Saturday, June 23, 2012

Danish - Brand New.

Danish satu ketika dulu sangat sukar hendak ke tadika. Beliau akan menangis, meraung, mengamuk serta minta dia dihantar pulang kerumahnya. Kini segala-galanya sudah berubah. Malah dia menunjukkan sikap yang positif menguasai tahap-tahap pertumbuhan perkembangan (motor - kasar dan halus, pertuturan, sosial dan IQ). Kesemuanya tercapai setelah perkembangan EQ dapat dikuasainya.
Juru kamera "fokus" kepada kek yang belum dirasmikan oleh pemiliknya. Pelajar tadika pun ada yang berminat nak jadi juru kamera..... aaaook.
 Kek harijadi Danish. Danish satu ketika dulu sangat sukar untuk bergaul dengan kawan-kawan yang berada di tadika. Malah Danish tidak suka di fokus oleh orang ramai kecuali Ibubapanya sahaja.
 Hadiah dari Danish kepada kawan-kawan yang sama-sama menyambut harijadinya.
 "Peace!" Maaf ya... masih tak dapat untuk membuat seperti orang lain (2 jari). Mengawal motor halus (fine motor) bukannya senang tau.
Cikgu-cikgu di tadika ini sentiasa menolong anak buahnya dan ini Teacher Parames. Dia berbangsa India dan bukan beragama Islam tetapi kalau dia mengeloh melihat telatah kanak-kanak disini, dia akan berkata "Ya Allah... budak-budak niii". Kadang-kadang dia menyebut "Alhamdulillah" kalau sesuatu yang menyenangkan.
 Hmm.. biar mama pegang tangan Danish supaya tak menggigil tangan tu.
Biar abah yang menyuapnya... nak tak?
Hmm..nak makan sendiri.. pegang sudu tu baik-baik.
Best kan kek harijadi ni? Selamat Harijadi kepada Danish semoga berjaya di dunia dan akhirat.

Friday, June 22, 2012

Defender & Protector Tadika Cahayaku.

 Saya dikenali dengan nama adik. Saya hanya manusia biasa tetapi saya akan buktikan bahawa saya adalah "adik bukan sebarang adik, tau?"
 Adik membuat permohonan untuk menjadi Defender/protector, "Tuan Badut boleh kah tuan berikan sebilah pedang sakti yang boleh membuat saya jadi super duper. Niat saya baik tuan Badut!" Jawab Tuan Badut, "boleh apa salahnya.... tapi ada syaratnya ok?"
 Tuan Badut, "1. Kamu mesti belajar Cahayaku sehingga pandai membaca apa saja! 2. Pandai mengeja apa saja! 3. Tulisan kamu mestilah cantik! 4. Tidak boleh menangis bila nak ke tadika. Ponteng pun jangan! 5. Mesti sentiasa jadi anak yang soleh serta mempunyai budi pekerti yang mulia! Sanggupkah kamu?" Adik, "Ya tuan Badut. Saya faham serta akur dengan syarat-syaratnya".
 Adik "hehehe... rupanya itu syarat-syaratnya. Lega rasanya setelah diterima oleh Tuan Badut. Ini bukan kerja senang tau! Sekarang ini dibelakang saya ialah pembantu defender/protector pulak mengambil sumpah setia dari Tuan Badut yang "handsome" serta baik hati tu. Huh, tahulah dia betapa susahnya!" 
 Alamak ramai pulak yang nak jadi tu! Ini yang tak best ni!
 Huh, biak pi meka sibuk sibuk berebut ambil pedang tu... aku potong trip depa semua! padan muka depa!
 Nah kau! Matilah engkau ya.... Adik, "Oi kawan, mana aci tikam kat pusat dia! gelilah dia! Salah tu menikam lawan kat pusat!"
 Kan aku dah habak tadi... aku potong trip depa... sekarang aku dah dapat pedang!
 Pembantu adik bertanya, "Amacam buat muka ni nampak garang tak? Jin, syaitan dan orang jahat takut tak kalau buat muka macam ni?" Adik (boss), "Hentam saja labu!...."
 Hmm...ini trick berlawan dengan menggunakan dua pedang. Susah tau tapi adik kan defender tentulah adik pandai menggunakannya.. ops, jangan cuba-cuba tiru teknik ini, nanti terkehel tangan!
 Puff, nampak "maco" tak.... kalau posing cara ni pembantu dibelakang mestilah sentiasa berjaga-jaga! takut diserang hendap.
 Ini adalah teknik "pusing kepala angin"! Susah ni... cuba perhatikan pedang-pedang tu serta tangan adik yang "bergulung-gulung" tu!
Adik sedang mengajar kepada pembantunya, "Ini teknik semput nafas dan terkedu nadi. Kalau orang pandang pasti mereka ketawakan kita tapi sangat berkesan tau!"

