Kadang-kadang kehidupan harian kita menjadi kusut dan emosi kita berkecamuk. Fakta-fakta yang membuatkan emosi tidak stabil ini banyak puncanya dan disaat-saat begini seseorang itu mestilah cari jalan keluar sebelum terlambat. Ada individu yang tidak tahu bagaimana untuk damaikan emosi diri sendiri lantaran itu mereka melakukan aktiviti yang menyongsang serta menambahkan parahnya lagi emosi itu, seperti meminum arak, dadah, berdisko dan pelbagai lagi aktiviti yang negatif. Cara ini banyak dilakukan oleh individu-individu yang kurang beragama atau kononnya mengikuti "trend" baru atau cara hidup "moden"! Allahai manalah letak akalnya! Carilah ilmu untuk mendamaikan jiwa! Harta didunia tak kemanapun!
Sebenarnya ada banyak cara untuk mendamaikan emosi, contohnya duduk di persisiran pantai dengan mendengar bisikan bayu, "tarian" pokok hijau yang "melambai" bila ditiup angin, kocakkan air laut serta bunyiannya yang berirama, sinaran matahari, bentuk formasi awan, keindahan kehijauan atau kelam gunung-ganang, bukit-bukau, kejauhan serta kesepian pulau-pulau dilautan atau apa saja yang berkaitan dengan ciptaan Allah swt.
Perhatikan tarian pokok-pokok ini.
Tahukan anda bahawa pokok ini telah mengalami masa yang sukar untuk membesar tetapi ia tetap berdiri tegap disini.
Tiupan angin senantiasa berubah-ubah begitu juga hidup kita dan emosi kita. Kalau di perhatikan serta diteliti pada situasi ini sudah pasti ada cerita dan berita yang sedang disampaikan mengenai keadaan laut serta kehidupan yang berada dilaut. Para nelayan zaman dulu-dulu boleh membuat andaian yang hampir tepat mengenainya dan dari informasi inilah mereka mula merancang untuk membuat kerja-kerja mereka. Mengapa kita tidak perhatikan anjakkan emosi kita supaya boleh kita perbetulkan cara hidup kita?
Keasyikan boleh dicapai, sekiranya kita memerhatikan sebuah kapal yang sedang belayar dilaut. keasyikkan ini juga biasanya akan membuatkan kita terlupa pada perkara-perkara yang lain malah asyik akan membuat seseorang itu terlupa pada anjakkan waktu. Berhati-hatilah dengan emosi kita yang sedang menuju kearah mana asyiknya?
Mata kita sentiasa nampak apa yang kita pandang tetapi adakah apa yang sedang dipandang itu memberi erti kepada kita?
Sekiranya anda sedang berdiri DISINI. Apakah yang dapat anda rumuskan? Adakah hanya pokok kelapa dan air laut? Sebenarnya kalau kita teliti dikejauhan itu ada sebuah mesjid dipersisiran pantai, bentuk awan yang dimenutupi sinar matahari, air laut yang sentiasa menghasilkan bunyian ombak kecil, pokok kelapa yang tidak banyak geraknya. Berdasarkan kepada desiran ombak yang lembut dan angin yang sepoi-sepoi bahasa dapatlah kita rumuskan bahawa cuaca redup serta baik. Cubalah kita menganalisakan emosi diri kita sendiri? Bilakah ianya terganggu dan bagaimana pula bila ianya tenang? Tenang itu ada dua keadaan (negatif atau positif) dalam soal agama dan kehidupan.
Perhatikan gambar ini. Sudah pastilah anda sudah boleh buat rumusannya sendiri.
Mata adalah kurnian Allah swt. Tanpa mata seseorang itu tidak dapat melihat keindahan alam tetapi mata bukannya dicipta oleh Allah swt untuk melihat sesuatu keadaan yang boleh membuatkan emosi anda terganggu. Seandainya emosimu terganggu gunakanlah mata untuk mencari ketenangan kembali. Hargailah mata anda semasa anda masih hidup.
Informasi foto: Dataran tanah yang berumput serta pokok berwarna hijau, luasan air laut yang sentiasa bergerak dan luasan langit yang diliputi awan. Sebenarnya kalau anda berada disini anda akan mendengar bisikan bayu yang tidak henti-henti. Cantik dan damaikan?
Cuba perhatikan foto ini betapa cantiknya sinaran cahaya dibelakangi awan yang sedang berganjak serta bertukar menjadi "gelap" dengan berlatar-belakangkan kelam sebuah pulau dan air laut yang berwarna biru-kehijauan yang tidak henti-henti menuju kepantai membawa berita akan keadaan yang bakal berlaku sebentar lagi.
Apakah tema yang anda katakan berdasarkan foto ini? Perhatikan keluasan laut, pulau, warna awan, kehijauan pokok-pokok serta sinar matahari! Apakah yang anda alami? Sayu..... pilu, sedih atau damai? Dimanakah kedamaian anda yang sebenarnya? Fikir-fikirkanlah!
No comments:
Post a Comment