Saya dikenali dengan nama adik. Saya hanya manusia biasa tetapi saya akan buktikan bahawa saya adalah "adik bukan sebarang adik, tau?"
Adik membuat permohonan untuk menjadi Defender/protector, "Tuan Badut boleh kah tuan berikan sebilah pedang sakti yang boleh membuat saya jadi super duper. Niat saya baik tuan Badut!" Jawab Tuan Badut, "boleh apa salahnya.... tapi ada syaratnya ok?"
Tuan Badut, "1. Kamu mesti belajar Cahayaku sehingga pandai membaca apa saja! 2. Pandai mengeja apa saja! 3. Tulisan kamu mestilah cantik! 4. Tidak boleh menangis bila nak ke tadika. Ponteng pun jangan! 5. Mesti sentiasa jadi anak yang soleh serta mempunyai budi pekerti yang mulia! Sanggupkah kamu?" Adik, "Ya tuan Badut. Saya faham serta akur dengan syarat-syaratnya".
Adik "hehehe... rupanya itu syarat-syaratnya. Lega rasanya setelah diterima oleh Tuan Badut. Ini bukan kerja senang tau! Sekarang ini dibelakang saya ialah pembantu defender/protector pulak mengambil sumpah setia dari Tuan Badut yang "handsome" serta baik hati tu. Huh, tahulah dia betapa susahnya!"
Alamak ramai pulak yang nak jadi tu! Ini yang tak best ni!
Huh, biak pi meka sibuk sibuk berebut ambil pedang tu... aku potong trip depa semua! padan muka depa!
Nah kau! Matilah engkau ya.... Adik, "Oi kawan, mana aci tikam kat pusat dia! gelilah dia! Salah tu menikam lawan kat pusat!"
Kan aku dah habak tadi... aku potong trip depa... sekarang aku dah dapat pedang!
Pembantu adik bertanya, "Amacam buat muka ni nampak garang tak? Jin, syaitan dan orang jahat takut tak kalau buat muka macam ni?" Adik (boss), "Hentam saja labu!...."
Hmm...ini trick berlawan dengan menggunakan dua pedang. Susah tau tapi adik kan defender tentulah adik pandai menggunakannya.. ops, jangan cuba-cuba tiru teknik ini, nanti terkehel tangan!
Puff, nampak "maco" tak.... kalau posing cara ni pembantu dibelakang mestilah sentiasa berjaga-jaga! takut diserang hendap.
Ini adalah teknik "pusing kepala angin"! Susah ni... cuba perhatikan pedang-pedang tu serta tangan adik yang "bergulung-gulung" tu!
Adik sedang mengajar kepada pembantunya, "Ini teknik semput nafas dan terkedu nadi. Kalau orang pandang pasti mereka ketawakan kita tapi sangat berkesan tau!"
No comments:
Post a Comment