Kali ini ingin saya berkongsi dengan pembaca mengenai sebuah lukisan yang sangat menyentuh jiwa saya. Lukisan ini telah dilukiskan oleh seorang kanak-kanak. Kalau sekali pandang sudah pasti kita akan mengatakan ianya hanyalah sebuah lukisan biasa serta tiada nilainya tetapi apabila kita menghayatinya dengan teliti sudah tentulah jelas akan terlihat nilai emosi yang sangat bermakna.
Setiap calitan serta garisannya adalah luahan emosi yang mendalam terhadap kasih-sayang seorang kanak-kanak terhadap ayahnya. Perhatikan dan cubalah hayati apakah yang terkandung didalam jiwa kanak-kanak ini terhadap ayahnya? Mungkin ini yang cuba diucapkan "Tiada bahasa dan tiada perkataan yang dapat dilafaskan untukmu wahai ayah!".
Sebenarnya mata hitam didalam lukisan ini sedang memerhatikan tempat duduk ayahnya. Malahan kanak-kanak ini melukis dengan rapi sehinggakan janggut serta bentuk senyuman ayahnya mengikut daripada pandangannya bahawa si ayah setiasa ceria, bahagia serta mudah tersenyum setiap masa. Kehadiran dua "lesung pipit" di pipi adalah disebabkan ayahnya setiasa tersenyum. Sekiranya anda berjumpa dengan ayahnya secara peribadi memang jelas seperti apa yang digambarkan oleh anak ini. Seorang insan yang mempunyai hati dan perasaan yang begitu murni walaupun beliau seorang yang disegani kerana jawatannya. Saya dapat rasakan bagaimana mendalam kasih anak ini terhadap ayahnya. Kepada ayahnya sekiranya anda membaca coretan ini pinta saya framelah gambar ini untuk dijadikan kenangan yang abadi. Sesuatu yang terlalu bernilai di masa akan datang. Saya yakin sikap si ayah akan menjadi cermin jiwa untuk anaknya.
BOSS you are lucky to have a child that appreciate you so much!!!! Terima kasih yang tak terhingga dari sudut hati saya diatas layanan yang diberikan dan perhatian yang tiada nilainya. Dengan sikap yang begini saya yakin tuan akan menjadi seseorang yang berjaya didunia dan akhirat. Untuk anda pelukis gambar ini sekiranya satu masa nanti anda membaca coretan ini ingatlah kasih sayang yang ayah anda curahkan kepada anda juga tiada nilainya. Wahai anak hargailah ayah anda sampai bila-bila sebagaimana anda menghargainya pada ketika ini.
No comments:
Post a Comment