dan tadika yang menggunakan Sistem Cahayaku HANYA untuk kanak-kanak yang tertentu sahaja! Mengikut kata si mamat ini dia tidak pasti yang berkaitan dengan "sukses" yang telah dicapai oleh Sistem Cahayaku dan yang paling tragis sekali mengikut pendapatnya YURAN PENDAFTARAN DAN BULANAN untuk Sistem Cahayaku terlalu mahal! Katanya semua tadika yang menggunakan Sistem Cahayaku akan mengenakan yuran bulanan melebihi RM 500.00... Amboi omak oi.. sodapnyo mulut engkao yo...
Hairan bin Ajaib ye. Didalam blog itu sudah ada tertera tentang lokasi, penerangan serta sukses Sistem Cahayaku tetapi kenapa ibubapa itu tidak membaca ye! Mungkin... hahaha mungkin ibubapa ini juga golongan special yang malas membaca atau pun mereka golongan yang buta komputer!
Sekarang ini era berkomputer. Masuk aje blog Cahayaku mungkin semua persoalan mengenai Cahayaku akan terurai. Jangan takut kalau tersalah "tekan bebutang komputer (pepapan komputer - keyboard)", komputer tu tak akan meletup!.. hehehe
Untuk menjawab soalan yang ingin diketahui oleh mereka yang memerlukan maklumat:
Lokasi tadika - Didalam blog educahayaku disebelah kanan terdapat perkataan "MY LINK" dan tulisan berwarna merah.... lokasi / pusat cahayaku ... klik aje, lepas tu ikut arahannya!
Mengenai Sistem Cahayaku - Secara ringkas mengenai Sistem Cahayaku klik .. About Cahayaku .. belah atas sekali.
Sukses - Hmm terlalu banyak! Klik Testimonial atau Appreciation atau sebelah kanan blog bawah Berita ... ada bersusun-susun tu keratan akhbar (kalau tak sukses mana akhbar nak memberi ruangnya!) dan ada lagi klik kat video (Berita perdana, Gemilang Malaysia, Selamat Pagi Malaysia dan video komen-komen ibubapa malah pelajar sendiri!)...
Yuran Pendaftaran / bulanan -
- Perpatah: "Malu bertanya sesat jalan!" "Malas berkayuh perahu hanyut!" "Ikut kata Kalbun Informer yang busuk hati, anakmu dan kamu yang merana!.."
- Nasihat: Kalau sayangkan anak tolonglah mereka menguasai EQ dan IQ semasa mereka masih kecil lagi. Sebelum terlambat! Sekiranya kamu mengatakan mahal, check semua pusat yang mengajar kanak-kanak special dan bandingkan dengan Sistem Cahayaku! Setahu aku, Pn. Chahaya sendiri mengenakan yuran bulanan hampir sama dengan kanak-kanak normal! Cubalah cari sendiri berapakah yuran bulanan kanak-kanak normal ditadika-tadika lain dan bandingkan dengan tadika Pn. Chahaya sendiri ... hehehe.. jangan terkejut! Sikap malas atau malu bertanya perlu di kikiskan dalam diri sendiri! Tak cuba tak tahu beb!
- Pesanan terakhir dariku: "Ambil aje telefon tu, check no. telefon tempat anak yang hendak dihantar tu... lepas tu tanya aje apa-apa soalan! Dijamin telefon tu tak akan "meletup!". Untuk mengetahuanmu setahu aku Sistem Cahayaku tak pernah nak mengenakan orang dengan yuran RM 500.00! Cuma "informer" tu aje yang suka mengenakan orang sebab dia takut rezekinya "lari!" Sebenarnya mereka ini tidak yakin atau tak tahu untuk bersyukur kepada Allah swt. Kalau malas nak telefon pada cikgu tadika tu... tanyalah Pn. Chahaya sendiri atau hantarkan anakmu kepada beliau sendiri di Bandar Hussien Onn, Cheras. Telefon ofisnya... 03-9287 9528/29 atau tadikanya.. 03-9076 3862 atau handsetnya.. 019-*** .. puff, puff aku lupa pulak! Cubalah counter check sendiri! Kat lokasi tu!
Hmm, sampai masanya aku melangkah pergi... maaf kali ini coretanku agak panjang malah berapi-api sebab bencikan manusia yang mempunyai Qalbun tetapi menjadikan dirinya Kalbun!
..... Dracer Musleh
1 comment:
Hello maate great blog post
Post a Comment