Thursday, June 21, 2012

Zam-zam pasti akan datang lagi.......

Ketika mencari dan melihat foto-foto yang berada didalam komputer... tup, tup terjumpa gambar ini. Biasanya suami saya tidak pernah menyimpan foto-foto ketika kami di Mekah didalam komputer. Sebenarnya gambar-gambar ini berada didalam "handset" saya tetapi tanpa saya sedari dia telah download-kan kedalam komputer. Maaf ya gambar kurang cantik almaklumlah "snap" guna h/p. Saya berdoa kepada Allah swt semoga semua yang beragama Islam yang membaca blog saya agar dapat pergi kesana. Amin. Tahun 2002 saya sekeluarga mengerjakan umrah , 2004 umrah semasa Nisfu Syaaban, awal 2006 haji dan 2010 umrah lagi sekali. Sememangnya setiap kali kesana Kota Mekah pasti akan berubah dengan arus pembangunan yang semakin rancak.
 Ini adalah dataran dihadapan Kaabah. Disini siang atau malam tidak pernah tiada manusia!
 Cuaca di sini agak panas tetapi panas tidak menghalang manusia untuk melakukan "tawaf". Apalah nak dirisaukan sangat cuaca panas kalau dibandingkan dengan cinta terhadapNya.
 Saya ketika penat. Rehatlah kejap tetapi kalau berehat disini dapat pahala dan untuk mendapatnya kita mesti berniat untuk berikhtikaf..
 Waktu malam dan siang disini sentiasa dipenuhi oleh jutaan manusia untuk melakukan ibadah, berdoa atau apa saja yang mendekatkan diri kepadaNya.
 Ketika disini EQ kita biasanya akan tenang tetapi ada juga yang berkecamuk bagi individu yang tertentu. Nasihat saya bertaubatlah dulu sebelum pergi kesini. Semoga ketika disini Allah swt memberi ketenangan kepada kita. 
 
 Disini mereka yang menggunakan hujah akal untuk mengaitkan sesuatu asbab biasanya "kecundang". "Asbab" itu sebenarnya adalah "sunatullah" atau zaman moden dikenali dengan sebutan namanya "sains"! Mungkin ramai yang tidak faham kot? .. hehehe ... pergi sendiri barulah tahu!
Ini pakaian saya ketika disana yang setiasa ditemani oleh suami. Semoga kami akan kesini lagi dengan famili. Dulu kami datang sefamili ketika mereka masih kecil.
 Luatan manusia dengan satu tujuan... Allahuakbar!
Lelaki yang ditengah-tengah foto tu masih dalam "ihram". Semasa berihram kita tidak boleh melakukan beberapa perkara... nak tahu tanya ustaz ler..
 
Biasanya setiap individu sentiasa "sibuk" melayani diri sendiri. Dalam lain perkataan mereka sentiasa bercakap-cakap didalam hatinya. Terbaik biarlah sentiasa berdoa. Disini doa kita dimakbulkan oleh Allah swt kerana kita ketika ini adalah tetamuNya. Asalkan doa-doa itu tidak minta yang "bukan-bukan"... hehehe... faham-faham sendiri ya..
 
