Kita sedia maklum bahawa anak-anak adalah amanah yang dikurniakan oleh Allah swt untuk kita menjaga, mendidik dan macam-macam lagi untuk mereka. Sekiranya kita tidak menunaikan kerja-kerja itu bererti diri kita tidak menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita. Apakah ertinya kita sebagai penerima amanah? Semasa mengasuh anak-anak ada dikalangan manusia yang hanya memberi sebahagian "keperluan" sahaja kepada anak-anak mereka. Ibubapa seperti ini hanya mementingkan soal fizikal sahaja tanpa memberi "suapan makanan masa depan" anak-anak itu sendiri. Didalam dunia serba moden ini anak-anak bukan sahaja memerlukan makanan fizikal tetapi juga makanan berupa berbagai-bagai ilmu untuk menjamin masa depan mereka. Didalam mencari ilmu anak-anak tersangat memerlukan keupayaan "mahir membaca". Sekiranya mereka tidak tahu membaca bererti kanak-kanak itu hilang sebahagian daripada "makanan" keperluan mereka. Berupaya membaca bererti mereka berupaya menimba ilmu! Malah ada juga dikalangan pengusaha / pendidik yang tidak mengambil pusing kepentingan ini! Pihak ibubapa perlulah teliti mengenai personaliti individu-individu ini dan hindarkan anak-anak kita daripada mereka! Jadikan diri kita "bagaikan memilih beras didalam bijian pasir"!
Dewasa ini ramai ibubapa yang bekerja untuk menyara famili oleh yang demikian anak-anak mereka dihantarkan kepada pendidik prasekolah. Tugas pertama ibubapa memastikan anak-anak mereka dihantarkan kepada para pendidik yang benar-benar boleh mendidik. Seorang pendidik mungkin boleh mendidik dengan baik tetapi sekiranya sistem yang dimiliki tidak bagus sudah pastilah hasilnya tidak memberangsangkan. Sistem manakah yang baik untuk anak-anak kita... mungkin jawapan sudah ketara daripada video yang dipamerkan. Video itu terdapat anak-anak yang membaca bukan komen-komen daripada ibubapa atau pendidik! Kalau setakat komen ibubapa atau orang dewasa, sudah tentu kita boleh "upload-kan" yang terbaik aje!
Makanan fizikal yang enak untuk anak-anak kita. Makanan minda dan jiwa?
Perhatikan kanak-kanak down sindrom ini. Dia boleh menguasai vokal a dan e. Ini adalah asas makanan minda yang diperlukan untuk masa depan.
No comments:
Post a Comment