Saturday, February 25, 2012

WILDAN.....

Kasihan......itulah perasaan saya ketika kali pertama saya bertemu dengannya. Saya difahamkan bahawa wildan hilang pendengaran sedari bayi lagi. Ayahnya mula perasan ketika dia berumur 6 bulan. Menurut kata ayahnya doktor mengatakan bahawa anaknya bukanlah pekak total cuma dia hilang pendengaran akibat urat saraf telinganya yang rosak. Dia masih boleh mendengar dengan alat bantuan selepas operasi 'mengimplant' dilakukan.

Ayah dan ibunya tidak mudah kecewa sebaliknya mereka berusaha sedaya upaya untuk menjadikan anaknya seperti anak-anak normal yang lain. Salah satu usaha yang dilakukan oleh mereka ialah dengan menghantar wildan ke tempat saya untuk diberi penekanan tentang bacaan. Alhamdulillah Wildan telah menunjukkan satu prestasi yang sungguh memberangsangkan dimana dia sudah boleh membaca buku 2 cahayaku. Kini saya hanya perlu melancarkan bacaanya sahaja. Saya juga telah mengesyorkan kepada ayahnya supaya menyambung kelas bacaan Bahasa Inggeris untuk Wildan.

Saya yakin sekiranya ayah dan ibunya sabar, Wildan pasti boleh membaca surat khabar Melayu, Inggeris dan Jawi dimasa akan datang. Cahayaku adalah satu kaedah yang mudah untuk kanak-kanak membaca, mengeja dan mengarang.



Friday, February 24, 2012

Cahayaku AnugerahMU......

Bukanlah pertama kali saya menerima pelajar seperti Hamzah. Sebelum ini ada ramai lagi pelajar yang lebih teruk daripada ini yang pernah menjadi anak murid saya. Tidak pandai bercakap, hilang pendengaran seratus peratus dan mendengar dengan alat bantuan, pelat, gagap, sumbing, bercakap seperti burung kakak tua, hiperaktif, sindrom down, autisma, ADHD, epilepsi, OKU, cacat otak, sengau, rosak saraf otak dan doktor mengatakan budak itu tidak boleh membaca, mengira dan menulis, umur hayat tidak sama dengan akal dan bermacam-macam lagi. Yang paling menarik ketika suami saya mengajar seorang budak yang kedudukannya seperti seekor kelawar ketika membaca. Walauapapun keadaan mereka yang jelas budak-budak ini berjaya membaca dengan CAHAYAKU.

Hamzah memang seorang budak yang agak aktif. Dia tidak boleh bercakap tetapi dia faham akan segala arahan yang diberikan. Saya rasa seronok apabila bersama dengannya kerana adakalanya saya rasa bercakap dengannya seperti itik dan ayam. Istilah orang tua-tua apabila melihat dua orang yang berbeza bahasa bercakap. Walaupun dia tidak boleh bercakap, kini Hamzah sudah mula menunjukkan minat dan sudah boleh menguasai sebahagian daripada sukukata yang ada didalam buku 1 cahayaku.

Kejayaan demi kejayaan yang Allah berikan ketika saya berhadapan dengan kanak-kanak seperti ini. Kalau yang istemewa boleh membaca apalagi yang normal. Yang paling cepat pernah saya ajar budak normal membaca secara intensif adalah selama 7 hari. Saya mula dari 9 pagi sehinggalah 5 petang. Selepas tu budak tersebut boleh membaca akhbar. Istilah membaca bagi saya adalah membaca akhbar. Kalau setakat membaca buku tadika sahaja bagi saya itu bukanlah MEMBACA.

Untuk kanak-kanak istemewa membaca akhbar Bahasa Malaysia dan Inggeris bagi saya ia merupakan satu cahaya anugerah untuk mereka. Cahayaku bukan saja boleh membuat mereka membaca sebaliknya mereka akan ketagih dengan bacaan dan sekali gus kita boleh menjadikan anak-anak ini Ulat Buku. Kepada anda yang mempunyai anak istemewa jangan berputus asa kerana masih ada lagi jalan penyelesaian untuk mereka. Carilah Cahayaku......


Perhatikan percakapan Hamzah dengan saya.

Magis Untuk Cikgu!

'Cikgu tenguk ni' kata Adlina kepada saya. Terpinga juga saya melihat akan permainan yang ditunjukkan olehnya. 'Magik cikgu'....itulah kata-kata Adlina kepada saya. Puas juga saya berfikir bagaimana patung mainan itu boleh bergerak tanpa tali. Maklumlah zaman saya dulu permainan yang sebegitu memang tidak ada.

Seronok pula saya melihatnya. Dalam hati tertipu juga saya dengan anak murid saya yang seorang ni. Memanglah magik.......ala kanak-kanak. Hai jadi 'tipah tertipu' saya kali ni. Lagi pandai mereka membaca lagi macam-macam yang akan mereka fikirkan. Ada saja cerita mereka setiap kali saya masuk ke kelas ni. Seronok tidak terhingga apabila saya bersama mereka.

Adlina sedang menunjukkan permainan magisnya kepada saya.

Tuesday, February 21, 2012

Snow White -ku! MANA PERGI PELATNYA.....

 
Alamak.......Snow White dah tak pelat! Emmm....alangkah ruginya kerana saya tidak merakamkan perbualan dia bersama dengan rakan-rakannya pada tahun lepas. Kalau tidak dapatlah anda menyaksikan bagaimana pelatnya dia ketika itu. Alhamdulillah kini dia sudah tidak pelat lagi. Dari dulu ketika mengajar Hani membaca saya banyak menekankan tentang mimik. Cahayaku memang boleh membantu kanak-kanak bertutur dengan betul.

