Semasa aku di utara Malaysia, aku telah melawat sahabatku. Alahai kes Sistem Cahayaku dipertikaikan lagi. Komen Guru sesama sendiri atau kepada ibubapa: "Sistem Cahayaku itu Gagal, tak boleh pakai, tak guna dan pelbagai lagi!"
Pada asalnya sahabatku mengatakan guru anaknya menggunakan Sistem Cahayaku dan kata guru itu gagal dan gagal dan gagal! Setelah aku dirumahnya aku bertanya kepada anaknya mengenainya. Put, put...terbukalah cerita yang sebenar dan tersembunyi! Alahai cikgu oh cikgu.
Rupanya si guru hanya ada sebuah buku sahaja untuk mengajar kepada semua anak buahnya. Loh, loh kenapalah "slow pick-up"nya si guru ini? Sistem Cahayaku TIDAK AKAN BERJAYA sekiranya pelajar tidak mempunyai buku sendiri! Kalau sekali pandang sememangnya buku itu hampir sama dengan Sistem-sistem yang lain tetapi ianya TIDAK SAMA, beb!
Aku rasa setiap guru yang pernah menghadirkan diri di dalam kelas untuk menjadi pengajar sudah tahu bahawa kita hanya diajar 1/18 daripada Sistem Cahayaku dalam tempuh 2 hari! Selebihnya berada dalam buku itu sendiri! Sekiranya tanpa buku hmmm... jawabnya GAGAL dan GAGAL! Untuk mengetahui rahsia Konsep/Sistem Cahayaku, aku terpaksa mengajar kanak-kanak special yang bermacam kategori berulang-kali dan setelah berjaya barulah aku faham kenapa Sistem ini SANGAT UNIK malah rahsianya tersembunyi didalam susunan perkataan dan cerita yang tersusun rapi!
Kepada "mereka-mereka" ini cubalah buka minda anda sedikit! Setakat tahu 1. Senjata Pelajar - komunikasi 2. Senjata Guru Satu - provokasi & motivasi dan 3. Senjata Guru Dua - sukatan diri... Sekiranya anda memahami seperti yang dinyatakan itu, JANGANLAH mengatakan anda sudah amat tahu mengenai Sistem Cahayaku dan USAHLAH berbangga diri! Sebenarnya terlalu banyak lagi yang tersembunyi dalam buku itu!
Seperti yang kita tahu: Untuk mengajar kanak-kanak normal mengingati bunyian vokal: "a, e, i, o u" akan mengambil masa berhari-hari dengan menggunakan selain dari Sistem Cahayaku! Tapi sistem ini akan mengambil masa hanya beberapa minit sahaja! Kalau Sistem ini berupaya untuk mengajar bentuk, mengecam serta bunyian vokal ini dengan mudah bagaimana pula dengan gabungan abjad-abjad yang lain-lain lagi? Cuba fikir-fikirkan sekali lagi! Jawabnya senang aja! Yang lain-lain itu tersembunyi yang diaturkan mengikut susunan yang amat unik! Sebab itulah jawapannya pelajar tanpa buku akan gagal! Janganlah memandai-mandai menggunakan Kaedah / Sistem Cahayaku kepada buku-buku lain pada peringkat awalannya! Hehehe... cuba bayangkan tyre "steam roll" nak digunakan untuk proton saga!
Contohnya: Abjad vokal, kenapa dimulakan dengan "a, e, i, o, u"? Abjad "e" itu ada dua bunyi kenapa tidak di anjakkan kebelakang! Contoh seperti berikut: "a, i, o, u dan e"?
Kalau aku menjawabnya, sahlah pada guru seperti diatas 100% "slow pick-up"! Tetapi kalau dibiarkan, guru-guru seperti itu akan bercakap lebih banyak mengenai sesuatu yang dia sendiri tak faham! Bagaikan si buta bercerita mengenai keindahan sebuah taman... hahaha. Maka jadilah satu FITNAH! Kalau nak jadi guru jangan lekatkan sifat suka fitnah didalam hati! Takut sifat ini berjangkit kepada anak-anak yang masih kecil atau pelajar kita!
Jawabnya: Vokal "a" dan di ikuti dengan vokal "e" sebabnya untuk meneliti pergerakan moto halus, mata, minda, nafas, kefahaman, pendengaran, koordinasi, kepekaan dan lain-lain lagi! Sekiranya seseorang kanak-kanak itu gagal untuk menguasai pergerakan dua jari berbentuk "peace" untuk vokal "e" bererti kanak-kanak itu tergulung dalam kategori "special" dan besar kemungkinan dia juga sukar untuk mengkoordinasikan "apa yang dipandang, didengar, kefahaman, lidah, nafas dan kemahuan (desire)"!
Kegagalan ini menyatakan bahawa pelajar itu JANGAN terus diajarkan untuk "e, i, o dan u" sebab akan membebankan dirinya. Beban itu terbagi kepada dua yang boleh difahami: 1. Fizikal dan 2. Non-fizikal! Biarkan dia menguasai vokal "a" dengan sempurna dan setelah itu "skip" untuk vokal "i, o, u". Setelah vokal-vokal lain pelajar itu dapat menguasainya barulah perkenalkan vokal "e"!
Cuba fikirkan pula untuk susunan diftong? Yang pastinya melibatkan nafas, mata, kehendak (keupayaan mengawal diri), lidah, lintasan sifat-sifat EQ dan logik (logik perbuatan, logik gabungan bunyian dan logik susunan) dan pelbagai lagi! Tahukah kamu bahawa dysleksia setiasa terbalik! Tahukah kamu bahawa kadang-kadang mereka (dysleksia) tidak dapat mengaitkan antara erti perkataan dengan perbuatan yang perlu dilakukan? Malahan bagi mereka sangat sukar untuk mengkoordinasikan susunan bunyian dan susunan kefahaman dan lain-lain lagi?
Untuk yang seterusnya.... hehehe usahlah aku menjawabnya. kelak jadi "sangat-sangatlah slow" guru-guru berkenaan hehehe... Ops pesanku kepada guru-guru itu.... JANGAN BERCAKAP ATAU MEMANDAI-MANDAI sesuatu yang kamu tak tahu atau tidak faham dan jangan "berlagak pandai dan HENTIKANLAH kerja-kerja yang tak berfaedah tu!"... hahaha! Untukmu wahai guru, terus-terang ingin aku menyatakan bahawa aku sendiri masih tercari-cari rahsia-rahisa yang tersembunyi dalam Konsep/Sistem Cahayaku ini walaupun sudah melebihi 10 tahun aku menggunakannya... hehehe.
Ops aku terpaksa berlari lagi... Sorry if my words hurt you.... I'm Dracer Musleh check about me (Tuesday March 8, 2011).
.....Dracer Musleh
Hai guru, koala ini tidak pernah berlagak pun!
No comments:
Post a Comment