 Ketika masuk waktu sembahyang akan terdengar azan berkumandang dan sahut-menyahut antara masjid-masjid disekitar kawasan ini.
 Ini adalah tempat makan kami. Masakannya sekejap Malaysia sekejap Indonesia sebab tukang masaknya dari Indonesia!
Ini adalah ruang lalu untuk penghuni-penghuni hotel. Disebelah mamat penjaga tu adalah alat untuk mengesan sesuatu yang tidak di ingini. Tak tahulah apa yang cuba dikesan. Mungkin buah durian kot... manalah saya tahu.
Yang berlampu biru tu adalah "Front Desk" hotel. Berbaju hijau dan berserban putih tu... Hmm, fikir-fikirkanlah sendiri. Mungkin seorang sufi moden kot! Asal saya nak tangkap gambar dia berpusing belakang! Siapalah agaknya?
 Ini adalah bilik tidur kami. Balik kesini untuk tidur dan berehat sahaja. Hotel ini dikatakan setara "5 stars" kalau di Malaysia.
 Ah yang ini tak perlu saya cerita. Pandai-pandai buat cerita sendiri.
 Disini ada banyak "channel" TVnya tetapi semuanya bercakap bahasa Arab termasuk cerita kartun. Manalah kita faham.
Hotel Zam  Zam tempat saya menginap ini terlalu dekat dengan dataran masjid Mekah bukan dataran Kaabah! Sebenarnya ketika "snap" gambar ini saya sedang berdiri diatas dataran masjid. 
Ini adalah satu tempat yang disebut sebagai bukit magnet. Ramai yang membuat teori mengenai keanehannya! Tempat ini sangat berlainan daripada tempat lain. Tempatnya jauh dari Kota Mekah lebih dekat dengan Kota Madinah (agaknya saya pun dah lupa). Kalau nak tahu ceritanya kena baca sendiri bagaimana Rasulullah saw pernah sampai kesini ketika perang pada zaman dahulu... Jangan tak pergi ketempat ini dan jangan tak baca mengenainya.

Sunday, June 17, 2012

Karambunai - Sunyi, tenang dan nyaman

Satu ketika dulu saya pernah terlihat sebuah foto yang indah serta mendamaikan fikiran saya. Rupa-rupanya foto itu ialah Karambunai. Kini saya sedang berada di lokasinya. Alhamdulillah akhirnya saya  dapat menjejakkan kaki kesini.
Sah saya berada di Karambunai. hehehe
Bebas daripada gangguan hutan batu-batan, riuh bunyian kenderaan. Lapang fikiran bagaikan burung-burung yang berterbangan bebas.
Hehehe... Pn. Shida yang membawa saya kesini. Beliau adalah koodinator Sistem Cahayaku untuk seluruh Negeri Sabah. Tanpa beliau bagaimana mungkin saya sampai kesini...tak ada transpot. kakaka
Saya cuba bermain catur dengan Uwais (anak kedua saya) ketika disini. Puhh panas pulak! Terasa bodoh pulak kita bermain catur yang berat serta berdiri di tengah panas! Hehehe
Karambunai ini adalah satu lokasi di muara sungai... hehehe... agaknya sebab itulah airnya kurang berombak. betapa amannya "boat" untuk berlabuh.
Pemandangan yang sangat menarik. Tenang, damai, nyaman serta deruan bayu yang sepoi-sepoi bahasa di celah dedaun pokok ru yang berada disini. Cantikkan?
Air yang tenang, langit yang cerah, kehijauan bukit-bukit serta deretan pulau-pulau kecil.

Friday, June 15, 2012

Lambaian yang mendamaikan - pantai & bayu.

Kadang-kadang kehidupan harian kita menjadi kusut dan emosi kita berkecamuk. Fakta-fakta yang membuatkan emosi tidak stabil ini banyak puncanya dan disaat-saat begini seseorang itu mestilah cari jalan keluar sebelum terlambat. Ada individu yang tidak tahu bagaimana untuk damaikan emosi diri sendiri lantaran itu mereka melakukan aktiviti yang menyongsang serta menambahkan parahnya lagi emosi itu, seperti meminum arak, dadah, berdisko dan pelbagai lagi aktiviti yang negatif. Cara ini banyak dilakukan oleh individu-individu yang kurang beragama atau kononnya mengikuti "trend" baru atau cara hidup "moden"! Allahai manalah letak akalnya! Carilah ilmu untuk mendamaikan jiwa! Harta didunia tak kemanapun!