Insyaallah tidak lama lagi Hani akan membaca buku Bahasa Inggeris Cahayaku Paradigm. Kalau ada kelapangan akan saya uploadkan videonya nanti. Apa pun saya cukup gembira kerana Snow White saya sudah tidak pelat lagi.



Thursday, February 16, 2012

1 karung.....19 TAHUN AKU DITIPU

Semalam saya ke Pejabat Pos untuk me-'renew'-kan lesen memandu saya yang telah tamat tempuh. Sambil duduk dan menunggu giliran nombor saya di panggil saya terlihat seorang pekerja pos mengutip kesemua surat-surat didalam peti surat. Saya baca satu demi satu dan setiap peti tertulis tempat bagi meletakkan sampul-sampu surat yang telah di kategorikan. Contoh Kuala Lumpur sahaja, Antarabangsa sahaja, Kad ucapan dan yang lain-lain.

Saya agak terkejut kerana setiap sampul surat dari peti yang berbeza dimasukkan kedalam satu karung guni. Kalau dicampurkan kesemuanya apakah tujuan peti untuk mengasingkan surat-surat itu disediakan. Saya tersenyum lebar kerana ada seorang lelaki yang berdiri disebelah peti itu mengatakan bahawa kita semua dah tertipu. 'TERTIPU?' berat juga bunyinya. Memang betul apa yang dikatakan kerana pernah pada satu ketika dulu anak saya telah memasukan sampul surat kiriman saya untuk ke Kuala Lumpur sahaja ke peti Antarabangsa. Kesian anak saya. Waktu itu saya marah dia kerana kecuaian yang telah dia lakukan. Setelah 19 tahun peristiwa itu berlalu baru semalam terbongkar segala kebenaran. Masyaallah terkilannya hati saya. Perasaan saya menjadi geram lantas saya pun mengatakan kepada lelaki tersebut bahawa selama ini saya juga di tipu hidup-hidup. Selepas ini saya akan belasah je dan tak peduli di peti mana saya nak letak samada sampul surat atau pun kad ucapan.

Aduhai......ini baru yang kecil saya sudah nampak perjalanannya. Bagaimana pula dengan negara kita? Agensi-agensi kerajaan? Jabatan Pendidikan? Semi-kerajaan? Swasta? Jawapannya ada dihati anda.......TEPUK DADA TANYA SELERA....pening kepala saya kerana ada tipu kecil, tipu besar dan macam-macam tipu apalagi melibatkan duit....duit....duit.
 Peti ini hanya untuk kad ucapan SAHAJA!
Peti ini hanya untuk surat-surat beralamat didalam Kuala Lumpu, Malaysia SAHAJA!
 Sengaja saya kelabukan image-nya.. Peti ini untuk surat-surat diluar kawasan Kuala Lumpur!
 Sengaja dikelabukan... Untuk surat-surat keluar negara!

Wednesday, February 15, 2012

Muzik, warna, hiasan & budaya.

Malaysia sebuah negara yang mempunyai bangsa yan berbilang kaum, bahasa dan budaya yang berbeza-beza. Saya muatkan gambar-gambar dibawah ini untuk tatapan kita bersama dan sebagai pembelajaran. Ramai orang berkata "Bahasa melambangkan Bangsa". Masih boleh digunapakai lagi ke pepatah ini? Bangsa sudah pasti tidak akan melambangkan agama seseorang, begitu juga dengan bahasa. Sayangnya budaya kita kini sudah dicampur adukkan dengan agama. Majoriti di Malaysia kita kenal dengan sebutan "Malaysian" yang merangkumi bangsa Melayu, Cina, India, Bidayuh, Banjar dan lain-lain lagi. Kesemuanya adalah rakyat Malaysia. Pesanan kepada semua ibu-bapa pastikan anda kenal akan semua sahabat-sahabat anak-anak anda kerana pergaulan yang berbilang kaum boleh melibatkan perkembangan IQ yang boleh mempengaruhi akan watak dan kepercayaan seseorang tetapi tidak salah sekiranya mereka bergaul! Cuma berhati-hati jangan terlambat!

Hiasan yang dilakukan untuk menyambut perayaan Hari Krismas disalah sebuah kompleks membeli belah di Kuala Lumpur.
Hiasan lampu berwarna warni yang cantik menghiasi pokok ini. Sebenarnya pokok ni bukanlah pokok asli.
Irama yang dialunkan oleh kumpulan muzik yang terdiri daripada anak-anak muda berbangsa Melayu  untuk sambutan Hari Krismas. Mereka tidak semestinya beragama Kristian! Jangan sekali-kali mengatakan bahawa bangsa itu ada kaitannya dengan agama! Orang Melayu atau Arab tidak semestinya beragama Islam. Orang Yahudi pun Arab juga! Sedangkan Para Rasul adalah Yahudi kecuali Nabi Muhammad SAW.
Ahli kumpulan ini memainkan lagu untuk perayaan Tahun Baru Cina. Peralatan muzik mereka agak sukar untuk generasi muda memainkannya oleh itu hanya gulungan dewasa yang mahir memainkannya.
Hiasan untuk Tahun Baru Cina. Tanglung berwarna merah kerana merah melambangkan warna kebanggaan bagi kaum ini.
Hiasan yang menghiasi sepanjang jalan dikawasan Jalan Imbi, Kuala Lumpur.

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...