Monday, January 28, 2013

Membaca dan Mata.

Mata adalah kurniaan Tuhan yang tidak boleh di abaikan. Kata orang-orang yang berilmu "Mata itu salah satu pintu untuk mengenal Pencipta!" Bagaimanakah hendak mengenal Pencipta sekiranya tiada berilmu! Perhatikan Surah Al-Quran yang pertama diturunkan iaitu Al-Alaq ayat 3-5 "Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manuisa apa yang tidak diketahuinya."

Saya telah berkahwin dengan suami saya selama 28 tahun dan sepanjang masa saya perhatikan beliau sangat suka membaca. Membaca baginya bagaikan darah-dagingnya iaitu sesuatu yang sangat digemarinya sehingga diwaktu makan dan sebelum tidur beliau tetap membaca tetapi sejak akhir-akhir ini saya perhatikan bahawa beliau agak resah dan termenung. Pada kebiasaannya suami saya tidak akan meluangkan masanya berlalu dengan sesuatu yang tidak berfaedah seperti termenung, bercerita kosong, menonton TV atau melayan cerita-cerita di you tube.

Beberapa tahun yang lalu dia mengatakan bahawa dia memerlukan kaca mata. Beliau ini agak aneh kerana beliau tidak suka sesuatu peralatan atau hiasan seperti jam, telephone, cincin dan lain-lain tersangkut di anggota badannya kecuali pakaiannya... hehehe. Kaca mata adalah sesuatu yang sangat dibencinya kerana alat ini akan menyakitkan telinga serta menganggu cara kehidupan hariannya.

Menyedari keadaan ini saya telah menempah kaca mata khas serta mahal yang diperbuat daripada titanium, "high index", "sun block" dan apa-apa saja supaya dia selesa dengannya tetapi sayang seribu kali sayang kerana kacamata tersebut tidak digunakan. Akhirnya mata beliau semakin bertambah teruk dan perwatakannya mula berubah. Membaca adalah cara untuk menambahkan ilmu, tidak kira apa yang dibaca. Bagi beliau, seseorang yang agak "senior" lebih gemar membaca kitab, terjemahan Al-Quran, tafsiran atau sesuatu yang berkaitan dengan ugama.

Sebenarnya membaca itu boleh menambahkan ilmu sekiranya kita tidak terus membaca ilmu yang telah diketahui akan luput dimakan masa dan kehidupan akan menjadi hambar! Itulah agaknya yang dialami oleh suami saya. Bayangkan kalau anak-anak yang pergi kesekolah TIDAK BOLEH MEMBACA! Fikir-fikirkanlah sendiri!

Pada suatu hari saya telah didatangi oleh seorang kawan. Kawan saya ini sebenarnya berkaca mata tetapi kali ini beliau tidak memakainya. Setelah mencungkil rahsianya saya diberitahu bahawa beliau setiap hari minum "KOPI MATA"! Saya ingatkan dia bergurau tetapi beliau bersungguh sungguh menceritakan mengenainya. Alahai, alangkah baiknya kalau mata suami saya dapat dipulihkan.

Tanpa berfikir panjang saya ingin mencuba untuk suami saya. Sesungguhnya Allah swt yang menjadikan sesuatu penyakit dan sekiranya bertepatan dengan obat dengan kehendakNya juga penyakit itu akan sembuh. Bagaikan pujuk dicipta ulam mendatang! Suami saya memang sukakan  kopi...hmm kopi mata macam mana? Jawapannya "ngam!"

Beberapa hari yang lalu saya telah ke kedai buku dan hampir saya TIDAK PERCAYA dengan apa yang saya lihat, SUAMIKU MEMBACA TANPA KACA MATA! Malahan teks-teks yang dibacanya terlalu halus! Baru mencuba selama tiga kotak tetapi kesan sungguh memberangsangkan! Alhamdullah! Ya-Rahman Ya-Allah!

Tiada salahnya sekiranya sesuatu yang baik dikongsi bersama: Untuk yang "senior" dan mereka yang mempunyai masalah mata silalah layari www.kopimata.com.my atau kalau susah untuk memilikinya bolehlah hantar "message" kepada saya dan bagi mereka yang tidak boleh membaca silalah layari www.facebook.com/educahayaku atau www.cahayaku.com.my

Friday, January 18, 2013

Loghatul Malazie

Kali ini saya uploadkan sesuatu yang asing dan ianya khas untuk pembaca blog saya. Mereka yang didalam video ini adalah berbahasa Arab. Mereka ini bagaikan keluarga saya sendiri. Mereka tidak boleh membaca Bahasa Malaysia dan untuk mengeja jauh sekali.

Ketika mengajar keluarga arab ini saya memerlukan seorang pembantu yang boleh menerangkan tentang cahayaku kepada mereka. Pilihan saya adalah Mujahid iaitu anak mereka sendiri kerana kadang-kala sukar untuk saya menerangkan sesuatu.  Anak mereka adalah pelajar cahayaku sendiri yang telah berjaya menguasai membaca & mengeja dalam masa 2 jam lebih. Sebenarnya sebelum mereka sudah ada pelajar UPM berbangsa arab juga yang telah diajar oleh suami saya dari jam 11.30 malam sehingga 2.30 pagi kerana beliau akan mengambil ujian Bahasa Melayu pada keesokan harinya.

Kedatangan bangsa-bangsa asing kerumah saya adalah satu perkara yang biasa kerana dengan kujungan mereka, dapatlah kami mencuba keupayaan Sistem Cahayaku untuk pelbagai bangsa. Mereka-mereka ini terdiri daripada Arab, Pakistan, Jepun, United Kingdom dan bangsa Sik. Mungkin tahun ini atau tahun depan kami akan dikunjungi oleh adik angkat kami daripada Amerika pula.

Kata orang tua-tua "Lain padang lain belalang!" Begitu juga mereka-mereka ini tetapi sekiranya kami berjaya mengajar kepada mereka sudah tentulah Sistem Cahayaku sangat mudah untuk semua bangsa didunia ini untuk menggunakannya. Catitan khas: Hanya manusia yang boleh bercakap tetapi kalau bisu dan gila minta maaf ya!

Bagi suami saya ini bukanlah sesuatu yang baru kerana selama ini beliau bukan hanya mengajar rakyat Malaysia yang normal dan khas sahaja. Budak Myanmar, Cina, India, Orang Asli, budak pekak dan pra bisu dia belasah je......Berjaya tau.

Madah Penyelidik Senior Cahayaku

Covid memenuhi dunia. Manusia makin pupus ditelan keadaan. Manusia mungkin tidak berdaya melangkah kemasa depan. Politik pula mengila me...