Sebabnya beruk tidak pernah memahami Tarzan. Oleh itu Tarzan di didik dengan kaedah EQ sahaja sebab beruk tidak pernah memiliki IQ. Sedangkan Tarzan memiliki kedua-duanya (EQ dan IQ). Setelah besar dengan berperwatakan seperti beruk Tarzan telah menggunakan sedikit IQ untuk menjadi Raja Rimba. Kalaulah Tarzan didik oleh manusia tentulah dia dapat hidup seperti manusia biasa.
Penyelidik sedang menerangkan sesuatu kepada Omer Niaz (Pembantu - Graduan Saikologi)
Baru-baru ini saya telah meneliti Penyelidik Cahayaku beraksi dengan kanak-kanak untuk menyelami EQ dan tahap IQ mereka melalui tingkah-laku, ekspresi, intonasi serta susun atur ide-ide serta perkataan mereka. Kadang-kadang sumber yang dimiliki daripada kanak-kanak ini akan diuji berulang-kali untuk mengesahkan sesuatu pendapatnya dan setelah itu barulah beliau akan memberitahu kepada kami mengenai sesuatu yang diperolehi.
Cuba perhatikan dua video ini. Lucu kata-kata mereka tetapi penuh emosi dan hujah-hujah yang dikemukan berdasar pada pendapat mereka.
Kes bubble gum.
Kes mamak.
Kebiasaannya Penyelidik Cahayaku dalam syarahannya beliau akan bertanya mengenai diri sebenar (true-self) kepada pelajar-pelajarnya yang bakal mengajar dengan menggunakan kaedah Cahayaku. Kebanyakan pelajar-pelajar itu mengatakan bahawa IQ itu adalah diri sebenar! Video khas ini untuk membuktikan bahawa IQ bukanlah diri sebenar! Si Mamat ini IQnya sudah "rosak" tetapi EQnya masih berfungsi cuma tidak bersukat! Kalaulah IQ itu diri sebenar.. hehehe, fikir-fikirkanlah sendiri, bagaimana si mamat ini masih boleh berada didalam video ini!
Kita perlu keseimbangan EQ & IQ. Sekiranya IQ kurang tetapi tahap EQ seimbang, kita dapat perhatikan perwatakan insan yang dikenali dengan perkataan "lurus bendul". Dan kalau IQnya sudah "kaput a.k.a rosak" insan itu kita katakan gila!
Dengan ini jelaslah bahawa diri sebenar dan EQnya si mamat ini masih berfungsi ketika berinteraksi dengan Penyelidik Cahayaku tetapi setiap lintas EQ dihamburkan tanpa "tapis" oleh IQ. Untuk berinteraksi dengannya Penyelidik terpaksa menggunakan beberapa gugusan sifat EQ supaya dia "ingin" melayan Penyelidik.
No comments:
Post a Comment