Sebenarnya ada banyak cara untuk mendamaikan emosi, contohnya duduk di persisiran pantai dengan mendengar bisikan bayu, "tarian" pokok hijau yang "melambai" bila ditiup angin, kocakkan air laut serta bunyiannya yang berirama, sinaran matahari, bentuk formasi awan, keindahan kehijauan atau kelam gunung-ganang, bukit-bukau, kejauhan serta kesepian pulau-pulau dilautan atau apa saja yang berkaitan dengan ciptaan Allah swt. 
Perhatikan tarian pokok-pokok ini.
Tahukan anda bahawa pokok ini telah mengalami masa yang sukar untuk membesar tetapi ia tetap berdiri tegap disini.
Tiupan angin senantiasa berubah-ubah begitu juga hidup kita dan emosi kita. Kalau di perhatikan serta diteliti pada situasi ini sudah pasti ada cerita dan berita yang sedang disampaikan mengenai keadaan laut serta kehidupan yang berada dilaut. Para nelayan zaman dulu-dulu boleh membuat andaian yang hampir tepat mengenainya dan dari informasi inilah mereka mula merancang untuk membuat kerja-kerja mereka. Mengapa kita tidak perhatikan anjakkan emosi kita supaya boleh kita perbetulkan cara hidup kita?
Keasyikan boleh dicapai, sekiranya kita memerhatikan sebuah kapal yang sedang belayar dilaut. keasyikkan ini juga biasanya akan membuatkan kita terlupa pada perkara-perkara yang lain malah asyik akan membuat seseorang itu terlupa pada anjakkan waktu. Berhati-hatilah dengan emosi kita yang sedang menuju kearah mana asyiknya?
Mata kita sentiasa nampak apa yang kita pandang tetapi adakah apa yang sedang dipandang itu memberi erti kepada kita?
Sekiranya anda sedang berdiri DISINI. Apakah yang dapat anda rumuskan? Adakah hanya pokok kelapa dan air laut? Sebenarnya kalau kita teliti dikejauhan itu ada sebuah mesjid dipersisiran pantai, bentuk awan yang dimenutupi sinar matahari, air laut yang sentiasa menghasilkan bunyian ombak kecil, pokok kelapa yang tidak banyak geraknya. Berdasarkan kepada desiran ombak yang lembut dan angin yang sepoi-sepoi bahasa dapatlah kita rumuskan bahawa cuaca redup serta baik. Cubalah kita menganalisakan emosi diri kita sendiri? Bilakah ianya terganggu dan bagaimana pula bila ianya tenang? Tenang itu ada dua keadaan (negatif atau positif) dalam soal agama dan kehidupan.
Perhatikan gambar ini. Sudah pastilah anda sudah boleh buat rumusannya sendiri.
 Mata adalah kurnian Allah swt. Tanpa mata seseorang itu tidak dapat melihat keindahan alam tetapi mata bukannya dicipta oleh Allah swt untuk melihat sesuatu keadaan yang boleh membuatkan emosi anda terganggu. Seandainya emosimu terganggu gunakanlah mata untuk mencari ketenangan kembali. Hargailah mata anda semasa anda masih hidup. 
 Informasi foto: Dataran tanah yang berumput serta pokok berwarna hijau, luasan air laut yang sentiasa bergerak dan luasan langit yang diliputi awan. Sebenarnya kalau anda berada disini anda akan mendengar bisikan bayu yang tidak henti-henti. Cantik dan damaikan?
 Cuba perhatikan foto ini betapa cantiknya sinaran cahaya dibelakangi awan yang sedang berganjak serta bertukar menjadi "gelap" dengan berlatar-belakangkan kelam sebuah pulau dan air laut yang berwarna biru-kehijauan yang tidak henti-henti menuju kepantai membawa berita akan keadaan yang bakal berlaku sebentar lagi.
Apakah tema yang anda katakan berdasarkan foto ini? Perhatikan keluasan laut, pulau, warna awan, kehijauan pokok-pokok serta sinar matahari! Apakah yang anda alami? Sayu..... pilu, sedih atau damai? Dimanakah kedamaian anda yang sebenarnya? Fikir-fikirkanlah!

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...